Pemasangan Aircond Di Kuala Lumpur

Kami merupakan pembekal servis pemasangan aircond paling digemari di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan ibu kota Malaysia, jadi tidak hairanlah perniagaan pemasangan penghawa dingin mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai industri komersial mahupun penduduk rumah di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Oleh itu, syarikat kami menyediakan servis pemasangan penghawa dingin bagi kegunaan rumah serta komersial di Kuala Lumpur.

Syarikat servis pemasangan penghawa dingin kami menjadi pilihan utama dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur terutamanya penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa, Taman Ukay Perdana dan lain-lain yang sentiasa mengupahkan khidmat pemasangan penyaman dingin kami bagi rumah mereka. Antara sebab kami menjadi pilihan utama ialah servis kami yang berkualiti di mana kami mengutamakan kebersihan, keperibadian dan keselamatan pelanggan. Jika perkhidmatan kami menepati keperluan anda, sila hubungi khidmat pelanggan kami yang mesra melalui telefon atau emel bagi mendapatkan sebut harga terbaik.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pasang Aircond

Sebelum proses pemasangan, kami akan berbincang dengan pelanggan terlebih dahulu merangkumi semua aspek berkaitan termasuk harga, masa dan waktu pemasangan, bilangan unit yang ingin dipasang, lokasi pemasangan dan struktur bangunan supaya kerja-kerja pemasangan berjalan dengan lancar. Justeru, ramai pelanggan kami berpuas hati dengan susun atur jadual pemasangan yang sistematik dan menepati citarasa pelanggan kami. Tambahan pula, kami juga memberi dan menawarkan kos pengangkutan percuma bagi pelanggan atau rumah yang berada di kawasan Ampang, Wangsa Maju, Kepong dan daerah lain di bandar Kuala Lumpur. Kami juga memastikan pekerja dan juruteknik kami yang menjalankan pemasangan penyaman udara di rumah mematuhi privasi pelanggan dan sentiasa membuat kerja dengan sempurna. Mereka harus memastikan lokasi pemasangan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk pelanggan sebelum dan selepas kerja disiapkan. Jaminan kualiti pemasangan juga disediakan di mana jika berlaku kerosakan semasa pemasangan atau sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 hari, pihak kami akan menanggung segala kerosakan mengikut syarat yang ditetapkan. Seperti yang sedia maklum, Kuala Lumpur merupakan salah satu pusat ekonomi terbesar di Malaysia dan hampir semua jenis industri komersial boleh didapati di sini seperti pejabat kerajaan, swasta, pengurusan kewangan (bank), pasaraya atau pusat membeli-belah, pusat pendidikan, pusat pelancongan dan sebagainya. Oleh itu, permintaan bagi pemasangan penyaman udara jenis komersial adalah amat tinggi di sekitar Kuala Lumpur. Kami mengambil peluang ini untuk menyediakan pelbagai jenis promosi dan tawaran bagi pelanggan atau pemilik bangunan yang memerlukan pemasangan penyaman udara di Kuala Lumpur. Antara bangunan yang pernah kami pasangkan penghawa dingin termasuk bangunan Menara Maybank, UTC Pudu, Sentral Market (Pasar Seni) dan Perpustakaan Negara, Menara Kuala Lumpur dan lain-lain. Mereka memilih syarikat kami kerana kami mempunyai 100% juruteknik yang pakar dan bertauliah selain jaminan harga yang berbaloi dan menjimatkan. Tambahan pula, kami menawarkan servis percuma untuk kali pertama selepas 30 hari daripada tarikh pemasangan. Selain itu,  servis penyaman udara terjadual dengan pakej harga yang murah dan berbaloi turut kami tawarkan. Kami juga akan memastikan kerja-kerja pemasangan tidak mengganggu bisnes atau kerja harian di tapak pelanggan terutamanya seperti bisnes perhotelan, perbankan, pusat membeli-belah dan lain-lain. Kami juga menyediakan servis pemasangan bagi bangunan hospital atau klinik contohnya Hospital Prince Court dan KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital..

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 830am-530pm

Ahad dan cuti umum tutup

Alamat

18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan