Pasang Aircond Murah Di KL & Selangor

Kami merupakan pembekal servis perkhidmatan pasang aircond yang berpengalaman dan murah di KL dan Selangor. Kami mampu menyediakan keperluan penyelenggaraan berjadual bagi penghawa dingin anda sekiranya ada memerlukan kami. Jurutera kami yang beroperasi di Kuala Lumpur mampu menguruskan dan menyelenggara penghawa dingin anda dengan sempurna dan mereka komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik. Pemasangan penghawa dingin sangat mempengaruhi bajet kewangan pembeli kerana menelan kos yang tinggi. Anda semestinya ingin menjimatkan kos dalam servis aircond anda dengan mengekalkan jangka hayatnya dengan penjagaan yang kerap dan memastikan unit penghawa dingin anda tidak mengalami risiko kerosakan atau bermasalah. Jadi, anda tidak perlu menggantikan sepenuhnya, membuang atau mencari dan mebeli aircond yang baru seperti orang lain kebiasaanya. Jangan risau, kami memahami keperluan anda dan mampu menghapuskan masalah anda.

Jurutera senior kami yang pakar, dipercayai dan profesional ini mempunyai kecekapan dan kelebihan seperti berpengalaman dalam menjalankan prosedur pemasangan penghawa dingin dan mengenalpasti masalah dalaman yang lain jika ada. Mereka sentiasa terlibat dalam mengikuti kelas latihan yang disediakan oleh syarikat pembekal penghawa dingin pelbagai jenama yang dikenali umum seperti Daikin, York, Panasonic, Acson dan Topaire. Ilmu tambahan ini dapat memastikan jurutera kami dapat bekerja dengan lebih cekap. Jadi, hubungi pasukan kami sekarang melalui panggilan atau emel untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang khidmat bantu pemasangan aircond kami yang murah, memakan masa yang singkat, efektif dan berpatutan.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Aircond Rumah

Servis pemeriksaan aircond rumah merangkumi semakan secara optimum pada jumlah gas penyejuk, pemeriksaan ketepatan thermostat dan aliran udara diukur melalui gegulung penyejat. Gas penyejuk yang keluar daripada sistem sebaiknya mesti ditahan dengan penebat atau penapis yang mempunyai kapasiti tinggi agar tidak bocor kerana gas itu tidak boleh dilepaskan ke alam persekitaran yang dibawa oleh pengaliran angin. Hal ini kerana ia dapat mengakibatkan pencemaran udara daripada pengumpulan gas yang berbahaya. Jurutera pemasangan akan mengukur, perhatikan dan menyemak sekiranya aliran udara adalah lancar dengan menggunakan gegelung penyejat dan memeriksa ketepatan fungsi elemen termostat ke tahap yang ideal sebelum aircond dipasangkan.

Bagi pemasangan aircond, unit dan komponen akan disemak bagi melindungi kualitinya dan kemudian dihantar ke lokasi pada hari pemasangan atau sehari sebelumnya. Jurutera akan menunjukkan lokasi aircond bakal dipasang. Kami hanya memilih dan mengunakan komponen dan peralatan dengan kualiti tertinggi dan terbaru untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa depan. Dengan pengalaman yang luas, kami dapat menjamin pemasangan penyaman udara secara lengkap, bagus, selamat, bersih, cepat dan cekap.

Semasa melakukan kerja pembaikian, jurutera kami akan menguji kebocoran penyejuk menggunakan alat pengesan kebocoran secara menyeluruh sebelum pengguna menggunakannya. Pemeriksaan saluran kebocoran dilakukan dan diselenggara sehingga ke sistem pusat. Seterusnya, juruteknik memastikan kawalan elektrik yang selamat dan kondusif supaya tidak berbahaya. Setelah dilihat dan dipastikan masalah unit aircond dan alat ganti yang diperlukan, jurutera akan menentukan dan menunjukkan anggaran harga servis baik pulih dan alat ganti kepada pelanggan. Kerja pembaikan akan dimulakan setelah mendapat kebenaran pelanggan yang berminat dan setuju.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm