Servis Aircond Di Ampang

Kami merupakan pasukan yang berdedikasi dalam membekalkan servis aircond di Ampang. Pada era moden ini, aircond merupakan peralatan yang mustahak bagi setiap tempat sama ada di rumah atau tempat komersial. Oleh sebab bercuaca khatulistiwa, kepanasan cuaca telah menyumbang kepada pemasangan aircond yang semakin meningkat. Malah, servis aircond amat penting bagi menjamin aircond anda sentiasa berfungsi dengan cekap dan mengekalkan suasana yang selesa. Pasukan kami terdiri daripada pakar perunding serta juruteknik yang bertauliah malah berpengalaman dalam menyelenggara aircond. Tanpa mengira model atau bilangan unit aircond anda, anda boleh menghubungi pasukan kami bila-bila masa melalui telefon, emel atau mengisi borang di laman web ini.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Servis Aircond

Ampang merupakan pusat tumpuan bagi kawasan perumahan yang pelbagai jenis sama ada rumah teres, pangsapuri, kondominium atau banglow. Dengan ini, syarikat kami telah didirikan di pusat bandar Ampang bermatlamat untuk membekalkan servis berkaitan dengan aircond kepada para pengguna aircond rumah di sekitar Ampang termasuk Ampang Indah, Ampang Permai dan Ampang Jaya. Selain itu, hanya juruteknik yang bertauliah dan berkelayakan kami upahkan. Juruteknik kami dapat berkhidmat pada waktu yang fleksibel mengikuti masa yang ditentukan oleh pelanggan. Setelah dihubungi, pasukan kami akan sampai ke tapak anda sama ada di Pandan Indah, Pandan Jaya, Melawati atau Ulu Kelang untuk memeriksa serta menjalankan servis aircond yang diperlukan. Tambahan pula, anda juga boleh yakin bahawa harga servis aircond rumah kami adalah paling berpatutan di sekitar bandar ini. Di samping itu, juruteknik kami sentiasa menjaga kebersihan persekitaran semasa dan selepas kerja servis aircond. Mereka juga mementingkan keselesaan dan privasi anda dan keluarga maka bekerja dengan pantas lagi efisien. Perkhidmatan penyelenggaraan aircond rumah oleh syarikat kami telah menjadi pilihan utama penduduk di Tasek Permai, Taman Nirwana serta Taman Tun Abdul Razak. Pelanggan kami berpuas hati dengan servis aircond kami yang terjadual malah juruteknik kami yang mahir, mesra dan jujur sentiasa memberikan pengalaman servis yang lancar bagi pelanggan.

Syarikat kami juga tidak ketinggalan dalam membekalkan servis aircond bagi tempat komersial di sekitar bandar Ampang. Pasukan juruteknik kami yang mahir dan berpengalaman dalam industri aircond dapat menyelenggara pelbagai jenis dan model aircond komersial seperti di restoran, pasar raya, bangunan pejabat, pusat membeli-belah, hospital dan lain-lain. Antara pusat membeli-belah terkenal di Ampang yang mengupahkan perkhidmatan kami ialah Ampang Point, MidPoint dan Paragon. Selain itu, kami juga menyediakan servis aircond komersial bagi Ampang Tesco dan Aeon Big di Taman Dagang. Pengusaha-pengusaha komersial ini sungguh berpuas hati dengan servis aircond kami yang pantas, terjadual malah pada harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, kami juga menawarkan harga pakej servis yang menarik dan berbaloi bagi para pemilik kedai makan serta restoran di sekitar Ampang termasuk di Taman Muhibah, Taman Dagang, Desa Pandan, Lembah Keramat, Bukit Antarabangsa dan Pandan Indah. Tambahan pula, perkhidmatan servis aircond komersial kami juga diupahkan oleh KPJ Ampang Hospital dan International School of Kuala Lumpur. Servis bagi aircond komersial harus dijalankan seperti dalam jadual supaya unit aircond dapat sentiasa berfungsi dengan efisien dalam mengekalkan suasana yang selesa bagi pengunjung serta pekerja di premis tersebut. Servis aircond juga dapat mengelakkan kerosakan yang memakan kos tinggi.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm