Servis Pasang Aircond Restoran Di KL & Selangor

Adakah anda pengusaha atau pemilik premis restoran yang sedang berfikir cara untuk memperoleh servis pasang aircond terkemuka dan murah di Kuala Lumpur dan Selangor? Kami bersedia membekalkan perkhidmatan pemasangan tersebut. Keadaan yang selesa dan kawalan suhu kesejukan dan aliran udara yang lancar yang baik adalah ciri yang diperlukan bagi pengusaha restoran supaya pelanggan berasa selesa semasa berada di restoran anda. Pemeriksaan aspek seperti saiz ruang, posisi tingkap dan cara pilih penyusunan kerusi serta meja memerlukan pertimbangan yang sepenuhnya sebelum anda tinggal menentukan lokasi dan jenis unit penyaman udara atau aircond yang tepat bakal diletakkan dan dipasang di dinding restoran anda untuk kualiti penyejukan terbaik.

Syarikat servis penghawa dingin kami yang dipercayai dan berpengalaman dapat menjalankan perkhidmatan terbaik agar model aircond yang paling ideal sebagai penyejuk di restoran anda sahaja akan dipasangkan. Kami menggunakan kepakaran dan kecekapan juruteknik kami bagi memastikan keselesaan pelanggan anda dengan memasang aircond yang betul, sesuai dan yang paling efektif. Kebanyakan pelanggan lebih gemar berada di dalam restoran yang sejuk buat tempoh yang lama berbanding restoran yang kurang sejuk atau panas. Jom, cepat hubungi khidmat pelanggan kami sekarang sekiranya anda perlukan apa-apa bantuan atau soalan sebelum dapatkan anggaran kos. Kami akan mengeluarkan dan meletakkan sebut harga sebelum kami keluar untuk bantu melakukan pemasangan aircond di restoran anda..

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Aircond Restoran

Memilih sesetengah barangan jenama berkualiti rendah dengan lebih murah dan yang dijangkakan lebih memudahkan sebenarnya merupakan satu penjimatan yang merugikan kerana risau ianya mudah mengalami kerosakan apabila menggunakannya dan tidak dapat berfungsi dengan penggunaan kapasiti yang tahan lama dan ini berbeza dengan yang berkualiti. Ini menyebabkan anda perlu menggantikannya dalam tempoh beberapa tahun sahaja dengan kekerapan menyelenggara yang tinggi hanya untuk mengekalkan fungsinya. Kami mencadangkan anda agar membeli aircond yang mempunyai kualiti dan sesuai agar dapat bekerja dalam jangka hayat yang lebih panjang. Malah, kos tambahan daripada proses memeriksa aircond dan penyelenggaraan juga lebih rendah dan tidak mahal.

Tanda barangan yang berkualiti adalah liputan warantinya – anda dinasihatkan agar tahu, baca dan memahami elemen waranti yang dirangkumi dalam kertas panduan tempoh waranti. Sebagai contoh, adakah ia menyatakan senarai alat gantian, kos upah serta kekerapan tuntutan waranti untuk melindungi pendingin hawa anda. Perkhidmatan selepas jualan sangat penting sekiranya produk yang dibeli rosak – anda juga perlu tahu tempoh waranti, nombor pusat servis, jenis atau kuantiti peralatan yang boleh diganti serta saluran untuk menghubungi agen servis tempatan.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Kedai

Lokasi pintu masuk adalah paling sesuai untuk  meletakkan aircond bagi memastikan pelanggan berasa selesa sebaik melangkah masuk kedai. 

Bilik Server

Pilihan aircond yang sesuai  dapat memastikan bahagian server sentiasa sejuk. 

Pejabat

Pemasangan saluran penghawa dingin didalam pejabat sesuai dibuat semasa projek bangunan sedang dilakukan. 

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 830am-530pm

Ahad dan cuti umum tutup

Alamat

18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan