Baiki Aircond Di Bangi

Berasaskan di Kuala Lumpur dan Selangor, syarikat kami turut menjadi pilihan utama bagi servis baiki aircond di Bangi. Kami menyediakan servis membaiki bagi hampir semua jenis masalah yang dihadapi oleh pengguna dan penyaman udara mereka sama ada bagi kegunaan rumah ataupun industri komersial. Kami juga menjual alat-alat ganti di mana pelanggan tidak perlu membeli alat ganti secara berasingan dan ini memudahkan pelanggan.

Bangi merupakan satu bandar yang tertumpu kawasan perumahan termasuk rumah banglo, teres, apartmen dan flat. Pada puratanya, penyaman udara telah dipasang di setiap rumah di sekitar Bangi. Antara kawasan perumahan di kawasan Bangi yang pernah kami baikkan penyaman udara adalah seperti kawasan perumahan Seksyen 7, 8, 9 dan 15 yang terletaknya pelbagai jenis rumah termasuk apartmen, rumah banglo dan rumah teres. Oleh itu, permintaan bagi membaiki penyaman udara di kawasan Bangi adalah sungguh tinggi. Jika anda menghadapi masalah pada penghawa dingin, biar juruteknik kami menyelesaikannya pada harga yang berpatutan. Untuk mendapatkan sebut harga dan perkhidmatan kami yang segera, anda boleh menelefon atau menghantar emel kepada khidmat pelanggan kami sekarang. 

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Baiki Aircond

Selain lokasi syarikat kami yang strategik dan senang dikunjungi oleh pelanggan, kami memberikan servis membaiki pada harga yang berbaloi mengikut jenis kerosakan. Apabila penukaran dan pembelian alat ganti diperlukan, kos servis membaiki akan dikurangkan atau diberikan secara percuma. Bukan itu sahaja, kami juga memberi jaminan kualiti servis pemasangan oleh juruteknik kami yang terlatih dan bertauliah. Perkhidmatan terbaik kami bekalkan kepada pelanggan di sekitar Bangi tanpa sebarang kos pengangkutan dikira. Oleh itu, kami bermisi agar penduduk di Bangi contohnya kawasan perumahan di Seksyen 1, 3, 4 dan juga penduduk dari Bangi lama boleh mendapatkan servis pembaikian penyaman udara rumah kami dengan harga yang berbaloi dan jaminan kualiti selama 30 hari. Selain servis membaiki penyaman udara rumah, syarikat servis penyaman udara kami yang terletak di Bandar Baru Bangi juga menyediakan servis membaiki penghawa dingin bagi kegunaan komersial. Ini termasuk bangunan atau pejabat kerajaan seperti Bangunan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) yang terletak di Seksyen 9 Bangi, Mahkamah Majistret Bangi di Seksyen 15 dan juga pusat pendidikan awam serta swasta seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kolej Pendidikan Teknologi Mara (KPTM) yang terletak di Seksyen 13, Bangi. Perkhidmatan servis membaiki kami yang cepat dan tangkas serta harga yang murah menjadikan kami pusat pembaikian penghawa dingin yang terkenal di Bangi. Tambahan pula, kami juga membaiki  hampir semua model, jenama dan masalah kerosakan yang berlaku pada penyaman udara komersial. Oleh itu, banyak kilang di Bangi telah mengupah kami untuk membaiki penghawa dingin di premis mereka seperti Kilang Sony EMCS, Hitachi dan Denso yang terletak di kawasan perindustrian Bangi. Bukan itu sahaja, premis perniagaan di Bangi Sentral dan Bangi Gateway serta pasaraya dan pusat membeli-belah seperti Evo Mall dan PKNS juga pernah mendapatkan perkhidmatan membaiki penghawa dingin komersial kami. Kami yakin bahawa pengusaha atau pemilik bangunan komersial tidak akan berasa rugi dengan menggunakan servis kami. Selain daripada 100% kepuasan pada perkhidmatan kami berikan, kami juga menghargai masa pelanggan kami dengan sentiasa menepati masa mengikut permintaan pelanggan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm