Baiki Aircond Di Shah Alam

Kami menawarkan perkhidmatan baiki aircond yang terunggul lagi cepat di Shah Alam. Pasukan kami yang berpengalaman dalam industry pembaikian dan penyelenggaraan aircond dapat mengatasi segala masalah yang mungkin terjadi pada aircond anda sama ada kegunaan rumah atau komersial. Apabila aircond anda menunjukkan tanda-tanda seperti ketidaksejukan, mengeluarkan bunyi atau menitik air, anda boleh menghubungi kami untuk mengenalpasti masalah dalam aircond tersebut lalu mencadangkan cara penyelesaian yang tersesuai.

Pembaikian masalah aircond dapat mengelakkan kerosakan yang teruk serta memakan kos yang tinggi. Jika anda sedang mencari servis baiki aircond yang beramanah di Shah Alam, sila menelefon atau menghantar emel kepada pasukan kami sekarang.    

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Baiki Aircond

Pasukan pakar baiki aircond kami terdiri daripada pakar perunding serta juruteknik yang berpengalaman luas dalam membaiki aircond rumah di Shah Alam seperti kawasan perumahan di Seksyen 7, Seksyen 13 dan Seksyen 24.  Pekerja kami akan memeriksa masalah yang terjadi pada aircond anda dengan teliti sebelum membaikinya lalu mengemukakan kos pembaikian kepada pelanggan. Anda boleh yakin bahawa harga yang kami berikan adalah paling berpatutan dan berbaloi bagi servis kami yang berkualiti di Shah Alam termasuk Kampung Melayu Subang, Bukit Jelutong dan Setia Alam. Sebaik sahaja anda bersetuju dengan pelan pembaikian kami, juruteknik akan memulakan kerja pembaikian serta menyiapkan secara efisien pada hari yang sama. Bukan itu sahaja, jika penukaran alat ganti bagi aircond rumah anda diperlukan, kami dapat membekalkannya dengan segera. Bagi alat ganti yang perlu ditempah, kami juga boleh mendapatkannya dalam tempoh masa tersingkat agar anda dan keluarga anda dapat terus menggunakan aircond tersebut. Tambahan pula, pekerja kami menepati masa dan sentiasa menjaga kebersihan di persekitaran bilik serta rumah anda semasa dan selepas kerja pembaikian. Di samping itu, pasukan kami juga mementingkan keselesaan dan privasi pelanggan maka kami menjalankan kerja pembaikian tanpa menggangu kehidupan harian anda. Kami bersedia membaiki berbagai-bagai model aircond rumah sama ada di Kota Kemuning, Bukit Rimau atau Sri Muda. 

Selain menyediakan servis baiki aircond rumah, pasukan kami turut berpengalaman dalam membaiki aircond jenis komersial di Shah Alam. Kami tahu bertapa penting peranan aircond dalam kehidupan harian kami pada era ini malah aircond telah dipasang di pelbagai tempat komersial temasuk kedai, restoran, pejabat, pusat membeli-belah dan lain-lain bagi memberikan persekitaran yang selesa. Apabila berlaku ketidaksejukan atau ketidakfungsian aircond, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami dengan segera maka juruteknik akan dihantar dalam masa paling singkat ke tempat komersial anda sama ada di Seksyen 7, Seksyen 13 atau Seksyen 24. Juruteknik akan mengenalpastikan masalah yang terjadi pada aircond komersial dan memberitahu pelanggan tentang pelan dan kos pembaikian. Juruteknik kami yang terlatih dan sentiasa membawa alat dan kelengkapan dapat membaiki aircond komersial anda secara teliti maka dapat memanjangkan jangka hayat aircond anda. Oleh sebab harga pembaikian kami yang berpatutan berserta perkhidmatan yang berkualiti tinggi, pusat membeli-belah seperti Aeon Mall Seksyen 13, Plaza Alam Sentral dan SACC Mall telah mengupah perkhidmatan baiki aircond kami. Di samping itu, pusat pengajian terkemuka di Shah Alam seperti UiTM dan MSU turut menjadikan kami pembekal servis baiki aircond terpilih. Bukan itu sahaja, perkhidmatan baiki aircond kami juga menerima sambutan yang hangat dalam kalangan pengusaha restoran di sekitar Kota Kemuning, Bukit Rimau serta Sri Muda. 

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.  

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm