Pasang Aircond Rumah Di KL & Selangor

Kami merupakan syarikat yang dipercayai, professional dan terunggul dalam kecekapan perkhidmatan pasang mesin aircond rumah yang berkualiti dan cepat di KL, Selangor dan kawasan berdekatan sekiranya anda perlukan kami. Selain mempunyai jurutera dan juruteknik penghawa dingin yang berpengalaman dan pakar dengan pelbagai jenama, kami juga mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang berdedikasi di KL. Mereka akan sentiasa memeriksa sebarang tanda kerosakan seperti kebocoran dan memaklumkan informasi terkini mengenai proses penghawa dingin anda dan sentiasa bersedia menjawab soalan anda tentang pembaikan atau pembersihan tambahan penghawa dingin. Usah risau, keselesaan anda adalah keutamaan kami.

Kami boleh menyediakan atau memilih peralatan yang sesuai dan plan ubah suai atau penyelenggaraan penghawa dingin berdasarkan manfaat dan keperluan pelanggan bagi memastikan penghawa dingin dapat berfungsi sambil mengekalkan kualiti dan prestasi penyejukan yang terbaik. Kami berpengalaman dalam menyelenggara, membersihkan dan mengendali cara servis pasang penghawa dingin pada kebanyakan bangunan pelbagai saiz termasuk rumah, pejabat, kedai sehingga ke hotel, sekolah dan juga hospital agar pengguna sentiasa sejuk dan selesa. Buatlah panggilan kepada pasukan kami sekarang untuk jika anda memerlukan nasihat dan kami dapat mempertimbangkan jenis ubahsuai yang paling tepat berdasarkan keperluan anda.

Untuk penggunaan komersial seperti kedai, pejabat atau restoran, penyelenggaraan aircond dinasihatkan dua bulan sekali agar bahagian penyejuk aircond anda bekerja dengan lebih efektif dan betul. Bagi lokasi dengan kadar pencemaran udara yang tinggi terutama di bilik server, bilik dagangan, bengkel mahupun kedai dandanan rambut atau salon kecantikan, kami mencadangkan penyelenggaraan termostat atau penapis dalaman sekurang-kurangnya dibaiki sebulan sekali agar prestasinya tidak terjejas dan sukar diperbaiki. Ini bagi mengelak anda untuk menukar baru sepenuhnya aircond anda. Penghawa dingin yang kotor boleh menyebabkan udara tercemar dan mempengaruhi infestasi hama yang menghasilkan penyakit atau alahan gatal. Oleh itu, penyakit-penyakit ini dapat juga dapat dielakkan daripada terdedah jika penyaman udara anda diservis dan dibersihkan.

Kami juga menawarkan harga promosi yang murah terbaik jika terdapat lebih daripada satu unit penghawa dingin untuk diselenggara dan diperiksa. Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebarang panduan, pemeriksaan, maklumat dan anggaran sebut harga berkenaan pakej membaiki dan penyelenggaraan penghawa dingin yang tepat.

Kami menawarkan jaminan 1 tahun untuk setiap unit aircond yang kami pasang bagi memudahkan anda. Jaminan ini adalah berdasarkan tempoh minimum bagi jangka hayat penghawa dingin yang kami pasang dan mengikuti secara berjadual progres aircond anda setelah diservis.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm