Kedai Servis Aircond Di KL & Selangor

Syarikat kami telah menubuhkan kedai servis aircond bagi membekalkan perkhidmatan aircond di Kuala Lumpur dan Selangor. Kedai servis penyaman udara kami yang terletak di Seri Kembangan bukan sahaja menawarkan servis membaiki, pemasangan dan penyelenggaraan penyaman udara di Seri Kembangan tetapi hampir ke semua tempat di kawasan Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan termasuklah Putrajaya. Harga kami rata-ratanya menepati bajet pelanggan kami mengikut jenis servis yang diperlukan di mana kami memberikan pemeriksaan percuma untuk mengenalpasti masalah yang terjadi pada penghawa dingin pelanggan sebelum kerja-kerja pembaikian dilakukan. Selain itu, kami menawarkan pakej servis pada harga yang menarik. Pelanggan boleh memilih khidmat servis secara berkala iaitu setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali manakala kos pengangkutan ke lokasi pelanggan adalah percuma. Hubungi pasukan kami hari ini, juruteknik terlatih akan dihantar ke tapak anda secara terpantas. Anda boleh menelefon atau hantar mesej kepada kami sekarang.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Aircond Servis

Syarikat servis penghawa dingin kami yang terletak di Seri Kembangan, Selangor menjadi pilihan ramai pelanggan bukan sahaja kerana kami menawarkan pelbagai jenis servis berkaitan dengan penyaman udara di seluruh kawasan Lembah Klang malah kami juga menyediakan servis penyaman udara dengan harga yang berpatutan. Bagi pemasangan aircond, harga kami jauh lebih murah dan berpatutan di mana kami menawarkan kos pemasangan penyaman udara meliputi harga pendawaian dan pemaipan serta jaminan waranti selama 3 bulan diberi selepas pemasangan. Syarikat kami juga mementingkan keselesaan pelanggan kami dengan menawarkan waktu yang fleksibel di mana pelanggan boleh memilih masa dan tarikh yang sesuai untuk servis, pemasangan dan pembaikian. Temu janji boleh dibuat dengan menghubungi syarikat kami. Jadual kami yang fleksibel menjadikan syarikat kami terkenal dan sering dihubungi oleh para pelanggan. Tambahan pula, syarikat kami juga mempunyai pasukan yang terlatih dan pakar dalam pembaikian, pemasangan dan juga servis penyaman dingin rumah mahupun komersial. Di samping itu, pasukan kami terdiri daripada staf yang berdedikasi dan peramah yang sangat disenangi oleh pelanggan kami. Kami amat mementingkan keselamatan dan keselesaan pelanggan, jadi juruteknik kami sentiasa memastikan kebersihan lokasi penghawa dingin dibaiki, dipasang atau diselenggara dan suasana tidak membahayakan pelanggan. Syarikat kami juga menawarkan tinjauan tapak secara percuma bagi pemasangan penghawa dingin tanpa mengira jarak lokasi dari kedai kami ke lokasi anda di sekitar Lembah Klang. Pelanggan juga tidak perlu membayar kos pengangkutan malah tiada kos tersembunyi bagi servis kami.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran. 

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm