Pasang Aircond Komersial Di KL & Selangor

Kami menawarkan khidmat pemasangan aircond bagi tujuan komersial yang beroperasi sekitar lokasi KL dan Selangor. Terdapat pelbagai jenis dan jenama penyaman udara, antaranya model dinding dan jenis siling. Kedua-duanya sangat popular kerana kualiti, kecekapan fungsi penyejukan dan kelebihannya tersendiri. Bagi penyaman udara jenis dinding, ia lebih murah, kompak dan sesuai untuk kediaman yang mempunyai ruang bilik yang kecil seperti bilik tidur ataupun ruang tamu. Bagi penghawa dingin jenis siling, ia lebih banyak diperlukan dan digunakan di saiz ruang yang besar seperti di pejabat, kedai, restoran, ruang pejabat, sekolah dan lain-lain. Tambahan pula, ia boleh dipasang di atas siling dan tingkap. Pengeluaran anginnya juga lebih cepat, jadi ia dapat berfungsi dengan baik untuk meliputi semua tempat dalam masa yang singkat. Namun, aircond jenis siling tidak terdapat dalam aneka reka bentuk. Hubungi kami sekarang sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan atau panduan lain. Anda juga boleh memilih untuk mengisi borang di laman web ini untuk kami berikan sebut harga dan pertolongan lain yang anda perlukan. Kami melakukan servis dan pemasangan kesemua jenis aircond tanpa mengira jenama dan tempat pemasangan.

Aircond Komersial

Penghawa dingin dinding adalah yang paling banyak digunakan untuk pejabat. Ini kerana ia paling menjimatkan elektrik dan mudah dipasang tanpa perlu mengubah suai struktur siling bangunan. Penghawa dingin dinding adalah panjang dan nipis, serta perlu diletakkan di tempat tinggi. Terdapat banyak kelebihan menggunakan penghawa dingin jenis ini dan antaranya ialah, ia mudah dipasang, mempunyai reka bentuk moden, tidak mengeluarkan bunyi dan terdapat dalam pelbagai model. Namun begitu, aircond jenis ini tidak boleh digunakan sepanjang hari disebabkan gegelungnya kecil.

Satu unit penghawa dingin mengikut anggaran boleh menyejukkan 1-6 pekerja dalam sebuah bilik. Bagi pejabat dengan ruang yang lebih luas, anda memerlukan lebih daripada satu unit penghawa dingin supaya setiap orang dapat merasa kesejukan dalam bilik pejabat tersebut. Pemilihan penghawa dingin yang senyap dapat memberikan ketenangan dan keselesaan kepada para pekerja. Jika reka bentuk itu penting, terdapat beberapa jenis penghawa dingin dinding premium dari pelbagai pengeluar turut memberikan nilai estetika yang menyenangkan.

Ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan dilakukan sebelum memasang atau melakukan pembelian penghawa dingin di pejabat. Ia adalah penting kerana dapat mempengaruhi dan memudahkan pengaliran suhu udara sejuk untuk meliputi seluruh ruang pejabat. Kebanyakan pemasang aircond yang kurang berpengalaman tidak akan mengambil berat reka bentuk dan komposisi ruang dan laluan angin penghawa dingin. Oleh itu, tidak hairanlah jika ini menyebabkan hanya terdapat beberapa kawasan di pejabat yang sangat sejuk manakala ada kawasan lain yang panas kerana rekaan atau pemasangan aircond yang salah dapat menghasilkan pergerakan angin yang tidak teratur dan berkualiti. Keadaan ini menjadikan kebanyakkan pejabat mengalami ‘office temperature disagreements’ (OTDs). Pakar pemerhati kami akan memeriksa terlebih dahulu reka bentuk dalaman pejabat untuk kami memastikan juruteknik memasang sistem penghawa dingin mengikut keperluan anda untuk mengekalkan keselesaan pekerja dan pelawat di pejabat anda.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm