Aircond Topaire Di KL & Selangor

Topaire merupakan antara jenama aircond yang dikendali oleh syarikat kami di Kuala Lumpur dan Selangor. Topaire menawarkan pelbagai jenis penyaman udara mengikut kapasiti kuasa kuda (HP) di mana ruangan yang lebih besar memerlukan penyaman udara dengan kapasiti kuasa yang lebih tinggi. Berbanding dengan penyaman udara berkuasa kuda 1 atau 1.5, penyaman udara berkuasa kuda 2 akan mengambil masa lebih singkat untuk menyejukkan ruang. Kelebihan penyaman udara Topaire ialah ia menggunakan gas penyejuk R410A yang mesra alam, lebih efisien serta selamat digunakan oleh pengguna. 

Juruteknik kami berpengalaman dengan semua jenis model aircond Topaire termasuk pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikian. Jika anda berminat untuk membeli aircond Topaire, pasukan kami bersedia untuk menjelaskan spesifikasi aircond yang sesuai berasaskan keperluan anda melalui janji temu, telefon atau emel.  

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Topaire

Aircond Topaire di Malaysia menawarkan pelbagai jenis harga mengikut model produk, sistem penghawa dingin dan juga kapasiti kuasa. Umumnya, penyaman udara sistem unit pemisah seperti Daikin, York dan Midea bagi kegunaan domestik atau komersial menganjurkan kos yang lebih tinggi kerana memerlukan kos tambah bagi pemasangan serta servis pembaikan setiap 6 bulan sekali bergantung pada penggunaan penghawa dingin tersebut. Akan tetapi penghawa jenis tersebut lebih tahan lama malah lebih cepat dalam membekalkan suhu sejuk.

Bagi penghawa dingin jenis lantai “berdiri sendiri”, harganya lebih murah berbanding dengan sistem unit pemisah tetapi tidak sesuai untuk kegunaan di kawasan yang luas kerana ia mengambil masa untuk menyejukkan ruangan tersebut. Namun begitu, penghawa dingin jenis Topaire boleh dipindah dan diguna di mana-mana kawasan. Selain Kuala Lumpur, produk, alat ganti dan servis aircond Topaire boleh didapati di Megan Salak, Jalan Kuchai dan Petaling Jaya.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan NHN aircond amat murah. 

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

253C , Jalan Besar,
43300, Seri Kembangan, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm

Sertailah senarai emel kami untuk menerima promosi dan berita terkini!

Sertailah senarai emel kami untuk menerima promosi dan berita terkini!

Anda telah berjaya memasuki senarai emel kami