Upah Pasang Aircond Di KL & Selangor
Adakah anda sedang mencari perkhidmatan upah pasang aircond yang berkualiti di Kuala Lumpur dan Selangor? Kadar upah pasang aircond di Kuala Lumpur adalah bergantung pada jenis atau model aircond yang ingin dipasang. Jika unit aircond merupakan model dengan penyonsang maka kadar upah pemasangan akan lebih tinggi berbanding dengan tanpa penyonsang. Ini kerana saluran air tembaganya berbeza dengan model yang tanpa penyonsang malah lebih tebal dan tidak mudah bocor dan menggunakan gas R410A. Selain itu, kadar upah pasang penyaman udara juga bergantung pada bilangan unit dalam serta luar rumah yang ingin dipasang serta jarak pemasangan antara unit. Faktor kawasan juga mempengaruhi kos apabila memasang sesebuah unit penyaman udara. Terdapat juga perkhidmatan untuk pemasangan unit sedia ada contohnya pelanggan ingin berpindah jadi memerlukan penghawa dingin dipasang di lokasi baharu. Jika anda memerlukan sebut harga bagi upah pasang aircond, anda boleh menelefon pasukan kami atau menghantarkan kami emel.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Unit Dinding (Wall Unit)
Jenis servis | 1 HP | 1.5 HP | 2.0HP | 2.5 HP | 3.0HP KE ATAS |
HPS Servis | RM200 | RM220 | RM270 | RM300 | RM350 |
Servis Biasa | RM50-80 | RM50-80 | RM60-80 | RM60-80 | RM80 |
Servis Kimia | RM120 | RM140 | RM170 | RM190 | RM220 |
Servis Kimia (Luar) | RM100 | RM100 | RM150 | RM150 | RM300 |
Servis Kimia (Overhaul) | RM230 | RM250 | RM300 | RM320 | RM350 |
Pemasangan | RM300 | RM350 | RM400 | RM450 | RM500 |
Tambahan Paip Copper | RM22 | RM24 | RM26 | RM28 | RM32 |
Tambahan Paip Longkang (10kaki) | RM15 | RM15 | RM15 | RM15 | RM15 |
Tambahan Wiring (1kaki) | RM4 | RM4 | RM5 | RM5 | RM8 |
Unit Siling/Cassette
Jenis servis | 1 HP | 1.5HP | 2.0 HP | 2.5 HP | 3.0HP KE ATAS |
HPS Servis | RM280 | RM300 | RM350 | RM380 | RM420 |
Servis Biasa | RM60-80 | RM60-80 | RM80 | RM80 | RM100 |
Servis Kimia | RM180 | RM200 | RM250 | RM280 | RM300 |
Servis Kimia (Luar) | RM100 | RM100 | RM150 | RM150 | RM300 |
Servis Kimia (Overhaul) | RM230 | RM250 | RM300 | RM320 | RM350 |
Pemasangan | RM400 | RM450 | RM500 | RM550 | RM600 |
Tambahan Paip Copper | RM22 | RM24 | RM26 | RM28 | RM32 |
Tambahan Paip Longkang (10kaki) | RM30 | RM30 | RM30 | RM30 | RM30 |
Tambahan Wiring (1kaki) | RM4 | RM4 | RM5 | RM5 | RM8 |
* Pendawaian, penebat dan paip air percuma sehingga 10 kaki
* Gas top up (R22 gas sehingga 20psi)
* 30 hari jaminan kerja
Pembaikian
Harga pembaikian ialah bergantung jenis pembaikian dilakukan.
Servis
Kadar upah perkhidmatan penyaman udara di Kuala Lumpur dan Selangor pula berdasarkan jenis servis diperlukan.
Pemasangan
Bagi penyaman udara baru, kadar upah biasanya termasuk dalam senarai pakej pembelian RM.
Kami sedia berkhidmat bagi anda dengan kadar upah murah serta untuk tempahan sekarang di KL.
Lokasi
Mengapa Pilih AcDingin?
Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang.
Dipercayai
Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti
Harga Berpatutan
Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda
Cekap & Cepat
Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional
Profesional
Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun
Jenama Aircond
Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.
Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.
FAQ
Berapakah anggaran kos pemasangan penghawa dingin di Malaysia?
Anggaran kos servis pemasangan penghawa dingin rumah adalah antara RM80 - RM350. Kos adalah bergantung pada jenis penghawa dingin sama ada jenis penyonsang atau bukan penyonsang, jenis kerja tambahan seperti pendawaian, kawasan tempat pemasangan serta bilangan unit yang ingin dipasang.
Adakah harga kos penyelenggaraan penghawa dingin bergantung pada jenis servis yang diperlukan dan model penghawa dingin?
Ya, kos servis penghawa dingin bergantung pada jenis servis dan juga jenis penghawa dingin. Servis perlu dilakukan setiap 6 bulan bagi penghawa dingin rumah atau setahun sekali bagi penghawa dingin komersial. Sebelum kerja servis dijalankan, biasanya pembekal servis akan memeriksa keadaan dan prestasi unit penghawa dingin yang ingin diselenggara dan berunding dengan pengguna. Kerja-kerja servis adalah termasuk pemeriksaan paip air jika ada kebocoran, pembersihan penapis udara supaya bersih daripada debu/kotoran dan juga penambahan gas penyejuk jika penghawa dingin kurang sejuk.
Berapakah kos pembaikian penghawa dingin rosak?
Kos bagi mengenal pasti punca kerosakan dianggarkan dalam RM80. Kos membaiki penghawa dingin yang rosak bergantung pada jenis kerosakan dan juga kos penukaran alat ganti. Contohnya, jika kompressor atau motor penghawa dingin rosak, kos membaiki dan juga alat ganti adalah sangat tinggi kerana lebih sulit untuk membaiki. Jika hanya kerosakan yang ringan seperti kebocoran gas, maka ia hanya memerlukan penukaran paip getah.
Adakah kos pemasangan termasuk dalam harga pembelian penghawa dingin?
Kos pemasangan biasanya disertakan dalam pakej pembelian penghawa dingin terutama bagi penggunaan penghawa dingin di rumah kerana proses pemasangan di rumah adalah lebih mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Pemasangan penghawa dingin komersial adalah lebih sulit dan memerlukan pakar. Justeru, biasanya pengguna/pembeli menggunakan perkhidmatan pemasangan penghawa dingin daripada pakar bagi kerja-kerja pemasangan penghawa dingin komersial.
Testimoni
Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !
John Lee
Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !
Mohd Annuar
Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.
Yee Leng
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 830am-530pm
Ahad dan cuti umum tutup
Alamat
18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan