Aircond Panasonic Di KL & Selangor

Syarikat kami mendukung Aircond jenama Panasonic dan menawarkan servis berkaitan di Kuala Lumpur dan Selangor. Panasonic merupakan antara jenama yang terkenal dengan produk keluaran yang canggih dan hebat. Jenama ini tidak ketinggalan dalam menghasilkan produk penghawa dingin yang berhubung dengan Internet (WIFI). Teknologi ini membolehkan pengguna mengawal suhu dan mengatur cara penghawa dingin melalui telefon mudah alih mereka. Aplikasi “Panasonic Comfort Cloud” ini memudahkan pengguna mengawal dan mengawasi satu atau beberapa unit penghawa dingin dengan hanya satu telefon mudah alih. Kemudahan ini bukan saja menyenangkan malah dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik penghawa dingin. Di samping itu, pengguna juga dapat menganalisis penggunaan tenaga setiap minggu atau bulan. Tambahan pula, kegunaan aplikasi ini dapat membantu pengguna sama ada di rumah atau komersial mengenal pasti masalah yang berlaku pada penghawa dingin maka pengguna boleh meminta bantuan servis daripada pihak Panasonic dengan terus. Teruja untuk memiliki penyaman udara yang canggih ini, anda boleh mengunjungi agen terdekat atau menelefon kepada syarikat kami.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Unit Dinding (Wall Unit)

Jenis servis

1 HP

1.5 HP

2.0HP

2.5 HP

3.0HP KE ATAS

HPS Servis 

RM200

RM220

RM270

RM300

RM350

Servis Biasa

RM50-80

RM50-80

RM60-80

RM60-80

RM80

Servis Kimia

RM120

RM140

RM170

RM190

RM220

Servis Kimia (Luar)

RM100

RM100

RM150

RM150

RM300

Servis Kimia (Overhaul)

RM230

RM250

RM300

RM320

RM350

Pemasangan

RM300

RM350

RM400

RM450

RM500

Tambahan Paip Copper

RM22

RM24

RM26

RM28

RM32

Tambahan Paip Longkang (10kaki)

RM15

RM15

RM15

RM15

RM15

Tambahan Wiring (1kaki)

RM4

RM4

RM5

RM5

RM8

Unit Siling/Cassette

Jenis servis

1 HP

1.5HP

2.0 HP

2.5 HP

3.0HP KE ATAS

HPS Servis

RM280

RM300

RM350

RM380

RM420

Servis Biasa

RM60-80

RM60-80

RM80

RM80

RM100

Servis Kimia

RM180

RM200

RM250

RM280

RM300

Servis Kimia (Luar)

RM100

RM100

RM150

RM150

RM300

Servis Kimia (Overhaul)

RM230

RM250

RM300

RM320

RM350

Pemasangan

RM400

RM450

RM500

RM550

RM600

Tambahan Paip Copper

RM22

RM24

RM26

RM28

RM32

Tambahan Paip Longkang (10kaki)

RM30

RM30

RM30

RM30

RM30

Tambahan Wiring (1kaki)

RM4

RM4

RM5

RM5

RM8

* Pendawaian, penebat dan paip air percuma sehingga 10 kaki
* Gas top up (R22 gas sehingga 20psi)

* 30 hari jaminan kerja

Harga termasuk 1 unit aircond Panasonic R32 dan pemasangan serta 10 kaki paip tembaga, paip saliran dan 10 kaki wayar 

Panasonic

Penghawa dingin Panasonic mempunyai satu jenis sahaja iaitu jenis “Wall-mounted”. Panasonic menghasilkan berbagai model penghawa dingin rumah mengikut keperluan bilik individu dalam sesebuah rumah. Fungsinya berbeza bagi memberikan keselesaan dan mengekalkan kesihatan pengguna. Contohnya, di ruang makan atau ruang tamu, penghawa dingin Panasonic direka dengan reka bentuk yang flexi dan menghasilkan udara dingin buat masa sementara.

Penghawa dingin untuk kegunaan bilik tidur atau ruang belajar pula direka dengan bentuk unik atas “Sky-wing”. Pengeluaran hanya penghawa dingin jenis Inverter, Panasonic dapat memastikan penggunaan tenaga elektrik adalah sangat minimal. Penghawa dingin Panasonic jenis rumah menggunakan tenaga kuasa daripada 1HP sehingga 3HP.

Penghawa dingin Panasonic jenis komersial menggunakan jenis “Air-Curtain” seperti jenama lain. Penghawa dingin jenis ini biasa digunakan di restoran, bilik spa, pasar mini dan pelbagai jenis tempat komersial. Penghawa dingin komersial Panasonic direka mengikut fungsi dan saiz sesebuah tempat komersial. Ia menggunakan motor yang direka unik bagi menjimatkan penggunaan kuasa sehingga 35%. Di samping itu, ia mempunyai fungsi pemanasan dan pendinginan mengikut keperluan pengguna. Memandangkan ia direka dengan teknologi Nano dan aplikasi “Panasonic Comfort Cloud”, harga penghawa dingin Panasonic dianggap lebih tinggi berbandingkan jenama lain. Pada hakikatnya, harga bagi penyaman udara kegunaan rumah dan komersial  ada dalam lingkungan RM1,700 dan RM8,000 seunit mengikut jenis dan fungsi penghawa dingin yang ingin dibeli oleh pengguna. Seperti jenama lain, Panasonic juga menitikberat kualiti udara yang dihasilkan oleh penghawa dingin. Oleh itu, Panasonic menggunakan teknologi Nano di mana udara bersih ditapis dan membasmikan kuman mengelilingi udara lantas menghasilkan udara yang segar dan bersih.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 830am-530pm

Ahad dan cuti umum tutup

Alamat

18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan