Aircond Carrier Di KL & Selangor

Syarikat kami mendukung produk dan servis berkaitan bagi aircond Carrier di Kuala Lumpur dan Selangor. Aircond Carrier bukan sahaja dapat membekalkan suasana yang dingin dan selesa, aircond kami turut direka dengan teknologi yang dapat menjimatkan tenaga elektrik. Selain aircond berkualiti kami tawarkan, syarikat kami juga menawarkan perkhidmatan yang berprofessional bagi aircond anda termasuk servis, baiki dan pasang aircond. Keadaan ini menyenangkan pelanggan kami dengan mendapatkan apa yang diperlu di pusat kami. Malah, harga bagi aircond dan perkhidmatan kami sangat berpatutan. Jika anda memerlukan khidmat nasihat daripada pakar aircond kami, jangan tunggu lagi untuk menelefon atau menghantar emel kepada kami sekarang. 

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Carrier 

Syarikat kami membekalkan dua jenis aircond bagi kegunaan rumah iaitu model dengan penyonsang dan tanpa penyonsang. Namun begitu, aircond kami direka dengan teknologi yang dapat menjimatkan tenaga elektrik. Jadi, anda tidak perlu risau untuk menggunakan aircond di rumah buat masa yang lama. Kuasa kuda bagi aircond rumah yang kami bekalkan adalah di antara 1 hingga 2.5HP bagi menampung keperluan di ruang yang kecil seperti bilik malah ruang tamu yang luas lebar. Antara nombor model bagi aircond Carrier dengan kelajuan tetap tanpa penyonsang ialah KHA009FS (1HP), KHA012FS (1.5HP) dan KHA018FS (2HP). Selain itu, aircond Carrier berpecah tunggal dengan penyonsang pula terdapat dalam nombor model KHC012VS (1.5HP), KHC018VS (2HP) dan KHC024VS (2.5 HP). Sebagai pakar aircond yang berprofessional, kumpulan kami turut terdiri daripada juruteknik yang bertauliah dalam menyelaraskan aircond anda sama ada aircond anda memerlukan servis terjadual atau kerja baiki apabila terosak. Di samping itu, juruteknik kami juga dapat membantu anda memasangkan aircond yang baru dibeli atau pemasangan unit terpakai di lokasi baharu. Dengan hanya satu panggilan, pasukan kami bersedia mengaturkan pelbagai jenis perkhidmatan yang anda perlukan dengan pantas malah pada harga yang berpatutan. Kami juga menyarankan para pengguna untuk menggunakan pakej servis aircond yang kami yang terjadual dengan kos yang berbaloi.       

Aircond jenis siling adalah jenis yang biasa digunakan bagi tempat komersial seperti di restoran, pusat membeli-belah dan pejabat. Ini kerana aircond jenis siling mempunyai keluaran angin ke empat arah dan dapat mengekalkan hawa dingin di ruang yang luas lebar. Syarikat kami membekalkan dua jenis aircond ceiling bagi kegunaan komersial iaitu dengan penyonsang dan tanpa penyonsang. Aircond komersial biasanya berkuasa kuda 3 dan ke atas. Antara nombor model aircond siling dengan penyonsang yang kami sediakan ialah QTD030VS (3HP), QTD036VS (4HP), QTD045VS (5HP) dan QTD055VS (5.5 HP). Bagi aircond siling tanpa penyonsang pula, kami membekalkan model berikut: KUS030FS(3HP), KUS036FS (4HP) dan KUS045FS (4.5HP). Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan aircond siling yang berkuasa kuda 5.5 dan 6 dengan nombor model KUS055FS dan 38FN055 masing-masing daripada syarikat kami. Di samping jualan aircond komersial, kami juga menyediakan perkhidmatan bagi memasangkan aircond di premis anda. Tambahan pula, pasukan juruteknik kami yang mahir turut bersedia untuk membaiki dan menyelenggara aircond komersial anda. Juruteknik kami dapat bekerja pada waktu fleksibel termasuk pada hujung minggu berdasarkan keperluan pelanggan supaya operasi perniagaan di premis anda tidak terganggu. Anda juga boleh yakin bahawa pakej servis yang kami tawarkan adalah paling berpatutan dan berbaloi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm