Servis Aircond Di Shah Alam

Pasukan pakar aircond kami bersedia menyediakan servis aircond bagi rumah dan premis komersial di Shah Alam. Pada era moden ini, aircond telah menjadi alat kelengkapan harian yang penting di serata tempat bagi membekalkan suasana yang selesa.

Adakah anda tahu bahawa aircond anda perlu diperiksa dan diselenggara dari semasa ke semasa? Servis aircond diperlukan secara terjadual bagi memastikan aircond tersebut berfungsi dengan baik malah dapat memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ini kerana sebarang masalah terjadi pada aircond anda dapat dikesan dengan cepat lalu diselenggara sebelum ia menjadi teruk. Bagi maklumat lebih lanjut tentang servis aircond , sila menelefon atau menghantar emel kepada pasukan kami.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Servis Aircond

Bagi memastikan aircond di rumah anda sentiasa berfungsi dengan baik, pakar serta juruteknik aircond kami yang bertauliah bersedia untuk menjalankan servis aircond rumah di Seksyen 1 hingga 24, Shah Alam. Juruteknik kami yang terlatih lagi berpengalaman sentiasa memeriksa aircond pelanggan dengan teliti lalu menyempurnakan servis yang diperlukan oleh aircond tersebut. Ramai pelanggan kami sama ada dari Kampung Melayu Subang, Jalan Kebun atau Setia Alam berpuas hati dengan servis aircond rumah kami kerana kerja servis dijalankan secara efisien malah harga perkhidmatan kami adalah paling berpatutan di seluruh Shah Alam. Servis aircond kami merangkumi pencucian pemampat, pengisian bahan penyejuk dan pembersihan penyejat aircond. Pekerja kami sentiasa datang dilengkapi oleh berbagai jenis alat maka servis aircond dapat dijalankan dengan lancar dan cepat bagi rumah seperti di Sri Muda, Kota Kemuning dan Bukit Rimau. Bukan itu sahaja, pekerja servis aircond kami sentiasa menjaga kebersihan persekitran semasa dan selepas kerja servis aircond. Di samping itu, pekerja kami menepati masa dan mementingkan privasi pelanggan. Jadi, kerja servis aircond rumah sentiasa dapat disiapkan tepat pada masa maka menjamin keselesaan anda dan keluarga anda. Kami menyaran agar para pelanggan mengupah perkhidmatan servis aircond rumah kami secara terjadual bagi memastikan aircond rumah anda membekalkan keselesaan secara langsung.  

Sebagai ibu kota negeri Selangor yang maju, bandar Shah Alam terletaknya banyak bangunan kerajaan dan premis komersial termasuk kedai, restoran, pusat membeli-belah, bangunan pejabat dan pusat pengajian. Syarikat kami turut menyediakan servis aircond komersial dan bersedia menyumbangkan perkhidmatan servis aircond bagi tempat-tempat komersial di Shah Alam seperti di Majlis Bandaraya Shah Alam dan Kompleks PKNS. Juruteknik servis aircond kami sentiasa meningkatkan kemahiran dengan menghadiri sesi latihan yang dianjurkan oleh para pengeluar aircond. Oleh itu, anda boleh yakin bahawa pasukan kami mahir dalam servis aircond komersial bagi jenama dan model yang berbeza-beza. Antara premis komersial yang pernah mengupah perkhidmatan servis aircond kami termasuk Giant Hypermarket, Aeon Mall Seksyen 13 dan Pusat Pameran Proton. Selain itu, kami turut menjadi pilihan utama bagi servis aircond komersial di kedai-kedai dan restoran di Seksyen 7, Seksyen 13, Seksyen 24, Kota Kemuning, Sri Muda, Bukit Rimau, Bukit Jelutong dan Setia Alam. Bukan itu sahaja, pasukan kami turut dipilih oleh pusat pengajian seperti MSU dan UiTM untuk membekalkan servis aircond di dalam kampus mereka. Antara sebab kami menjadi pilihan para pengusaha bagi servis aircond komersial termasuk juruteknik kami yang terlatih, bertauliah lagi mesra. Selain itu, harga servis aircond komersial yang kami tawarkan adalah paling berpatutan di sekitar Shah Alam.   

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm