Aircond 1HP Di KL & Selangor

Syarikat kami di Kuala Lumpur dan Selangor menawarkan aircond dalam pelbagai kuasa kuda termasuk aircond 1HP. Penyaman udara berkuasa 1HP ialah penghawa dingin yang mempunyai kapasiti pendinginan antara 9000BTU/jam hingga 10000BTU/jam. Penghawa dingin berkuasa 1HP sesuai untuk dipasang di kawasan atau bilik yang kecil seperti bilik tidur atau bilik pejabat yang mempunyai keluasan dalam anggaran 17 kaki persegi. Penghawa dingin berkuasa 1HP jauh lebih murah berbanding dengan model penghawa dingin yang berkapasiti besar. Selain itu, penghawa dingin 1HP juga dapat menjimat dan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Tambahan pula, pengguna yang membeli penghawa dingin 1HP baharu akan diberi waranti atau jaminan jangka hayat selama 1 hingga 2 tahun mengikut model dan jenama yang dibeli. Anda boleh bersemak dengan pakar aircond kami merujuk kepada keperluan aircond anda dengan menghantar emel atau menelefon pasukan kami hari ini.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin 1HP?

Penyaman udara berkuasa 1HP ialah penghawa dingin yang mempunyai kapasiti pendinginan antara 9000BTU/jam hingga 10000BTU/jam. Ia sesuai untuk dipasang di kawasan atau bilik yang kecil seperti bilik tidur atau bilik pejabat.

Apakah kelebihan penghawa dingin 1HP berbanding dengan penghawa dingin yang berkapasiti kuasa besar?

Kelebihan penghawa dingin berkuasa 1HP ialah harganya yang murah berbanding dengan penghawa dingin yang berkuasa besar. Selain itu, penggunaan elektrik penghawa dingin kuasa 1HP lebih rendah dan dapat menjimatkan kos bil elektrik. Tambahan pula, penghawa dingin 1HP senang didapati dan dipasang.

Apakah jenis servis yang diperlukan bagi penghawa dingin 1HP?

Sama seperti penghawa dingin model lain, unit dalam dan luar penghawa dingin 1HP perlu diselenggra untuk memastikan jangka hayat panjang dan boleh digunakan lama. Biasanya, kami menyarankan pelanggan agar menggunakan khidmat servis terjadual kami bagi servis pembersihan penapis, kipas unit luar dan dalam serta pemeriksaan gas penyejuk sama ada perlu ditambah. Kami juga akan memeriksa dan menganalisis jika ada kerosakan yang perlu dibaiki atau ditukar alat ganti lalu memaklumkan pelanggan.

Berapakah kos pembaikian penghawa dingin 1HP? Adakah kos penukaran alat ganti mahal?

Kos pembaikian penghawa dingin berkuasa 1HP bergantung pada tahap kerosakan sama ada masalahnya kecil atau besar, jenis dan model penghawa dingin yang ingin dibaiki dan juga bilangan unit yang perlu dibaiki. Kos bagi membaiki kerosakan kecil seperti kerosakan alat kawalan jauh atau masalah penghawa dingin kurang sejuk biasanya tidak terlalu mahal. Manakala, kos bagi kerosakan seperti motor kipas atau pemampat yang memerlukan penukaran alat ganti adalah sangat mahal. Kos penukaran alat ganti biasanya tidak meliputi kos pembaikian. Jika ada kerosakan, kami biasanya akan menghantar juruteknik untuk mengenalpasti terlebih dahulu masalah kerosakan yang dialami dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada pelanggan berserta sebut harga kos pembaikian dan harga alat ganti yang diperlukan.

Berapakah kos pengisian gas untuk penghawa dingin 1HP?

Kos pengisian (refill) gas penyejuk penghawa dingin berkuasa 1HP biasanya bergantung pada jenis gas penyejuk yang digunakan. Penggunaan gas R410A adalah lebih murah berbanding dengan gas jenis R22 untuk penghawa dingin berkuasa 1HP.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm