Pemasangan Aircond Di Bangi

Syarikat kami membekalkan juruteknik berpengalaman untuk pasang aircond di Bangi. Bangi merupakan bandar yang mempunyai permintaan yang tinggi bagi pemasangan penghawa dingin kerana tertumpunya berbagai jenis kediaman. Ini termasuk rumah jenis banglo, rumah teres, apartmen dan juga flat. Selain itu, Bangi juga merupakan pusat ekonomi yang terkenal dengan banyak pusat ekonomi, pejabat dan pasaraya yang memerlukan pemasangan penghawa dingin jenis komersial. Servis pemasangan penghawa dingin kami merangkumi hampir seluruh kawasan di Bangi dan bagi segala jenis model tanpa mengira bilangan unit yang ingin dipasang, sama ada unit baharu atau terpakai. Berkonsepkan “Kebahagian Pelanggan, Keutamaan Kami”, syarikat kami sentiasa memastikan jaminan kebersihan, privasi dan integriti sebelum, semasa dan selepas servis pemasangan penghawa dingin. Terletak di Bandar Baru Bangi, syarikat kami menjadi pilihan utama dalam kalangan penduduk Bangi yang memerlukan perkhidmatan pemasangan penyaman udara bagi rumah mereka.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Pasang Aircond

Selain pemasangan penyaman udara rumah, syarikat servis penyaman udara kami yang terletak di Bandar Baru Bangi juga menyediakan pemasangan penghawa dingin bagi kegunaan komersial termasuk bangunan dan pejabat kerajaan seperti Bangunan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) yang terletak di Seksyen 9 Bangi, Mahkamah Majistret Bangi di Seksyen 15 dan pusat pendidikan awam serta swasta seperti Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kolej Pendidikan Teknologi Mara (KPTM) yang terletak di Seksyen 13 Bangi. Perkhidmatan dan harga pemasangan kami yang cepat dan tangkas serta kos yang berpatutan menjadikan kami pusat pemasangan penghawa dingin yang terkenal di Bangi. Selain itu, kami juga menyediakan servis pemasangan bagi hampir semua model dan jenama penyaman udara komersial tanpa mengira bilangan unit yang ingin dipasang. Oleh itu, banyak kilang di Bangi mengupah servis pemasangan penghawa dingin kami bagi premis mereka seperti Kilang Sony EMCS, Hitachi, Denso yang terletak di kawasan perindustrian Bangi. Bukan itu sahaja, premis perniagaan yang terletak di Bangi Sentral dan Bangi Gateway serta pasaraya dan pusat membeli-belah seperti Evo Mall dan PKNS juga pernah mendapatkan perkhidmatan pasang penghawa dingin komersial kami. Kami yakin bahawa pengusaha dan pemilik bangunan komersial tidak akan rugi dengan menggunakan servis kami malah kami menghargai masa pelanggan dengan menepati waktu mengikut permintaan pelanggan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm