Aircond Penyelenggaraan Pejabat Di KL & Selangor
Syarikat kami menyediakan servis penyelenggaran dan pemasangan pendingin udara pejabat yang berkualiti oleh juruteknik berkelayakan yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor. Jenis penyaman udara yang paling terkenal bagi pejabat adalah yang mempunyai model sistem ducted (bersaluran) yang badannya tidak berapa terdedah. Walaupun agak mahal, ia mampu berfungsi sebagai penyejuk, terutama sekali dalam bangunan pejabat. Tambahan pula, penghawa dingin tersebut diletakkan di tempat yang agak tertutup kerana dipasang di dalam siling dan hanya grill kecil ternampak dari luar. Aircond siling juga mudah diubahsuai dan diperbaiki atau diselenggara.
Terdapat pelbagai jenis gril disediakan. Apabila juruteknik kami melakukan pemeriksaan menyeluruh dan teliti di pejabat anda, mereka akan menetapkan kriteria dan jenis penyaman udara yang paling tinggi kualiti, betul dan tepat untuk penyejukan bilik pejabat anda. Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau pertanyaan mengenai servis memasang atau memesan servis penyelenggaran aircond di pejabat, anda bolehlah berhubung dengan pakar kami menerusi telefon atau emel..
Komersial
Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.
Rumah
Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.
Aircond Pejabat
Pemasangan tetap unit aircond jenis “kaset” pada siling adalah pilihan paling popular dan dipercayai di dalam pejabat. Walaupun lebih mahal daripada unit aircond dinding, pemasangan komponen kaset pada siling dapat dilakukan untuk menyembunyikan badan aircond dengan penuh dan dijamin dapat meningkatkan nilai estetika ruang pejabat kerana cuma corong udara yang terlihat, berbeza dengan model lain.
Antara manfaat lain aircond jenis ini ialah, ia dapat menyalurkan angin ke 4 arah. Oleh itu, ia sangat bersesuaian dengan ruang dalaman pejabat yang besar kerana dapat mengawal aliran udara sejuk yang seimbang agar pekerja sentiasa dapat menikmati keselesaan semasa bekerja. Sesetengah siling “kaset” mempunyai bilah yang boleh dilaras secara mekanikal untuk mengarahkan udara mengalir dan meliputi kawasan yang diinginkan.
Jika anda tidak mempunyai siling bergantung, anda disyorkan untuk meletakkan model penghawa dingin dinding sebagai ganti model siling yang juga lebih murah.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Kedai
Lokasi pintu masuk adalah paling sesuai untuk meletakkan aircond bagi memastikan pelanggan berasa selesa sebaik melangkah masuk kedai.
Restoran
Penghawa dingin dinding adalah pilihan yang paling murah untuk pemasangan unit di restoran kerana ia mudah untuk dipasang tanpa perlu membuat sebarang ubah suai.
Bilik Server
Pilihan aircond yang sesuai dapat memastikan bahagian server sentiasa sejuk.
Lokasi
Mengapa Pilih AcDingin?
Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang.
Dipercayai
Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti
Harga Berpatutan
Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda
Cekap & Cepat
Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional
Profesional
Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun
Jenama Aircond
Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.
Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.
FAQ
Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?
Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.
Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?
Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza.
Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?
Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain.
Testimoni
Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !
John Lee
Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !
Mohd Annuar
Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.
Yee Leng
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 830am-530pm
Ahad dan cuti umum tutup
Alamat
18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan