Aircond Haier Di KL & Selangor

Syarikat kami terdiri daripada pakar aircond dan juruteknik yang bertauliah dalam mengendalikan aircond Haier di Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan pengalaman yang luas dalam industri aircond, pasukan kami bersedia memberi khidmat nasihat tentang jenis atau model aircond Haier yang sesuai berdasarkan keperluan tapak anda. Selain itu, pasukan juruteknik kami adalah terlatih dan berpengalaman bagi perkhidmatan servis dan baiki aircond Haier anda pada pakej harga yang menarik. Tambahan pula, kami juga menyediakan perkhidmatan pasang aircond.

Jika anda memerlukan khidmat nasihat tentang jenis aircond yang sesuai atau ingin membuat temu janji bagi perkhidmatan kami, sila menelefon atau menghantar emel kepada kami sekarang.

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Haier

Syarikat kami membekalkan pelbagai jenis dan model aircond jenama Haier bagi kegunaan rumah. Pada dasarnya, aircond rumah Haier terbahagi kepada jenis dengan penyonsang dan jenis tanpa penyonsang. Nombor model aircond daripada series tanpa penyonsang ialah HSU-09LTF18. Selain itu, aircond tanpa penyonsang juga terdapat model yang direka dengan teknologi “turbo cool” termasuk model HSU-24LFA, HSU-18LFA, HSU-12LFA, HSU-09LFA, HSU-24LTA18, HSU-12LTA18, HSU-18LTA18 dan HSU-09LTA17. Bagi aircond Haier rumah dengan penyonsang, kami menawarkan model HSU-24VNR19, HSU-18VNR19, HSU-12VNR19 dan HSU-09VNR19. Di samping itu, teknologi “smart clean” turut direka dalam aircond Haier dengan penyonsang. Antara nombor model bagi aircond jenis ini dengan kuasa kuda yang berlainan ialah HSU-18VFD, HSU-12VFD, HSU-09VFD, HSU-24VNR18, HSU-18VNR18, HSU-12VNR18, HSU-09VNR18, HSU-25VNR18, HSU-20VNX17, HSU-13VNX17 dan HSU-10VNX18. Walaupun banyak jenis model aircond kami sediakan, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perunding aircond kami untuk menentukan model aircond yang paling sesuai bagi tapak anda. Saiz ruangan akan dipertimbangkan apabila memilih jenis aircond rumah. Bukan itu sahaja, juruteknik kami bersedia untuk memasang aircond anda. Penyelenggaraan aircond juga harus dijalankan secara terjadual supaya fungsi aircond sentiasa dijamin. Dengan ini, pasukan kami berdedikasi dalam membekalkan servis aircond mengikuti jadual. Tambahan pula, juruteknik kami mahir dalam membaiki kerosakan atau ketidakfungsian aircond dengan pantas agar kehidupan anda tidak terganggu.

Aircond merupakan elemen yang sangat penting di tempat-tempat komersial seperti di dalam pejabat, restoran, kedai, pusat membeli-belah, universiti dan lain-lain. Hal ini demikian kerana aircond dapat menghasilkan hawa dingin maka mengekalkan keselesaan persekitaran bagi pengguna ruangan tersebut. Malahan, aircond yang berkualiti dan selesa di tempat komersial lebih cendurung dalam menarik pengunjungan pelanggan dan seterusnya meningkatkan keuntungan perniagaan. Syarikat kami juga tidak ketinggalan dalam membekalkan aircond Haier bagi kegunaan komersial. Aircond Haier komersial pada dasarnya adalah jenis kaset siling tanpa penyonsang. Antara model bagi aircond jenis ini yang kami tawarkan ialah 1U30FH2QAA yang menggunakan gas R410A. Selain itu, kami juga membekalkan aircond jenis kaset siling tanpa penyonsang yang bermodel nombor AB30FH2QAA (3HP), AB35FH2QAA (3.5HP), AB40FH2QAA (4HP) dan AB50FH2QAA (5HP). Di samping itu, syarikat kami menyediakan perkhidmatan servis, baiki dan pasang bagi aircond komersial anda. Juruteknik kami yang mahir dan berpengalaman bersedia untuk menjalankan servis aircond secara berskala bagi menjamin aircond di tempat komersial anda sentiasa berfungsi dengan efisien tanpa pengendalaan. Apabila aircond anda mengalami ketidakfungsian, pasukan juruteknik kami akan memeriksakan aircond anda dengan teliti bagi mendapati punca masalah. Selepas itu, juruteknik akan menjalankan kerja baiki aircond dengan cekap. Berserta dengan pakej pembelian aircond Haier, juruteknik kami akan memasangkan aircond bagi tapak anda. 

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm