Aircond Samsung Di KL & Selangor

Sebagai pengedar aircond Samsung yang berprofesional di Kuala Lumpur dan Selangor, pasukan kami turut menyediakan perkhidmatan servis, baiki dan pasang aircond. Dengan pengalaman yang luas dalam industri aircond, pasukan kami dapat menangani sebarang pertanyaan anda tentang aircond. Kami juga bermisi membekalkan produk dan servis yang berkualiti bagi menjamin keselesaan persekitaran anda sama ada di rumah atau tempat komersial. Juruteknik kami yang terlatih dan berdedikasi bersedia menyelaraskan aircond anda supaya aircond anda sentiasa berfungsi dengan cekap. Selain itu, harga perkhidmatan kami adalah paling berpatutan. Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi pasukan kami sekarang melalui telefon, emel atau mengisi borang di laman web ini.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Samsung

Pada era moden ini, aircond telah menjadi kelengkapan elektrik rumah yang mustahak bagi ramai keluarga. Permintaan kepada penggunaan aircond semakin meningkat untuk mengekalkan suasana rumah yang dingin dan selesa sentiasa. Syarikat Samsung mempunyai pasukan yang mahir dalam kelengkapan elektrik dan elektronik juga melariskan aircond yang pelbagai reka bentuk, model dan kuasa kuda bagi kegunaan rumah. Malah, aircond Samsung direka dengan teknologi moden yang dapat menjimatkan tenaga elektrik dan mengeluarkan udara yang ditapis bersih. Aircond berkuasa kuda 1 dan 1.5HP sesuai bagi kegunaan rumah seperti dipasang di ruang tamu, kamar tidur, ruang makan dan bilik baca. Aircond rumah Samsung mempunyai dua jenis iaitu jenis dengan penyonsang dan tanpa penyonsang. Antara model nombor aircond Samsung rumah dengan penyonsang ialah AR09MVFHJWKNME (1HP), AR10RYFHAWKNME (1HP) dan AR13RYSTBURNME (1.5HP). Bagi jenis tanpa penyonsang, aircond Samsung bermodel nombor AR09NRFLD (1HP) dan AR12TGHQABUNME (1.5HP) juga kami bekalkan. Di samping itu, syarikat kami juga terdiri daripada juruteknik yang mahir dan berprofesional dalam menyelaraskan aircond rumah anda. Pasukan kami menawarkan perkhidmatan pasang aircond yang termasuk dalam pakej pembelian. Selain itu, anda tidak perlu susah payah mencari profesional untuk membaiki atau menyelenggara aircond jika terdapat masalah. Pasukan kami sentiasa bersedia untuk menjamin aircond anda berfungsi pada prestasi yang paling cekap.

Aircond merupakan modaliti yang penting di tempat-tempat komersial seperti restoran, kedai, pusat membeli-belah dan sebagainya. Hal ini demikian kerana premis yang terdapat aircond lebih cenderung dalam menarik pegunjungan pelanggan malah meningkatkan keuntungan. Selain itu, aircond juga penting dalam membekalkan suasana yang dingin dan segar dalam bangunan pejabat dan seterusnya meningkatkan kecekapan prestasi pekerja. Dengan ini, syarikat kami menawarkan aircond Samsung bagi kegunaan komersial pada harga yang berpatutan seperti aircond bermodel nombor AR09FSSSCWKNSA, AR12FSSSCWKNSA, AR18FSSSCWKNSA dan AR24FSSSCWKNSA. Aircond bagi tempat-tempat komersial lazimnya berkuasa kuda lebih daripada 2HP agar dapat membekalkan hawa dingin kepada ruang yang besar dan dapat menyejukkan ruang dalam masa yang singkat. Selain itu, aircond Samsung kegunaan komersial yang moden reka bentuknya turut direka dengan teknologi menjimatkan tenaga elektrik seperti model F-AR09FSSSBWK1, F-AR12FSSSBWK1, F-AR18FSSSBWK1 , F-AR24FSSSBWK1 dan F-AR30FSSSBWK1. Bukan itu sahaja, syarikat kami juga membekalkan pasukan juruteknik yang berdedikasi untuk memasang aircond baharu anda. Di samping itu, anda juga boleh menghubungi syarikat kami bagi kerja pembaikian jika berlaku kerosakan. Pasukan kami akan sampai ke tapak anda pada hari yang sama untuk menyelesaikan masalah aircond anda. Tambahan pula, anda boleh mendapatkan pakej servis kami yang terjadual pada harga yang menarik agar fungsi aircond Samsung anda selalu terjamin tanpa pengendalaan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai astatika. Kesemua faktor ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond bagi memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar kerja itu. Pihak perunding kami berpengalaman dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. 

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasa diguna?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan unit pemeluwapan dan penyejatan, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum membeli penghawa dingin jenis unit pisah ialah kawasan yang ingin dipasang haruslah mempunyai ketinggian siling sekurang-kurangnya 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga haruslah bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang.

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah membersihkan penapis udara sekali setiap bulan untuk mengelakkan  penapis udara menjadi kotor dan cepat berhabuk. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu diperiksa dan dicuci sekali setiap dua bulan. Manakala, servis untuk pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus diselenggara setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan NHN aircond amat murah. 

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

253C , Jalan Besar,
43300, Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm

Sertailah senarai emel kami untuk menerima promosi dan berita terkini!

Sertailah senarai emel kami untuk menerima promosi dan berita terkini!

Anda telah berjaya memasuki senarai emel kami