Servis Aircond Di Putrajaya

Kumpulan syarikat servis aircond kami turut menyediakan pusat servis aircond di Putrajaya. Kami menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan servis penyaman udara di sekitar kawasan Putrajaya termasuk pemasangan penyaman udara lama atau baharu, servis membersih dan penyelenggaraan penghawa dingin. Selain itu, servis membaiki atau membaik pulih penghawa dingin serta penukaran alat ganti juga disediakan oleh syarikat kami. Kami menerima dan membaiki hampir semua jenis atau jenama penyaman udara yang terdapat di Malaysia sama ada untuk kegunaan rumah mahupun tujuan kormesial.

Lokasi syarikat kami yang strategik dan mudah dijumpai di Putrajaya membolehkan perkhidmatan penghawa dingin dijalankan dengan kadar segera. Pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan servis kami setelah temu janji atau tempahan servis dibuat. Jangan menunggu lagi untuk menghubungi khidmat pelanggan kami jika perkhidmatan aircond kami menepati keperluan anda.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Servis Aircond

Kami menyediakan servis penghawa dingin rumah untuk semua kawasan perumahan di Putrajaya seperti rumah pangsa di Presint 5 dan kawasan perumahan kakitangan kerajaan di Presint 3 dan 15. Selain lokasi kami yang strategik di Putrajaya, kelebihan syarikat kami ialah kos percuma bagi pemeriksaan penghawa dingin semasa mengenalpasti punca kerosakan (jika terdapat) ke setiap kawasan perumahan seperti kawasan perumahan Presint 15, 9 dan juga 11.

Syarikat kami yang berlokasi di Putrajaya bukan sahaja menyediakan servis penghawa dingin bagi kegunaan rumah malah menyediakan servis penyelenggaraan tahunan, pembaikian dan penukaran alat ganti (jika perlu) untuk penghawa dingin komersial. Servis penghawa dingin kami mendapat sambutan hangat di sekitar Putrajaya kerana lokasi, kualiti servis dan juga harga servis yang berpatutan. Banyak industri komersial seperti pasar raya Alamanda, Suria Mall dan IOI City Mall telah menggunakan perkhidmatan kami. Tambahan pula, Putrajaya terduduknya pusat pemerintahan Malaysia dengan pelbagai jenis pusat atau bangunan kerajaan telah memilih servis penyelenggaraan penghawa dingin kami termasuk Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Masjid Besar Putrajaya. Selain itu, bangunan seperti Putrajaya International Convention Centre dan Hospital Besar Putrajaya juga menggunakan perkhidmatan kami.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 830am-530pm

Ahad dan cuti umum tutup

Alamat

18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan