Harga Servis Aircond Di KL & Selangor

Kepakaran aircond kami terlatih untuk menyediakan servis terbaik malah harga servis aircond yang berpatutan di Kuala Lumpur dan Selangor. Setiap jenis penghawa dingin tanpa mengira jenama harus dijaga dan diselenggara bagi memastikan penghawa dingin sentiasa sejuk dan berfungsi dengan baik. Kerja-kerja penyelenggaraan yang biasa diperlukan oleh pengguna ialah pembersihan asas seperti pembersihan unit dalam, pemeriksaan tekanan gas dan tahap suhu sejuk dan penambahan gas penyejuk. Selain itu, pembersihan bahan kimia untuk unit dalam dan luar juga termasuk dalam servis penghawa dingin.  Harga bagi servis penghawa dingin adalah mengikut jenis, model dan juga kapasiti penghawa dingin dan juga kekerapan penggunaan harian penghawa dingin. Anda boleh menjemput kami bagi lawat tapak aircond anda bagi menyemak harga servis aircond dengan terperinci tanpa kos sembunyi. Membuat temu janji hari ini dengan mengisi borang di bawah atau terus menelefon pasukan kami yang mesra.

Servis

Servis penghawa dingin merangkumi pembersihan saluran paip dan juga pemeriksaan tahap keupayaan kompressor penghawa dingin yang diselenggara. Kami juga menawarkan servis bagi mengenal pasti alat ganti yang perlu ditukar dari semasa ke semasa.  Bagi servis penghawa dingin rumah, pengguna harus memastikan unit dalam dan luar penghawa dingin sentiasa diselenggara bagi mengekalkan fungsi penghawa dingin. Antara servis yang diperlukan ialah pembersihan penapis udara bagi unit dalam dengan menggunakan air bersih manakala unit luar pula haruslah dibersihkan penutup bekasnya. Selain itu, servis pemeriksaan dawai penyejat dan tekanan udara juga biasanya terkandung dalam servis penghawa dingin. Semasa menjalankan servis, jika kami mendapati bahawa gas penyejuk berkurangan dan mengakibatkan penghawa dingin kurang sejuk, kami akan memastikan gas penyejuk ditambah. Servis penghawa dingin perlu dilakukan sekali setiap 2 atau 3 bulan untuk mengelakkan penghawa dingin cepat rosak dan dapat mengelakkan kos pembaikian yang mahal. Biasanya servis penghawa dingin untuk rumah tidak terlalu mahal dan harganya bergantung pada jenis servis yang disediakan.

Penghawa dingin jenis komersial juga harus dipantau dan dijaga tetapi tidak perlu terlalu kerap berbanding dengan penghawa dingin rumah. Biasanya kami menyarankan pengguna supaya penyelenggaraan penghawa dingin komersial dijalankan sekurang-kurang setahun sekali. Servis yang diperlukan oleh penghawa dingin komersial adalah lebih kurang sama seperti penghawa dingin rumah. Perbezaannya ialah penghawa dingin komersial memerlukan ramai kakitangan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan termasuklah servis pembersihan debu atau kotoran yang terkumpul di bahagian penapis atau dawai yang boleh menjejaskan fungsi penghawa dingin dan menimbulkan pelbagai jenis kerosakan.  Selain itu, pembersihan alat ganti dan pencucian penapis dijalankan dengan pembersih khas. Ini bertujuan untuk memastikan udara sejuk yang dikeluarkan bersih dan bebas daripada bakteria.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Unit Siling/Cassette

Jenis servis

1 HP

1.5HP

2.0 HP

2.5 HP

3.0HP KE ATAS

HPS Servis

RM280

RM300

RM350

RM380

RM420

Servis Biasa

RM60-80

RM60-80

RM80

RM80

RM100

Servis Kimia

RM180

RM200

RM250

RM280

RM300

Servis Kimia (Luar)

RM100

RM100

RM150

RM150

RM300

Servis Kimia (Overhaul)

RM230

RM250

RM300

RM320

RM350

Pemasangan

RM400

RM450

RM500

RM550

RM600

Tambahan Paip Copper

RM22

RM24

RM26

RM28

RM32

Tambahan Paip Longkang (10kaki)

RM30

RM30

RM30

RM30

RM30

Tambahan Wiring (1kaki)

RM4

RM4

RM5

RM5

RM8

Unit Dinding (Wall Unit)

Jenis servis

1 HP

1.5 HP

2.0HP

2.5 HP

3.0HP KE ATAS

HPS Servis 

RM200

RM220

RM270

RM300

RM350

Servis Biasa

RM50-80

RM50-80

RM60-80

RM60-80

RM80

Servis Kimia

RM120

RM140

RM170

RM190

RM220

Servis Kimia (Luar)

RM100

RM100

RM150

RM150

RM300

Servis Kimia (Overhaul)

RM230

RM250

RM300

RM320

RM350

Pemasangan

RM300

RM350

RM400

RM450

RM500

Tambahan Paip Copper

RM22

RM24

RM26

RM28

RM32

Tambahan Paip Longkang (10kaki)

RM15

RM15

RM15

RM15

RM15

Tambahan Wiring (1kaki)

RM4

RM4

RM5

RM5

RM8

* Pendawaian, penebat dan paip air percuma sehingga 10 kaki
* Gas top up (R22 gas sehingga 20psi)

* 30 hari jaminan kerja

Pembaikian

Harga pembaikian ialah bergantung jenis pembaikian dilakukan.  

Pemasangan

Harga pemasangan bergantung pada lokasi dan tapak pemasangan.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Berapakah anggaran kos pemasangan penghawa dingin di Malaysia?

Anggaran kos servis pemasangan penghawa dingin rumah adalah antara RM80 - RM350. Kos adalah bergantung pada jenis penghawa dingin sama ada jenis penyonsang atau bukan penyonsang, jenis kerja tambahan seperti pendawaian, kawasan tempat pemasangan serta bilangan unit yang ingin dipasang.

Adakah harga kos penyelenggaraan penghawa dingin bergantung pada jenis servis yang diperlukan dan model penghawa dingin?

Ya, kos servis penghawa dingin bergantung pada jenis servis dan juga jenis penghawa dingin. Servis perlu dilakukan setiap 6 bulan bagi penghawa dingin rumah atau setahun sekali bagi penghawa dingin komersial. Sebelum kerja servis dijalankan, biasanya pembekal servis akan memeriksa keadaan dan prestasi unit penghawa dingin yang ingin diselenggara dan berunding dengan pengguna. Kerja-kerja servis adalah termasuk pemeriksaan paip air jika ada kebocoran, pembersihan penapis udara supaya bersih daripada debu/kotoran dan juga penambahan gas penyejuk jika penghawa dingin kurang sejuk.

Berapakah kos pembaikian penghawa dingin rosak?

Kos bagi mengenal pasti punca kerosakan dianggarkan dalam RM80. Kos membaiki penghawa dingin yang rosak bergantung pada jenis kerosakan dan juga kos penukaran alat ganti. Contohnya, jika kompressor atau motor penghawa dingin rosak, kos membaiki dan juga alat ganti adalah sangat tinggi kerana lebih sulit untuk membaiki. Jika hanya kerosakan yang ringan seperti kebocoran gas, maka ia hanya memerlukan penukaran paip getah.

Adakah kos pemasangan termasuk dalam harga pembelian penghawa dingin?

Kos pemasangan biasanya disertakan dalam pakej pembelian penghawa dingin terutama bagi penggunaan penghawa dingin di rumah kerana proses pemasangan di rumah adalah lebih mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Pemasangan penghawa dingin komersial adalah lebih sulit dan memerlukan pakar. Justeru, biasanya pengguna/pembeli menggunakan perkhidmatan pemasangan penghawa dingin daripada pakar bagi kerja-kerja pemasangan penghawa dingin komersial.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 830am-530pm

Ahad dan cuti umum tutup

Alamat

18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan