Servis Aircond Di Bangi

Kami merupakan pusat servis aircond membekalkan pelbagai jenis perkhidmatan aircond di seluruh kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Salah satu cawangan kami terletak di Bangi di mana bandar ini terletak di antara Putrajaya dan Kajang. Di Bangi, syarikat kami fokus pada servis penghawa dingin kepada penduduk Bangi dengan menawarkan servis penghawa dingin kepada perumahan, komersial seperti industri pemakanan, sektor pendidikan dan lain-lain lagi. 

Kami menyediakan servis penghawa dingin rumah di Bangi yang berkelayakan di Malaysia dengan juruteknik profesional di mana pakar kami mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun dalam industri penghawa dingin. Oleh itu, penduduk di kawasan Bangi tidak perlu bersusah payah untuk mencari pakar dari kawasan luar Bangi maka dapat menjimatkan masa dan tenaga. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan ialah seperti pemeriksaan kerosakan sebelum membaiki, pencucian bahan kimia dan penukaran alat ganti. Jika perkhidmatan dan lokasi syarikat kami menepati keperluan anda, membuat temu janji hari ini dengan menelefon khidmat pelanggan kami sekarang.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Servis Aircond

Kami yakin bahawa anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan penghawa dingin kami di kawasan Bangi. Perkhidmatan kami merangkumi hampir ke setiap kawasan perumahan di Bangi seperti kawasan perumahan Bangi Seksyen 2, Seksyen 3 dan juga Seksyen 4 yang terletaknya kawasan perumahan banglo dan apartmen seperti Apartmen Kenaria di Seksyen 9, Apartmen Intana Ria di seksyen 7 dan banyak lagi.

Syarikat kami menawarkan servis penyaman udara rumah termasuk pembersihan bahagian yang berlainan dalam sistem penyaman udara dan memastikan unit anda beroperasi secara efisien. Kami juga akan memeriksa komponen-komponen penting dalam sistem dan memastikan ia berfungsi dengan baik. Tambahan pula, juruteknik kami yang berpengalaman akan memeriksa punca kerosakan komponen dan akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Selain servis penyaman udara rumah, syarikat kami juga menyediakan perkhidmatan penyaman udara bagi industri komersial di kawasan Bangi yang turut  terkenal sebagai pusat membeli-belah bagi masyarakat Melayu seperti Bangi Sentral dan Bangi Gateway. Oleh itu, pihak kami menawarkan pelbagai jenis servis penyaman udara untuk pengusaha/pemilik kedai di kedua-dua pusat ini dengan harga yang berpatutan dan menjimatkan. Kami memastikan pelanggan kedai mereka dapat menikmati keselesaan melalui servis penghawa dingin kami dan memastikan ia terus berfungsi dengan lancar. Kami juga bermatlamat untuk mengurangkan kemungkinan kerosakan yang akan menyusahkan pengguna. Tambahan pula, kami juga melakukan servis berkala bagi penyaman udara komersial seperti syarikat atau kilang-kilang di sekitar Bangi seperti Global Amity Bangi (Honda), Prima Bagus (kilang makanan), Hitachi dan banyak lagi. Kami juga melakukan servis penyaman udara untuk pusat pendidikan yang terkenal di kawasan Bangi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kolej Giat Mara di mana kami menawarkan harga pakej servis yang menarik serta menjimatkan kos perbelanjaan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm