Harga Baiki Aircond Di KL & Selangor

Adakah aircond anda rosak dan ingin mencari harga baiki aircond yang berpatutan di Kuala Lumpur dan Selangor? Pembaikian penghawa dingin yang diperlukan adalah berdasarkan jenis kerosakan penghawa dingin dan juga mengikut model penghawa dingin. Secara umumnya, kami akan mengenal pasti masalah penghawa dingin yang terjadi dan model penghawa dingin terlebih dahulu apabila menerima panggilan daripada pelanggan. Seterusnya, kami akan menasihati pelanggan berkenaan kerosakan dan tindakan yang akan kami jalankan untuk membaiki penghawa dingin. Kami juga akan menyediakan sebut harga pembaikian kepada pelanggan terlebih dahulu untuk memastikan pelanggan tahu segala kos yang perlu dibayar supaya pelanggan dapat membuat perbandingan harga servis dengan mudah. Harga servis pembaikian kami biasanya merangkumi kos pembaikian dan penukaran alat ganti (jika perlu). Kelebihan servis kami ialah pelanggan boleh membuat bayaran selepas servis atau pembaikian selesai. Hubungi syarikat kami sekarang bagi mendapat sebut harga baiki aircond yang paling murah di Kuala Lumpur dan anda dapat menggunakan aircond anda lagi dalam masa yang tersingkat.

Pembaikian

Kami menawarkan pakej menarik bagi pembaikian penghawa dingin rumah. Antara jenis servis pembaikian kami ialah pembersihan saliran pempaipan yang tersumbat, pembaikian saliran pempaipan yang pecah atau rosak dan pemeriksaan saliran piring bagi unit dalam. Kelebihan pakej servis pembaikian penghawa dingin rumah kami ini ialah pelanggan dapat menjimatkan masa dan kos pembaikian malah dapat mengelakkan kerosakan yang lebih teruk. Selain itu, kos pembaikian kami ini adalah termasuk caj lawatan tapak dan diagnosis kerosakan unit. Walaubagaimanapun, jika pembaikian melibatkan penukaran alat ganti atau pengisian gas penyejuk diperlukan, kos ini akan dicaj berasingan. Oleh itu, pelanggan boleh memilih untuk membeli alat ganti sendiri atau melalui kami. Biasanya kami menawarkan pakej yang berbaloi dengan kos pembaikian yang rendah jika pelanggan setuju untuk membeli alat ganti dengan kami. Tambahan pula, kos pembaikian juga dapat dijimatkan jika pelanggan mempunyai lebih daripada satu unit penghawa dingin untuk dibaiki.

Bagi penghawa dingin komersial pula, kami amat memahami kepentingan bagi mengekalkan persekitaran kerja yang selesa, nyaman dan cekap. Oleh itu, kami menyediakan pakej penyelenggaran dan pembaikian tahunan bagi pengguna komersial untuk mengelakkan kerosakan penghawa dingin dan mengurangkan kos operasi. Secara umum, harga pembaikian dan servis penghawa dingin komersil kami adalah termasuk servis asas dan servis kimia seperti pembersihan unit luar dan bahagian luar penghawa dingin, memastikan saluran pempaipan bersih dan dalam keadaan baik. Bagi servis pembaikian kimia pula, kami akan mengenalpasti sama ada udara yang dihasilkan segar dan bebas daripada bahan kimia yang membahayakan. Di samping itu, kami akan mengenalpasti unit penghawa dingin yang memerlukan pembaikian atau penukaran alat ganti.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Servis

Kadar upah perkhidmatan penyaman udara di Kuala Lumpur dan Selangor pula berdasarkan jenis servis diperlukan. 

Pemasangan

Harga pemasangan bergantung pada lokasi dan tapak pemasangan.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Berapakah anggaran kos pemasangan penghawa dingin di Malaysia?

Anggaran kos servis pemasangan penghawa dingin rumah adalah antara RM80 - RM350. Kos adalah bergantung pada jenis penghawa dingin sama ada jenis penyonsang atau bukan penyonsang, jenis kerja tambahan seperti pendawaian, kawasan tempat pemasangan serta bilangan unit yang ingin dipasang.

Adakah harga kos penyelenggaraan penghawa dingin bergantung pada jenis servis yang diperlukan dan model penghawa dingin?

Ya, kos servis penghawa dingin bergantung pada jenis servis dan juga jenis penghawa dingin. Servis perlu dilakukan setiap 6 bulan bagi penghawa dingin rumah atau setahun sekali bagi penghawa dingin komersial. Sebelum kerja servis dijalankan, biasanya pembekal servis akan memeriksa keadaan dan prestasi unit penghawa dingin yang ingin diselenggara dan berunding dengan pengguna. Kerja-kerja servis adalah termasuk pemeriksaan paip air jika ada kebocoran, pembersihan penapis udara supaya bersih daripada debu/kotoran dan juga penambahan gas penyejuk jika penghawa dingin kurang sejuk.

Berapakah kos pembaikian penghawa dingin rosak?

Kos bagi mengenal pasti punca kerosakan dianggarkan dalam RM80. Kos membaiki penghawa dingin yang rosak bergantung pada jenis kerosakan dan juga kos penukaran alat ganti. Contohnya, jika kompressor atau motor penghawa dingin rosak, kos membaiki dan juga alat ganti adalah sangat tinggi kerana lebih sulit untuk membaiki. Jika hanya kerosakan yang ringan seperti kebocoran gas, maka ia hanya memerlukan penukaran paip getah.

Adakah kos pemasangan termasuk dalam harga pembelian penghawa dingin?

Kos pemasangan biasanya disertakan dalam pakej pembelian penghawa dingin terutama bagi penggunaan penghawa dingin di rumah kerana proses pemasangan di rumah adalah lebih mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Pemasangan penghawa dingin komersial adalah lebih sulit dan memerlukan pakar. Justeru, biasanya pengguna/pembeli menggunakan perkhidmatan pemasangan penghawa dingin daripada pakar bagi kerja-kerja pemasangan penghawa dingin komersial.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 830am-530pm

Ahad dan cuti umum tutup

Alamat

18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan