Aircond Siling Di KL & Selangor

Syarikat kami membekalkan pelbagai jenis aricond termasuk aircond siling di Kuala Lumpur dan Selangor. Antara penyaman udara jenis unit pisah ialah model penyaman udara siling. Penyaman udara jenis ini biasa dipasang di penjuru atas dalam sesebuah bilik contohnya bilik tidur. Unit dalaman bagi model ini dipasang pada siling sama ada menggunakan “wall plug” atau lain-lain lagi. Penyaman udara jenis model siling ini biasa digunakan di dalam bilik mesyuarat, dalam rumah seperti bilik tidur atau ruang makan dan sebagainya. Kelebihan untuk menggunakan model siling adalah dapat meminimalkan penggunaan ruang dan tahap kecekapan lebih tinggi. Selain itu, model ini terdapat dalam pelbagai saiz dan kapasiti penyejukan. Bagi sebarang pertanyaan tentang aircond siling, anda boleh berhubung dengan pasukan kami melalui telefon, emel atau mesej sebelum membeli model yang paling sesuai.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Aircond Siling

Penyaman udara siling direka dalam 2 jenis iaitu jenis siling kaset dan jenis siling tersembunyi. Siling kaset mempunyai kelebihan pengudaraan yang baik di mana ia mempunyai aliran 4 dimensi yang biasanya dipasang untuk bilik yang kecil seperti bilik tidur, restoran atau pejabat. Manakala, jenis reka bentuk tersembunyi biasanya dipasang di dalam siling malah tidak mengganggu dan menjimatkan penggunaan ruang.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah perbezaan antara jenis penghawa dingin siling untuk kegunaan rumah dan komersial?

Model penghawa dingin siling adalah sama bagi kegunaan komersil dan rumah tetapi ia bergantung pada keluasan tempat yang ingin dipasang. Biasanya, untuk kegunaan rumah pembeli akan lebih cenderung untuk menggunakan penghawa dingin siling kerana ianya senang dipasang dan harganya lebih murah. Bagi kegunaan komersil, penghawa dingin jenis kaset biasanya terpilih oleh sebab sistem pengudaraan yang lebih efisien.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira bagi pemasangan penghawa dingin siling?

Antara kriteria yang perlu diambil kira bagi pemasangan penghawa dingin siling ialah saiz bilik. Anda perlu memastikan ketinggian dan kelebaran ruangan anda sesuai bagi memasang penghawa dingin siling. Selain itu, adalah penting untuk menentukan kapasiti kuasa yang diperlukan semasa memilih model penghawa dingin siling yang sesuai. Tambahan pula, kedudukan unit luar dan dalam juga memainkan peranan mustahak dalam pemasangan penghawa dingin jenis siling.

Apakah jenis servis yang disertakan dengan pemasangan penghawa dingin jenis siling dan kepentingannya?

Seperti model-model penghawa dingin yang lain, penghawa dingin jenis siling juga harus diselenggara untuk mengelakkan kerosakan dan memanjangkan jangka hayat penyaman udara tersebut. Antara servis yang perlu dilakukan untuk penghawa dingin jenis siling adalah seperti membersihkan penapis dan kipas bagi unit dalaman. Selain itu, pemeriksaan terhadap saluran air dan pendawaian juga perlu dilakukan untuk mengelakkan saluran air tersumbat dan pendawaian elektrik sentiasa dalam keadaan baik tanpa kebocoran yang akan melibatkan penggunaan elektrik yang tinggi. Tambahan pula, servis perlu dilakukan secara terjadual untuk mengesan masalah jika ada kerosakan dengan lebih awal supaya dapat mengelakkan kos penyelenggaraan yang mahal.

Berapakah anggaran kos bagi membaiki penghawa dingin jenis siling? Adakah kos penukaran alat ganti dimasuki?

Kos pembaikian penghawa dingin jenis siling adalah bergantung pada jenis kerosakan sama ada kerosakan kecil atau besar. Kerosakan besar seperti pada pemampat unit penyaman udara biasanya memerlukan penukaran alat ganti malah kos pembaikian yang lebih tinggi kerana melibatkan kerja rumit. Biasanya, pihak kami akan menasihati pelanggan dan menunjukkan senarai kos pembaikian serta penukaran alat ganti sebelum menjalankan pembaikian. Jika kerosakan kecil atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos tinggi, selalunya kami akan menghantar juruteknik untuk mengesan kerosakan dan membaikinya.

Berapakah kos pemasangan penghawa dingin jenis siling? Apakah jenis servis yang disertakan?

Kos pemasangan penghawa dingin jenis siling bergantung pada model penghawa dingin siling sebagaimana ia terbahagi kepada model siling kaset atau model tersembunyi. Biasanya, kos pemasangan unit siling tersembunyi lebih tinggi berbandingkan model siling kaset kerana model siling tersembunyi memerlukan kami untuk meneliti dan mencari kawasan yang sesuai untuk memasangkannya. Kerja-kerja menebuk siling untuk pemasangan juga perlu dilakukan. Servis pemasangan yang lain turut sama seperti pemasangan penghawa dingin jenis lain. Kos pemasangan kami termasuk servis pendawaian, pemaipan dan servis menambah bahan penyejuk.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm