Aircond Murah Siap Pasang Kedai Di KL & Selangor

Kami menawarkan servis pemasangan aircond paling murah bagi kedai-kedai yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti Selayang, Cheras, Gombak, Puchong, Shah Alam, Petaling Jaya dan lain-lain. Pemasangan pendingin udara di kedai-kedai dapat memberikan banyak kelebihan terutama sekali dalam meningkatkan keuntungan kerana membuat pelanggan lebih selesa untuk meluangkan masa lebih lama membeli di kedai anda. Bukan itu sahaja, secara tidak langsung, orang lain di luar kedai turut akan cepat mengunjungi kedai anda yang dipenuhi udara sejuk dan segar jika suhu di luar terlalu panas.

Semua kerja pemeriksaan akan dijalankan dengan cekap oleh juruteknik kami yang pakar dan berpengalaman. Jika anda sedang mencari servis pemasangan aircond di kedai mengikuti keperluan penggunaan anda, anda bolehlah hubungi pasukan kami melalui panggilan telefon atau emel. Sebarang pertanyaan lanjut juga boleh diajukan terus kepada kami.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Aircond Kedai

Apabila anda sedang mencari aircond bagi syarikat atau kedai anda di Kuala Lumpur, terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan agar aircond dapat berfungsi dengan optimum, seperti saiz bilik serta tempat meletakkan unit agar tidak bermasalah. Unit aircond tidak sesuai dipasang di pintu belakang bagi mengelakkan pekerja daripada mengalami kesejukan melampau. Walaubagaimanapun, kebanyakan kedai meletakkan unit aircond yang diingini berdekatan pintu masuk kerana ianya lebih rapi dan dapat menyejukkan ruangan kedai dengan angin sejuk agar pelanggan mendapat keselesaan dalam waktu yang singkat. Tambahan unit aircond hendaklah diambil kira untuk mengawal penyejukan udara di ruang kedai yang lebih besar.

Selain menawarkan servis memasang penyaman udara paling murah dan bagus di KL dan sekita Selangor, pekerja kami turut melakukan lawatan tapak dan memberikan khidmat nasihat tanpa mengira tempat sama ada di kediaman anda ataupun pun syarikat-syarikat besar.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Restoran

Penghawa dingin dinding adalah pilihan yang paling murah untuk pemasangan unit di restoran kerana ia mudah untuk dipasang tanpa perlu membuat sebarang ubah suai.

Bilik Server

Pilihan aircond yang sesuai  dapat memastikan bahagian server sentiasa sejuk. 

Pejabat

Pemasangan saluran penghawa dingin didalam pejabat sesuai dibuat semasa projek bangunan sedang dilakukan. 

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm