Penyaman Udara Unit Pisah Di KL & Selangor
Penyaman udara unit pisah merupakan antara penyaman udara yang kami bekalkan di Kuala Lumpur dan Selangor. Penyaman udara unit pisah terdiri daripada unit dalam (indoor) dan unit luar (outdoor). Unit dalam terdiri daripada penyejat dan kipas penyejat manakala unit luar terdiri daripada pemeluwap, pemaipan,kipas pemeluwap serta alat lain. Kedua-dua unit dalam dan luar ini dipasang secara berasingan di mana unit dalam dipasang di dalam bilik yang dikehendaki manakala unit luar dipasang di luar bilik atau rumah. Terdapat tiga jenis reka bentuk model unit pisah iaitu jenis lengkapan dinding “wall mounted”, jenis lengkapan lantai (floor standing) dan jenis gantungan siling (ceiling mounted). Sebelum membeli, jangan lupa untuk bertanya kepada pasukan perunding kami untuk mendapatkan maklumat yang jelas dan sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh mengunjungi agen kami secara terus atau menelefon kami.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Aircond Unit Pisah
Model unit pisah ini mendapat sambutan yang paling laris di pasaran kerana lebih mudah dan kemas semasa pemasangan. Ia juga terdapat pelbagai kapasiti pendinginan dan harga yang mampu dimiliki dan dibeli. Tambahan pula, model ini direka dengan alat kawalan jauh yang dapat mengawal suhu mengikut keperluan pengguna. Ia juga membolehkan pengguna menetapkan masa buka dan tutup penghawa dingin tersebut. Selain itu, penyaman udara jenis unit pisah ini senang dijaga dan dibersihkan jika perlu.
Komersial
Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.
Rumah
Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.
Pembaikian
Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain.
Servis
Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.
Pemasangan
Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.
Mengapa Pilih AcDingin?
Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang.
Dipercayai
Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti
Harga Berpatutan
Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda
Cekap & Cepat
Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional
Profesional
Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun
Jenama Aircond
Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.
Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.
FAQ
Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasa diguna?
Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan unit pemeluwapan dan penyejatan yang turut dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.
Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira bagi pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah?
Antara faktor penting yang perlu diambil kira sebelum membeli penghawa dingin jenis unit pisah ialah keluasan ruang yang teringin memasangkannya. Ruang tersebut perlu mempunyai ketinggian siling sekurang-kurangnya 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga harus bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan yang tepat perlu dipertimbangkan apabila menentukan jenis penghawa dingin unit pisah yang bakal dibeli dan dipasang.
Apakah jenis servis yang diperlukan bagi penghawa dingin jenis unit pisah?
Terdapat beberapa jenis servis kami tawarkan untuk pemakaian penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya ialah pembersihan penapis udara sekali setiap bulan bagi mengelakkan penapisan udara kotor melampau dan cepat berhabuk. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu diperiksa dan dicuci sekali setiap dua bulan. Manakala, servis untuk pemampat atau motor kipas bagi unit dalaman harus diselenggara setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan agar menggunakan pakej penyelenggaraan kami dengan harga servis ternyata meliputi semua jenis servis yang diperlukan.
Berapakah kos pembaikian penghawa dingin jenis unit pisah. Adakah kos penukaran alat ganti dimasuki?
Secara umum, kos membaiki penghawa dingin jenis unit pisah adalah bergantung pada jenis kerosakan yang dialami. Terdapat dua jenis masalah atau kerosakan yang biasa terjadi pada penyaman udara jenis unit pisah iaitu yang berkaitan dengan elektrik atau kitaran sistem bahan pendingin. Jika masalah berkait dengan elektrik, pakar kami akan mengenalpasti jenis kerosakan terlebih dahulu dan biasanya kerosakan ini memerlukan penggantian alat ganti atau pendawaian. Bagi masalah berkaitan dengan sistem bahan pendingin pula, kami akan mencadangkan penambahan gas penyejuk dilakukan. Harga bagi kedua-kedua masalah ini bergantung pada keadaan dan kami selalunya memberitahu pelanggan terlebih dahulu tentang jenis pembaikian yang diperlukan.
Berapakah kos pemasangan penghawa dingin jenis unit pisah? Apakah jenis servis yang disertakan?
Kos pemasangan penghawa dingin jenis unit pisah biasanya bergantung pada model yang ingin dipasang dan bilangan unit yang ingin dipasang. Anggaran kos pemasangan adalah di antara RM100 – RM150 per unit bagi pemasangan di rumah. Pelanggan dinasihati agar merujuk kepada pakar konsultasi kami terlebih dahulu semasa membuat perbandingan. Kos pemasangan kami biasanya merangkumi servis pemasangan unit dalam dan unit luar, pendawaian, pemaipan dan juga pengisian gas penyejuk. Selain itu, servis pemasangan kami mempunyai kelebihan di mana pelanggan akan mendapat waranti mengikut jenis pemasangan.
Testimoni
Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !
John Lee
Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !
Mohd Annuar
Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.
Yee Leng
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 830am-530pm
Ahad dan cuti umum tutup
Alamat
18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan