Servis Aircond Di Kuala Lumpur
Syarikat kami bersedia memberikan pelbagai jenis servis aircond berdasarkan di Kuala Lumpur. Memandangkan Malaysia bermusim khatulistiwa iaitu mempunyai musim panas dan hujan sahaja, maka tidak hairanlah hampir setiap unit bangunan dan rumah di kawasan Kuala Lumpur memiliki satu atau lebih unit penghawa dingin bagi keselesaan sama ada di rumah mahupun untuk tujuan komersial.
Syarikat kami bersama pakar servis kami menyediakan perkhidmatan yang profesional serta kami amat bertanggung jawab untuk memenuhi segala keperluan untuk memastikan pelanggan kami berpuas hati dengan perkhidmatan aircond kami. Jika anda sedang meninjau servis aircond yang berkualiti dengan harga berpatutan di Kuala Lumpur, anda boleh memhubungi khidmat pelanggan sekarang untuk mendapatkan sebut harga berdasarkan keperluan anda.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Servis Aircond
Kami merupakan salah satu pusat servis penyaman udara yang terkenal di kawasan Kuala Lumpur seperti di daerah Titiwangsa, Segambut, Wangsa Maju, Lembah Pantai, Kepong dan sebagainya. Antara kawasan perumahan yang pernah mengupah servis kami ialah kawasan perumahan Taman Kelab Ukay, Taman Sri Rampai dan juga kawasan perumahan mahal di Taman Villa SA, Taman Bukit Antarabangsa dan banyak lagi. Pelanggan kami amat berpuas hati dengan servis kami kerana harga yang berpatutan walaupun berada di kawasan bandar maju. Tambahan pula, pakar servis kami juga akan memastikan penghawa dingin rumah anda terus berfungsi dengan lancar dan mengurangkan kemungkinan kerosakan yang boleh menyusahkan pengguna pada masa depan. Syarikat kami yang berlokasi di Putrajaya bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penghawa dingin bagi kegunaan rumah malah menyediakan penyelenggaraan tahunan, membaiki dan menukarkan alat ganti (jika perlu) bagi penghawa dingin komersial. Servis penghawa dingin kami mendapat sambutan hangat di kawasan Putrajaya kerana lokasi, kualiti servis dan juga harga servis yang berpatutan. Banyak pengusaha industrial dan komersial seperti pasar raya Alamanda, Suria Mall dan IOI City Mall telah menggunakan khidmat kami. Tambahan pula, Putrajaya yang terduduk pusat pemerintahan Malaysia dengan pelbagai jenis pusat atau bangunan kerajaan telah memilih syarikat kami untuk menjalankan penyelenggaraan penghawa dingin. Ini termasuk Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Masjid Besar Putrajaya. Selain itu, bangunan seperti Putrajaya International Convention Centre dan Hospital Besar Putrajaya juga mengupah perkhidmatan kami.
Komersial
Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.
Rumah
Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.
Pembaikian
Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain.
Servis
Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.
Pemasangan
Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.
Lokasi
Mengapa Pilih AcDingin?
Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang.
Dipercayai
Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti
Harga Berpatutan
Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda
Cekap & Cepat
Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional
Profesional
Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun
Jenama Aircond
Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.
Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.
FAQ
Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?
Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.
Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?
Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza.
Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?
Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain.
Testimoni
Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !
John Lee
Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !
Mohd Annuar
Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.
Yee Leng
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 830am-530pm
Ahad dan cuti umum tutup
Alamat
18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan