Aircond Daikin Di KL & Selangor

Sebagai pakar dalam industri penghawa dingin, kami menawarkan berbagai jenis penghawa dingin termasuk aircond Daikin berdasarkan di Kuala Lumpur dan Selangor. Daikin merupakan antara syarikat pengeluar penghawa dingin yang terkenal dari Jepun dan diiktiraf dengan Penjimatan Tenaga 3 Bintang. Daikin mengeluarkan penghawa dingin berkonsepkan “Home Central Conditioning (HCAC)” untuk kegunaan domestik di mana ia mampu memberi keselesaan kepada kediaman tanpa mengubah reka bentuk dalaman rumah anda. Di samping itu, ia menggunakan sistem VRV yang membolehkan suhu dikawal secara automatik untuk setiap ruang di dalam rumah anda. Selain itu, dengan menitikberatkan keperluan pengguna, Daikin menawarkan sistem HCAC pada setiap jenis penghawa dingin dengan menyesuaikan reka bentuk penghawa dingin bagi setiap ruang di dalam rumah. Teknologi serta reka bentuk ini membolehkan pengguna memasang penghawa dingin di setiap ruang rumah seperti bilik dapur, kamar tidur, ruang tamu serta di dalam bilik mandi. Membuat panggilan telefon atau menghantar emel kepada pasukan kami sekarang bagi meneroka jenis penghawa dingin yang anda perlukan.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Model

Daikin R32

Daikin R410

1.0HP

RM1320

RM1320

1.5HP


RM1650

RM1650

2.0HP


RM2450

RM2500

2.5HP


RM2720

RM2840

Harga termasuk 1 unit aircond dan pemasangan serta 10 kaki paip tembaga, paip saliran dan 10 kaki wayar 

Daikin

Selain penghawa dingin domestik, Daikin juga adalah antara jenama pilihan utama bagi kegunaan komersial. Menggunakan sistem “Air Curtain”, Daikin menawarkan dua model penghawa dingin komersial iaitu “Standard Air Curtain” dan “Turbo Air Curtain. Sistem kedua-dua  model tersebut direka bagi fungsi yang sama iaitu untuk menghasil dan mengekalkan udara sejuk dan bersih di dalam premis malah menghalang udara dari luar seperti asap kenderaan, debu, asap rokok dan bau busuk. Daikin mempunyai pelbagai jenis penghawa dingin berdasarkan kegunaan dan permintaan pengguna. Bagi penghawa dingin domestik (rumah), terdapat juga pelbagai jenis reka bentuk dan fungsi yang dikeluarkan oleh Daikin. Contohnya, jenis penghawa dingin “Wall-Mounted” sesuai untuk kegunaan di dalam bilik tidur yang bersaiz kecil dan sederhana. Selain itu, jenis penghawa dingin “SkyAir Casset” direka bagi mereka yang mementingkan kecantikan reka bentuk rumah. Ini kerana penghawa dingin jenis ini dipasang secara tersorok dalam siling dan menjamin kekemasan ruang berbanding dengan jenis “Wall-Mounted”. Penghawa dingin “SkyAir Casset” biasa digunakan di ruang yang lebih besar seperti bilik dapur, ruang tamu atau ruang makan. Penghawa dingin Daikin biasanya menggunakan kapasiti antara 1HP dan 3HP bergantung kepada jenis yang diperlukan dan siri reka bentuk.

Bagi kegunaan komersial, penghawa dingin jenis Standard Air Curtain biasanya digunakan di kedai-kedai retail, pasaraya beli-belah, hotel, panggung wayang atau restoran. Manakala, sistem Turbo Air Curtain pula direka untuk penggunaan yang kuat dan sesuai bagi kawasan yang mempunyai siling tinggi seperti di gudang, kilang mahupun tempat pemunggahan. Kedua-dua jenis penghawa dingin ini menggunakan motor yang berkuasa tinggi dan digandingkan dengan sistem kipas mampu menghasilkan udara sejuk dalam masa yang singkat. Selain itu, penghawa dingin ini dapat menghalang udara sejuk terkeluar daripada bangunan dan dapat mengekalkan kedinginan. Di samping itu, penghawa dingin tersebut mampu menghalang habuk, asap dan bau daripada masuk ke dalam bangunan.

Dari segi harga, Daikin merupakan antara jenama yang berbaloi dan menjadi pilihan utama ramai pengguna. Dengan anggaran antara RM700-RM1000, pengguna dapat membeli penghawa dingin Daikin untuk kegunaan rumah. Selain itu, penggunaan penghawa Daikin juga dapat menjimatkan kos elektrik di rumah mahupun bagi penggunaan komersial.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan NHN aircond amat murah. 

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

253C , Jalan Besar,
43300, Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm

Sertailah senarai emel kami untuk menerima promosi dan berita terkini!

Sertailah senarai emel kami untuk menerima promosi dan berita terkini!

Anda telah berjaya memasuki senarai emel kami