Baiki Aircond Di Subang Jaya

Syarikat kami terdiri daripada pakar aircond yang bersedia membekalkan perkhidmatan baiki aircond di Subang Jaya. Hanya juruteknik yang berkelayakan dan cekap kami upahkan. Anda boleh yakin bahawa juruteknik kami dapat membaiki pelbagai masalah yang mungkin terjadi pada aircond anda tanpa mengira jenama, model, kegunaan rumah atau komersial. Selain itu, pasukan kami dapat menjalankan perkhidmatan di tapak anda dengan pantas dan efisien supaya operasi harian anda tidak terganggu. Pakej harga bagi perkhidmatan baiki aircond kami yang berpatutan menjadikan pasukan kami sering dihubungi.

Jika aircond anda mengalami ketidakfungsian, sila hubungi pasukan kami sekarang melalui telefon atau mengisi borang di laman web ini.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Baiki Aircond

Adakah aircond di rumah anda menitik air atau mengeluarkan suara memekik apabila dibuka? Adakah aircond anda tidak mengeluarkan hawa dingin atau langsung tidak berfungsi? Jangan risau, anda boleh menghubungi pasukan kami bagi kerja baiki aircond. Juruteknik kami adalah terlatih dan berpengalaman dalam membaiki pelbagai jenis masalah aircond anda tanpa mengira jenama atau model aircond, masalah kecil atau besar. Pasukan kami akan sampai ke tapak anda dengan segera setelah dihubungi untuk menjalankan pemeriksaan dan mencari punca masalah aircond sama ada kawasan perumahan di SS12, SS14 atau SS19, Subang Jaya. Selepas itu, sebut harga akan dikemukakan kepada pelanggan bagi membuat perbandingan. Jika bersetuju, juruteknik kami yang sentiasa dilengkapi peralatan baiki akan memulakan kerja baiki aircond anda dengan . Pasukan kami juga bersedia membaiki aircond rumah anda di PJS7, PJS9 dan PJS11 di sekitar Bandar Sunway. Lazimnya, kerosakan aircond terjadi oleh sebab ketidakfungsian pemampat, kipas, thermostat atau kekurangan bahan penyejuk. Aircond yang jarang dibersihkan penapisnya juga akan menyebabkan aircond anda tidak berfungsi. Jika alat ganti perlu ditukar, syarikat kami dapat membekalkannya dalam masa yang singkat. Oleh sebab pakej harga perkhidmatan baiki kami yang berpatutan, ramai pengguna aircond rumah dari UEP Subang Jaya, Putra Heights dan Batu Tiga telah mengupahkan perkhidmatan baiki aircond kami.

Selain di rumah, aircond yang berkuasa kuda tinggi turut dipasang di tempat-tempat komersial seperti restoran, kedai, pejabat, pusat membeli-belah, universiti, hospital dan lain-lain. Keadaan ini dapat menyediakan persekitaran yang selesa bagi pekerja dan juga pelanggan. Melihatkan pemasangan aircond komersial semakin meningkat, syarikat kami bermisi untuk membekalkan perkhidmatan baiki aircond komersial pada harga yang berpatutan di sekitar Subang Jaya. Tempat komersial yang pernah menggunakan perkhidmatan baiki aircond kami adalah seperti Subang Parade, Empire Subang, Sunway Pyramid dan SS15 Courtyard. Juruteknik kami yang bertauliah dan cekap dapat membaiki aircond anda dengan pantas supaya operasi komersial anda tidak terganggu. Kami juga sering dihubungi oleh pemilik kedai dan restoran di kawasan komersial SS15 dan USJ Taipan. Di samping itu, kompleks membeli-belah di USJ seperti Da Men, Main Place, One City, The Summit dan Giant USJ juga antara pelanggan kami bagi perkhidmatan baiki aircond. Bukan itu sahaja, kami juga membekalkan perkhidmatan kepada pejabat dan kilang di Subang Industrial Park SS13, Sime UEP Industrial Park dan Subang Hi-Tech Industrial Park. Tambahan pula, universiti terkenal di Subang Jaya termasuk Monash University, Sunway University dan Taylor’s University turut mengupahkan perkhidmatan baiki aircond pasukan kami. Sunway Medical Centre dan Subang Jaya Medical Centre juga kami sediakan perkhidmatan baiki aircond.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.  

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm