Aircond Ascon Di KL & Selangor
Syarikat kami terdiri daripada pakar aircond Acson di Kuala Lumpur dan Selangor. Berkonsepkan alam semulajadi, Acson menggunakan kecanggihan “Foresto” bagi menghasilkan angin segar lagi bersih seolah dikelilingi hutan yang membolehkan pengguna berasa selesa. Selain itu, Acson juga menggunakan reka bentuk “Filtronz” serta “ PLUSMA” yang membolehkan penghawa dingin menapis udara dalam rumah anda maka sentiasa menghasilkan hawa dingin yang berkualiti. Keadaan ini turut dapat mengatasi masalah kesihatan pengguna.
Perbezaan penghawa dingin komersial daripada jenis rumah ialah kapasiti serta kepantasan hawa dingin dihasilkan. Penyaman udara Acson komersial juga dapat menyebarkan angin ke serata ruang tanpa memerlukan lebih daripada satu unit. Jika anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang penyaman aircond Acson, anda boleh menghubungi pasukan kami sekarang dengan panggilan telefon atau emel.
.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Acson
Terdapat beberapa jenis penghawa dingin Acson bagi kegunaan rumah. Salah satu jenis adalah model dipasang pada dinding (Wall-mounted) Siri S. Jenis tersebut direka menggunakan inverter maka dapat menjimatkan kegunaan tenaga elektrik sehingga 50 peratus. Ia juga mempunyai jenis “non-inverter” yang turut mengekalkan konsep penjimatan tenaga serta menghasilkan atmosfera semula jadi. Selain itu, Acson juga mengeluarkan penghawa dingin jenis mudah alih yang dikenali sebagai “Moveo”. Penghawa dingin mudah alih boleh dipindah serta dipasang mana-mana. Pengguna boleh menggunakan aircond tersebut dalam hanya 5 minit. Penghawa dingin jenama Acson biasanya menggunakan kuasa kapasiti daripada 1HP sehingga 1.5HP.
Penghawa dingin bagi kegunaan komersial pula terbahagi kepada 2 jenis, iaitu jenis siling kaset yang mampu menghasilkan hawa dingin malah menyebarkan melalui 4 saluran berlainan untuk mempercepat proses penyebaran angin sejuk ke serata tempat. Selain itu, Acson juga mengeluarkan model penghawa dingin jenis sistem pemisah berbilang, “Multi Split System” yang membolehkan satu unit luaran digunakan dengan 3 peralatan dalaman. Ia membantu mengurangkan penggunaan ruangan yang terhad contohnya seperti dalam kondomonium atau kedai-kedai yang kecil.
Jenama Acson menawarkan harga penghawa dingin yang berpatutan maka mampu dimiliki. Dengan kecanggihan “Foresto” yang mementingkan alam semula jadi serta penjimatan penggunaan tenaga, Acson merupakan salah satu pilihan popular rakyat Malaysia. Bermula daripada harga, RM1,045 bagi penghawa dingin “Non Inverter” dengan kuasa kapasiti 1HP sehingga RM1,500 bagi jenis “Inverter” yang berkuasa 1.5HP untuk kegunaan rumah. Bagi komersial pula, harga bergantung pada jenis reka bentuk penyaman udara tersebut. Harga penyaman udara jenis kaset dalam julat RM1,600 mencecah RM2,000 mengikut saiz dan fungsi. Aircond Acson dapat dibeli di Kuala Lumpur, Selangor dan Cheras, Malaysia.
Komersial
Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.
Rumah
Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.
Unit Dinding (Wall Unit)
Jenis servis | 1 HP | 1.5 HP | 2.0HP | 2.5 HP | 3.0HP KE ATAS |
HPS Servis | RM200 | RM220 | RM270 | RM300 | RM350 |
Servis Biasa | RM50-80 | RM50-80 | RM60-80 | RM60-80 | RM80 |
Servis Kimia | RM120 | RM140 | RM170 | RM190 | RM220 |
Servis Kimia (Luar) | RM100 | RM100 | RM150 | RM150 | RM300 |
Servis Kimia (Overhaul) | RM230 | RM250 | RM300 | RM320 | RM350 |
Pemasangan | RM300 | RM350 | RM400 | RM450 | RM500 |
Tambahan Paip Copper | RM22 | RM24 | RM26 | RM28 | RM32 |
Tambahan Paip Longkang (10kaki) | RM15 | RM15 | RM15 | RM15 | RM15 |
Tambahan Wiring (1kaki) | RM4 | RM4 | RM5 | RM5 | RM8 |
Unit Siling/Cassette
Jenis servis | 1 HP | 1.5HP | 2.0 HP | 2.5 HP | 3.0HP KE ATAS |
HPS Servis | RM280 | RM300 | RM350 | RM380 | RM420 |
Servis Biasa | RM60-80 | RM60-80 | RM80 | RM80 | RM100 |
Servis Kimia | RM180 | RM200 | RM250 | RM280 | RM300 |
Servis Kimia (Luar) | RM100 | RM100 | RM150 | RM150 | RM300 |
Servis Kimia (Overhaul) | RM230 | RM250 | RM300 | RM320 | RM350 |
Pemasangan | RM400 | RM450 | RM500 | RM550 | RM600 |
Tambahan Paip Copper | RM22 | RM24 | RM26 | RM28 | RM32 |
Tambahan Paip Longkang (10kaki) | RM30 | RM30 | RM30 | RM30 | RM30 |
Tambahan Wiring (1kaki) | RM4 | RM4 | RM5 | RM5 | RM8 |
* Pendawaian, penebat dan paip air percuma sehingga 10 kaki
* Gas top up (R22 gas sehingga 20psi)
* 30 hari jaminan kerja
Pembaikian
Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain.
Servis
Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.
Pemasangan
Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.
Mengapa Pilih AcDingin?
Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang.
Dipercayai
Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti
Harga Berpatutan
Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda
Cekap & Cepat
Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional
Profesional
Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun
Jenama Aircond
Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.
Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.
FAQ
Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?
Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.
Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?
Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza.
Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?
Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain.
Testimoni
Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !
John Lee
Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !
Mohd Annuar
Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.
Yee Leng
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 830am-530pm
Ahad dan cuti umum tutup
Alamat
18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan