Baiki Aircond Di Klang

Kumpulan syarikat kami berdedikasi dalam membekalkan servis baiki aircond di Kuala Lumpur dan Selangor turut mendirikan cawangan di Klang. Sama seperti penyelenggaraan dan pemasangan penghawa dingin yang mendapat permintaan ramai oleh masyarakat di sekitar Klang, servis baiki aircond juga mempunyai permintaan yang tinggi sama ada penyaman udara kegunaan rumah atau komersial. Ini kerana kebanyakan penyaman udara yang berumur setahun dan ke atas biasanya akan mengalami kerosakan sama ada masalah kecil atau besar. Oleh itu, syarikat kami sememangnya menyediakan servis baiki bagi kedua-dua jenis penyaman udara ini di Klang. Syarikat servis penghawa dingin rumah kami sangat terkenal dalam kalangan penduduk Klang seperti di kawasan Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas dan Taman Bayu Perdana. Selain lokasi syarikat kami yang strategik di dalam bandar Klang malah kami juga merupakan syarikat servis baiki aircond yang mempunyai pakar dalam kerja-kerja membaiki bagi hampir semua jenis masalah pada penyaman udara rumah pelanggan. Hubungi khidmat nasihat kami hari ini untuk membuat temu janji atau mendapatkan nasihat terhadap masalah aircond anda. 

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Baiki Aircond

Selain itu, syarikat kami juga memberikan khidmat nasihat secara percuma sebelum kerja-kerja membaiki dilakukan bagi mengenal pasti terlebih dahulu jenis dan punca masalah lalu mengaturkan pelan penyelesaian. Tambahan pula, syarikat kami juga menawarkan kos pengangkutan secara percuma ke setiap kawasan perumahan di daerah Klang tanpa caj tersembunyi. Antara kawasan yang pernah kami berikan servis baiki penyaman udara ialah Taman Berkeley, Taman Eng Ann, Taman Klang Utama, Bandar Baru Klang dan termasuklah bandar baru seperti Bandar Bukit Raja serta Aman Perdana. Syarikat kami juga sentiasa memastikan kebersihan kediaman pelanggan sebelum, semasa dan selepas proses kerja serta mengutamakan privasi keluarga pelanggan. Pembaikian penyaman udara bagi tujuan komersial merupakan antara servis yang disediakan oleh syarikat kami kepada pelanggan industri komersial. Oleh itu, pengusaha atau pemilik kilang mahupun pasaraya di kawasan Klang sentiasa memilih kami bagi membaiki dan menyelenggara penyaman udara komersial mereka. Antara kawasan yang pernah kami membekalkan servis baiki aircond adalah seperti Pelabuhan Klang, Little India District (pusat membeli-belah), Pasaraya Aeon Bukit Tinggi dan sebagainya. Selain itu, syarikat kami juga menawarkan harga yang menarik dan kos membaiki yang berpatutan bagi pembaikian  penyaman udara komersial dengan memberi khidmat nasihat secara percuma sebelum kerja membaiki dijalankan. Senarai harga alat ganti yang perlu untuk menyelesaikan masalah juga kami berikan supaya pelanggan dapat membandingkan harga kami dengan pusat servis yang lain lalu membuat pilihan.  Selain daripada pakar servis kami yang bertauliah dan cekap, syarikat kami juga memberi jaminan 3 bulan selepas penyaman udara dibaiki.  Jika berlakunya masalah pada penyaman udara komersial dalam tempoh jaminan tersebut, kami akan menghantar pakar kami ke pusat komersial anda malah jaminan selama 1 tahun diberikan bagi penukaran alat ganti. Tidak terhad kepada pusat atau bangunan komersial sahaja, kami juga menjalankan servis baiki aircond bagi bangunan seperti Galeri Di Raja Sultan Aziz, Istana Alam Shah, Masjid Sultan Sulaiman dan pelbagai jenis bangunan lain di kawasan Klang.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.  

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm