08

JAN, 2021

Apakah itu aircond jenis split?

Ia terdiri daripada unit dalaman dan unit luaran. Aircond jenis ini adalah sangat sesuai  digunakan pada masa kini kerana ia sangat mudah untuk dipasang dan dikendalikan. Pemasangan aircond adalah tugas yang amat penting kerana jika pemasangan dilakukan dengan tepat, maka anda akan menikmati penyeyejukkan yang optimum. Tetapi, jika pemasangan tidak dilakukan dengan betul ia akan menyebabkan kekecewaan kerana anda tidak dapat merasai keselesaan yang diinginkan.Pemasangan yang lemah juga akan mengakibatkan penyelenggaraan yang kerap.

Faktor- faktor yang perlu dipertimbangkan semasa pemasangan aircond. 

  1. Kekuatan dinding untuk menahan aircond

Aircond jenis split haruslah dipasang di dinding yang mempunyai struktur yang kukuh dan tebal untuk menahan berat aircond.

  1.   Jarak yang betul antara unit dinding dan aircond.

Aircond jenis ini memerlukan sekurang-kurangnya 15cm ruang terbuka yang mengelilingi bahagian atas  untuk aliran udara yang betul.

  1.   Ketinggian pemasangan yang sesuai dari tanah

Aircond haruslah dipasang pada ketinggian 7-8 kaki untuk penyejukan yang menyeluruh di sesuatu ruang.

  1.   Sudut kecondongan unit dalaman yang betul

Semasa memasang braket aluminium di dinding, pastikan diberi sudut kemiringan sedikit sehingga unit dalam aircond. Ini adalah kerana jika sudut kecondongan saluran tidak betul akan menyebabkan genangan air.

  1.   Lokasi unit luaran yang betul

Bagi mencapai penyejukan yang optimum, unit dalaman haruslah jauh dari bahang cahaya matahari dan unit luaran haruslah jauh dari tempat air terutamanya ketika hujan. Unit luar hendaklah dipasang di tempat terbuka supaya tidak ada halangan terhadap haba yang dikeluarkan dari kondensor.

  1. Penempatan unit luar yang betul

Aircond jenis split ini, harus diletakkan di permukaan yang rata dan tegar. Aircond jenis split dilengkapi dengan komponen-komponen seperti pemampat, kondensor, motor kipas dan sebagainya. Sekiranya unit luaran tidak terletak di permukaan rata maka ia akan bergetar secara berlebihan, yang boleh menyebabkan kerosakan paip tembaga, kebocoran penyejuk dan kerosakan pemampat atau kondensor. Tambahan pula, getaran tersebut boleh menyebabkan bunyi yang kuat sehingga boleh mengganggu anda dan juga jiran anda.

  1.   Jarak yang betul di antara unit dalaman dan unit luaran.

Jarak yang betul antara unit dalaman dan luaran memainkan peranan yang sangat penting dalam penyejukan. Aliran udara yang sejuk akan mengalir di tiub tembaga antara unit dalaman dan unit luaran dan kebiasannya, akan terdapat kehilangan kesan penyejukan ke atmosfera. Bagi mengelakkan keadaan ini, pastikan jarak antara unit dalaman dan unit luaran dalam anggaran tidak melebihi 15 meter.

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm