18

DIS, 2020

Adalah amat penting dalam memastikan pemasangan aircond dengan kapasiti yang tepat bagi sesuatu ruang.

Pengiraan kapasiti sangat penting kerana jika dilakukan dengan salah, anda mungkin memasang aircond dalam kapasiti yang salah dan tidak dapat menikmati suasa yang sejuk yang dinginkan.

Selain itu, ini juga akan menyebabkan rasa tidak selesa dan mengakibatkan bil elektrik yang tinggi kerana pemampat terlalu kerap dihidupkan dan dimatikan.  Tambahan pula, setiap kali pemampat dihidupkan dan dimatikan dengan kerap, penggunaan kuasanya adalah 6 kali lebih tinggi daripada ketika ia berjalan dengan stabil.

Namun ramai tidak peka tentang pengiraan kapasiti dan mungkin keliru dalam pemilihan aircond yang sesuai. Kapasiti penyejukkan diukur dengan formula yang dikenali sebagai BTU ( British Thermal Units) dan dengan pengiraan kapasiti yang tepat anda akan menikmati kecekapan terbaik dan kos elektrik yang rendah.

Berikut adalah langkah mudah menentukan kapasiti aircond untuk sesuatu ruang:-

 Kiraan keluasan bilik : Panjang × Lebar

Katakanlah, sebagai nombor praktikal kita memilih jumlah sebanyak 25 BTU. Jadi angka ini perlu didarapkan dengan keluasan bilik.

Contohnya:

Kiraan kapasiti aircond = 12 kaki ×15 kaki = 180 kaki (keluasan bilik)

180 kaki × 25 BTU= 4500 kapasiti diperlukan.

Walaubagaimanapun, faktor lain juga perlu dipertimbangan iaitu jumlah orang di dalam sesuatu bilik atau ruang dan peratusan ruang terbeut terdedah kepada cahaya matahari. Pengiraan diatas adalah pengetahuan am untuk anda supaya anda tidak keliru semasa memilih aircond dan lebih memahami apabila diterangkan oleh jurujual. Ramai di luar sana masih salah anggap bahawa aircond yang bersaiz besar adalah lebih baik daripada yang kecil. Kapasiti aircond adalah yang paling penting dan anda boleh mendapat khidmat nasihat daripada kami yang berpengalaman supaya anda akan membuat pilihan yang tepat.

Selamat membeli.

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm