07

DIS, 2020

Ramai beranggapan bahawa aircond hanya perlu di servis apabila sudah tidak sejuk.Tetapi ini adalah tidak benar. Ini termasuk pembaikan, pembersihan dan penggantian komponen aircond untuk memastikan aircond anda sentiasa dalam keadaan baik.

Aircond haruslah di servis mengikut jadual yang ditetapkan supaya ia boleh kekal untuk jangka masa yang panjang.

  1. Pastikan termostat ditetapkan pada suhu yang betul.

Termostat merupakan alat penting dalam mengawal suhu aircond. Sekiranya anda menghadapi masalah pengaliran udara yang kurang sejuk, maka anda perlu memastikan thermostat ditetapkan pada suhu yang betul. Sekiranya thermostat tidak berfungsi seperti biasa, sila periksa jangka hayat bateri, pemasangan bateri dan sambungan dawai.

  1.   Periksa kotak pemutus litar

Sekiranya pemutus litar tidak berfungsi dengan betul, maka pengaliran udara aircond tidak seimbang. Aircond terdiri daripada dua bahagian iaitu unit dalaman dan luaran.  Jika, unit luaran tidak dapat dihidupkan, maka unit dalaman tidak dapat membekalkan udara sejuk kepada anda. Cuba tetapkan semula pemutus litar dan periksa semula sama ada masalah yang sama berulang lagi. Hubungi ejen penyelenggaraan aircond  anda jika pemutus litar tersekat lagi.

  1.   Bersihkan penapis udara yang kotor

Penapis udara adalah elemen yang penting dalam memastikan pengaliran udara yang bersih dan nyaman.Jika penapis udara kotor, maka perantis tidak dapat berfungsi secara optimum. Tambahan pula, keadaan ini akan meningkatkan bil elektrik anda. Jadi kita haruslah membersihkan penapis udara dengan lebih kerap dan ini akan memanjangkan jangka hayat aircond supaya kita dapat menikmati udara segar sepanjang masa.

  1.   Pembentukan ais dalam aircond.

Apabila, penapis udara kotor dan ini akan mengakibatkan pengaliran udara yang tidak lancar serta menyebabkan pembentukan ais. Ini akan menghasilkan prestasi penyejukan yang rendah dalam jangka masa panjang. Anda boleh menangani masalah ini dengan matikan aircond dan cuba angat penutup aircond serta pastikan bahawa tiada pembentukan lapisan ais. Keadaan ini berlaku akibat terdapat kebocoran dalam aircond menyebabkan kekurangan gas aircond.

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm