Aircond York Di KL & Selangor

Terdiri daripada pasukan pakar penyaman udara, syarikat kami membekalkan produk dan servis bagi aircond York di Kuala Lumpur dan Selangor. Penghawa dingin York bagi kegunaan rumah mempunyai reka bentuk yang lebih kecil tetapi tahan lasak untuk memastikan keselesaan anda. Dengan reka bentuk yang lebih kecil, ia dapat menjimatkan penggunaan ruang dalam rumah. Selain itu, ianya juga penghawa dingin yang beroperasi secara senyap tanpa menganggu ketiduran anda. Penghawa dingin York berkecekapan tinggi kerana mudah dibersih dan terdapat pembersihan sistem udara sendiri malah paling penting ialah fungsi anti-bakteria. Teknologi inverter digunakan dalam penghawa dingin ini bersifat mesra alam kerana dapat menjimatkan penggunaan tenaga. Penghawa dingin bagi kegunaan domestik (rumah) York mempunyai satu jenis reka bentuk iaitu jenis unit dinding “Wall-mounted”. York menghasilkan 2 jenis model  untuk penghawa dingin jenis dinding tersebut iaitu “Deluxe” dan “Premium Inverter”. Perbezaan antara dua model penghawa dingin ini adalah fungsinya. Anda dijemput untuk mengalami perbezaan penyaman udara tersebut dengan mengunjungi bilik pameran. Buatkan janji temu dengan pasukan kami sekarang.  

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

York

Penyaman udara model Premium Inverter direka dengan teknologi inverter dapat menghasilkan dan mengeluarkan udara dingin dengan lebih cepat kerana kuasa kudanya sebanyak 2HP. Selain itu, model ini juga sesuai untuk digunakan di bilik tidur kerana mempunyai mod senyap. Ini memastikan udara yang bersih dan sejuk dan seterusnya membolehkan pengguna tidur yang lena. Bagi model Deluxe pula, ia direka lebih fokus untuk menjimatkan tenaga elektrik selain menghasilkan udara yang segar dengan menapis dan menyingkirkan udara kotor.

Bagi kegunaan komersial pula, York menghasilkan penyaman udara yang berfungsi pada tahap maksimum dan cepat, pada masa yang sama dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan kos pemasangan. Di samping itu, reka bentuk yang ringkas dan tidak terlalu besar mampu mengurangkan penggunaan ruang dalam premis komersial. Sistem penghawa dingin kegunaan komersial York pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu sistem pakej dan unit pisah DX dan sistem “Ducted”. Penghawa dingin jenis sistem pakej dan unit pisah DX biasanya sesuai untuk kegunaan komersial yang kecil dan tidak terlalu tinggi penggunaan seperti restoran, pejabat, bilik spa, perpustakaan dan sebagainya. Jenis ini juga terdapat dua model iaitu unit pakej bumbung dan unit komersial pemisah. Bagi sistem “Ducted” pula, York mempunyai dua jenis model iaitu model pendingin jenis air dan model udara dingin. Sistem “Ducted” direka untuk penggunaan yang kerap dan tempat yang lebih besar atau kawasan yang terdedah kepada udara panas seperti kilang atau gudang.

Dari segi harga, York menawarkan harga yang lebih murah berbandingkan jenama lain. Walaubagaimanapun, kos pemasangan untuk penghawa dingin York adalah agak mahal bagi pengguna. Harga penghawa dingin York adalah dalam lingkungan antara RM900 – RM1500 bergantung kepada jenis, model dan fungsinya.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm