Aircond LG Di KL & Selangor

Syarikat kami merupakan pusat satu hentian membekalkan pelbagai perkidmatan bagi aircond LG di Kuala Lumpur dan Selangor. Perkhidmatan berkaitan bagi aircond LG termasuk pemasangan, pembaikian dan penyelenggaraan. Pasukan juruteknik kami mempunyai pengalaman yang kaya dalam industri aircond dan terlatih bagi mengendalikan aircond LG yang berbagai-bagai jenis dan model baharu. Selain itu, perkhidmatan bagi aircond LG kami tawarkan pada harga yang berpatutan telah menjadikan syarikat kami sering dipilih oleh pengguna aircond LG. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang perkhidmatan aircond LG kami atau ingin mendapatkan sebut harga, sila hubungi pasukan kami sekarang dengan membuat panggilan telefon atau menghantar emel kepada kami.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

LG

Syarikat kami terdiri daripada pasukan pakar perunding yang dapat membantu anda dalam memilih aircond yang paling sesuai bagi kegunaan rumah anda. Aircond LG bagi kegunaan rumah adalah bersifat dual inverter dan terdapat 2 jenis iaitu “Dual Inverter Deluxe Aircond” dan “Dual Inverter Premium Aircond with Ionizer and Smart ThinQ Function” dalam pelbagai kuasa kuda. Aircond LG berkuasa kuda 1 dan 1.5 sesuai untuk digunakan di rumah. Selain itu, juruteknik kami mahir dengan pemasangan, pembaikian dan penyelenggaraan aircond LG rumah. Dengan pengalaman yang luas dalam mengendalikan aircond, juruteknik kami dapat memasangkan aircond LG sama ada model S3-Q09JA3WA atau S3-Q12JA2PA. Selain pemasangan aircond, pasukan kami juga menyediakan perkhidmatan baiki dan servis bagi aircond LG termasuk model nombor S3-Q12JA3WA dan S3-Q09JA2PA. Anda tidak perlu risau apabila aircond anda mengalami kerosakan atau ketidakfungsian kerana pasukan kami bersedia membantu tepat pada masa yang ditentukan oleh pelanggan. Pasukan kami dapat bekerja pada waktu yang fleksibel demi memberikan keselesaan bagi anda terus menggunakan aircond LG anda. Di samping itu, harga bagi setiap perkhidmatan aircond LG kami tawarkan adalah paling berpatutan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kami juga menyarankan agar pengguna menggunakan perkhidmatan servis aircond kami yang terjadual bagi menjamin aircond LG anda dapat sentiasa berfungsi dengan cekap.

Selain aircond rumah, syarikat kami juga membekalkan aircond LG bagi kegunaan komersial. Pada masa kini, aircond biasanya dipasang di merata tempat komersial seperti restoran, kedai, dan pusat membeli-belah untuk menyediakan suasana yang selesa bagi pengunjung. Selain itu, aircond juga merupakan elemen mustahak bagi bangunan pejabat dan banyak tempat lagi agar pengguna ruang tersebut berasa selesa malah meningkatkan produktiviti pekerja. Bagi tempat komersial, aircond yang berkuasa kuda lebih tinggi diperlukan bagi membekalkan suhu dingin dalam ruang yang besar. Anda boleh mendapatkan aircond komersial dengan penyonsang daripada kami yang berkuasa kuda 2 dan lebih seperti aircond bernombor model S3-Q18KL3WA, S3-Q24K22PA, S3-Q18KL2PA dan S3-Q24K23WA. Di samping itu, syarikat kami juga menawarkan perkhidmatan pasang aircond berserta pembelian anda. Juruteknik kami mahir dalam memasang aircond LG yang berbagai model dan dapat menyiapkan kerja dengan pantas. Tambahan pula, kami juga bertanggungjawab bagi baiki dan servis aircond LG komersial anda. Jika mengalami ketidakfungsian atau kesulitan pada aircond, kami akan memeriksa aircond anda dengan teliti untuk menentukan punca masalah lalu menyelaraskannya dengan efisien. Bagi menjamin kefungsian aircond komersial anda, servis aircond harus dijalankan secara terjadual sama ada empat bulan atau enam bulan sekali berdasarkan kapasiti penggunaan aircond tersebut. Anda juga boleh yakin bahawa harga perkhidmatan kami adalah paling berpatutan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm