Top Up Gas Aircond Rumah Di KL & Selangor

Kami menyediakan pakej servis dan pemeriksaan penuh dan penambahan gas aircond rumah yang berpatutan, murah dan menjimatkan anda. Apabila anda mula mendapati unit aircond tidak lagi menyejukkan, inilah bermaksud anda perlukan tukang servis gas aircond untuk dilakukan segera bagi mengekalkan fungsinya. Langkah ini amat penting kerana kebocoran gas penyejuk akan melibatkan kualiti rendah dan kecekapannya kurang. Tambahan pula, disebabkan kekurangan elemen gas aircond, risiko pemampat aircond menjadi terlalu panas, pengawal suhu rosak dan sukar digantikan akan meningkat. Penyejat aircond juga akan rosak apabila gas aircond sukar untuk menyejukkannya. Selain itu, servis gas aircond yang lengkap diperlukan untuk  mengesan kebocoran gas serta memastikan pengaliran bahan penyejuk tidak terbocor ke persekitaran kerana ia menghasilkan kerosakan ekosistem seperti menghalang pembentukan lapisan ozon.

Sila hubungi khidmat nasihat kami untuk memesan atau menempah lawatan tapak jika aircond anda mengalami ketidaksejukan seperti yang diinginkan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Prosedur servis penambahan gas aircond rumah hanya boleh dijalankan secara efisien dan selamat oleh juruteknik profesional dan pakar yang terlatih. Hal ini demikian kerana pelepasan gas penyejuk secara tidak betul akan membahayakan persekitaran terutamanya apabila gas terlarut dalam sistem air dan menyebabkan pencemaran. Juruteknik kami bukan sahaja berpengalaman menyemak dan baiki dengan sempurna dan menyeluruh kebanyakan jenis dan model aircond yang berlainan, malah memahami jenis gas berbeza yang digunakan bagi pengisian setiap model aircond. Bagi proses penambahan gas aircond rumah, pertamanya juruteknik akan perhatikan dan mengukur paras gas penyejuk dalam aircond tersebut yang diambil menggunakan meter tolok tekanan. Pengukuran ini membolehkan juruteknik untuk mengisi dan menentukan amaun gas penyejuk yang perlu ditambah sehingga mencukupi ke dalam aircond tersebut. Selepas itu, tangki penyejuk jenis yang betul akan digunakan untuk melakukan tambahan gas aircond tersebut sampai paras biasa. Selepas penambahan gas aircond, ia akan diukur dan dilihat sekali lagi dengan tolok bagi memastikan paras gas adalah betul. Juruteknik kami juga akan memeriksa aircond anda secara teliti untuk mencari bahagian yang rosak dalam aircond anda dan menggantikan bahagian tersebut. Jika terdapat bahagian dalam aircond atau silinder gas yang rosak, juruteknik akan mencadangkan samada membuang dan menggantikannya atau membaiki komponen tersebut bagi mencegah gas bocor berbahaya. Keadaan ini turut menjamin penggunaan aircond anda terus berfungsi dengan bagus dan efisien dan gas aircond tidak terbocor akibat tak tertutup sempenuhnya sehingga memudaratkan persekitaran. Penyelenggaran gas aircond secara terjadual membolehkan keselesaan anda sentiasa kembali terjamin kerana penghawa dingin tidak mudah rosak dan memanjangkan jangka hayatnya. 

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Bilakah saya perlu servis penambahan gas aircond?

Secara umum, gas penyejuk akan ditambah oleh juruteknik kebiasaanya bergantung selepas mengetahui dan mengenalpasti masalah atau penyelenggaraan aircond dijalankan. Namun begitu, terdapat beberapa tanda bahawa gas aircond anda perlu ditambah. Ianya apabila aircond anda tidak mengeluarkan suhu sejuk yang berkualiti seberapa ketika selepas aircond anda dibuka. Ia juga menunjukkan kesan daripada kebocoran atau kekurangan gas penyejuk pada unit pendingin udara anda.

Bolehkah saya menambah gas aircond sendiri?

Penambahan gas aircond memerlukan juruteknik yang terlatih bagi memastikan keselamatan disemak dan keberkesanan proses. Hal ini demikian kerana gas penyejuk akan mencemarkan persekitaran jika ia keluar dan tidak dikendalikan dengan betul. Juruteknik yang berprofessional dapat menghalang kebocoran gas dan pilih jenis gas penyejuk yang sesuai untuk digunakan serta amaun gas penyejuk yang perlu ditambah dengan mengukur paras gas dengan tolok. Selain itu, juruteknik terlibat juga dapat mengesan sebarang kerosakan pada aircond yang menyebabkan kebocoran gas lalu membaikinya. Kerosakan yang lain juga dapat diselenggara.

Apakah akan terjadi jika penambahan gas aircond tidak dijalankan?

Ia adalah disyorkan untuk menambah gas aircond sekurang kurangnya setahun sekali supaya dapat terus berfungsi. Jika paras gas penyejuk rendah dan tidak dikendalikan, pemampat aircond akan menjadi terlalu panas lalu rosak teruk, kesan daripada itu. Bukan itu sahaja, penyejat aircond juga akan terjejas jika gas aircond tidak cukup. Keadaan ini akan menyebabkan kos pembaikan yang lebih tinggi daripada kerja tugasan penambahan gas secara berskala.  

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 830am-530pm

Ahad dan cuti umum tutup

Alamat

18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan