Baiki Aircond Rumah Di KL & Selangor

Syarikat kami sentiasa beroperasi bagi menawarkan servis juruteknik profesional dalam perkhidmatan umum membaiki penyaman udara atau aircond rumah yang berkualiti dan lengkap bagi penduduk sekitar dan berhampiran KL dan Selangor. Kami sentiasa membawa peralatan dan pelbagai jenis alat ganti untuk kami bekerja di dalam van maka, kami dapat menjimatkan masa tanpa sukar memerlukan alatan pelanggan kami sendiri untuk mula prosedur pemasangan atau membaiki unit penghawa dingin yang menyejukkan kediaman anda.. Dalam kes alat ganti tidak tersedia dan perlu dibeli terus daripada pengeluar, kami mampu mendapatkan barangan ganti yang berfungsi bagi memastikan anda mendapat perkhidmatan yang menyenangkan, dihasilkan mengikut standard yang teliti dan terbaik dalam masa yang singkat tanpa lambat, tanpa mengeluarkan perbelanjaan tambahan yang banyak. Jadi, anda tidak perlu tukar pendingin hawa dengan menggantikannya kepada yang baru kerana kami ada penyelasaiannya.

Pengalaman kakitangan kami yang pakar dapat memastikan, mengenalpasti dan mengetahui taraf kelulusan setiap alat ganti yang diperlukan dan disemak untuk pembaikan dan proses menyelenggara sedia ada, memeriksa, menggantikan dan melakukan pembaikpulihan kerosakan dengan segera dan bagus. Hal ini dapat memastikan unit penghawa dingin anda tidak lagi mudah kerap rosak atau berair akibat kebocoran apabila diperbaiki agar anda boleh menggunakannya kembali dengan segera. Pemeriksaan yang kerap dapat memanjangkan jangka hayatnya. Anda disyorkan untuk hubungi pasukan kami bila-bila masa melalui emel atau WhatsApp bagi menentukan pakej pembaikan atau penyelenggaraan aircond sesuai untuk keselesaan di rumah atau bilik anda setelah kami perhatikan dengan telitit masalah anda.

Kami memahami betapa penting kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembersihan mencuci kotoran penghawa dingin yang berhabuk perlu dilakukan dan diselenggara dengan secepat mungkin apabila penghawa dingin tersebut rosak, terutamanya apabila pelanggan bergantung sepenuhnya pada penggunaan sistem penghawa dingin iaitu penyejuk rumah anda. Kami mempunyai kepakaran jurutera yang berpengalaman di seluruh KL dan bersedia membaiki dan membersihkan sistem aircond keluarga anda daripada habuk dan debu. Kami juga dapat memastikan aircond anda diperiksa secara berjadual atau berkala dan dapat digunakan dengan mencari dan menyemak masalahnya agar anda sentiasa dapat ketenangan menikmati udara yang segar, bersih dan penuh kelembapan. Anda haruslah memastikan pendingin hawa anda selamat dan sejahtera dengan sentiasa melakukan pembaikkan dalaman dari semasa ke semasa.

Kami juga membaiki penghawa dingin yang tidak dipasang oleh syarikat kami. Pada tahun 2015, 89% daripada sesetengah panggilan meminta pembaikan dan pemeriksaan aircond dapat disiapkan dengan sempurna pada lawatan pertama kami. Apabila penapis kotor mengalami kegagalan berfungsi dan tersumbat, cucian hendaklah dilakukan dengan segera untuk menghapuskan pengumpulan kotoran, hama atau bakteria jahat kerana ianya akan menutup dan menghalang ruang saluran udara. Ini seterusnya menyebabkan kurangnya kecekapan kawalan pemeluwap penghawa dingin yang mencukupi dan meningkatkan penggunaan elektrik jika kotoran terus dibiarkan tersekat dengan teruk. Di samping itu, keadaan ini akan menyebabkan pengguna terdedah dengan risiko penyakit yang berbahaya pada kesihatan individu dalam jangka panjang jika tidak dicuci terutama masalah alahan seperti asma, penyebaran kuman, bronkitis, gatal kulit dan demam.

Kebanyakan syarikat utama di KL kebiasaanya tahu keupayaan kami dalam khidmat membaiki sistem penghawa dingin dengan cepat, menyeluruh, selamat dan pada harga yang murah dan berpatutan. Ini dapat mengelakkan harga kos baiki yang mahal. Kami juga menitik beratkan kepuasan pelanggan dengan memberikan jaminan sepanjang sebulan kepada setiap kerja pembaikan mesin penghawa dingin kami.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm