11
DIS, 2020
Penggunaan aircond kini semakin meluas akibat peningkatan suhu. Bagi yang masih membuat survey dan ada yang mungkin dalam dilema dalam pembelian aircond, kami disini ingin mengkongsikan beberapa tips-tips yang boleh membantu anda.
Anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membuat keputusan iaitu jenis aircond, keluasan ruang dan suhu bilik berkenaan .
“Horsepower” sesebuah aircond penting dalam menentukan jenis aircond yang sesuai untuk kediaman anda. Ruang yang besar memerlukan “horsepower” yang tinggi, manakala ruang yang kecil memerlukan horsepower yang rendah.
Terdapat dua jenis aircond iaitu “wall mounted” dan “ceiling cassette”. “Wall mounted” adalah aircond yang digantung pada dinding dan paling sesuai untuk kegunaan rumah. Manakala, ceiling cassette” adalah jenis yang dipasang di ceiling dan sesuai untuk ruang yang besar. Kelebihan aircond ini adalah dapaytmenyejukkan ruang yang besar dengan lebih cepat.
Selain itu, anda juga mungkin keliru dalam pilihan “inverter dan non-inverter”. Adalah amat penting untuk mengetahui apakah itu “ inverter”? Teknologi inverter dalam proses penyejukan dapat meningkatkan kecekapan tenaga dan memberikan keselesaan yang optimum. Penggunaan inverter dapat mengawal tahap penggunaan elektrik, dimana inverter dapat mengawal kelajuan motor pemampat dan memberikan suhu yang selesa. Walaubagaimanapun, komponen jenis aircond inverter agak mahal berbanding dengan non-inverter. Manakala, bagi non- inverter adalah agak murah tetapi suhunya tidak sekata dan penggunaan elektrik juga agak tinggi.
Justeru itu, pembelian aircond bergantung kepada budget dan keluasan ruang anda. Jikalau anda masih merasa ragu-ragu dalam membuat keputusan, hubungilah ejen perkhimatan aircond untuk nasihat dan bimbingan. Selain itu, penjagaan aircond juga adalah amat penting kerana kegunaannya adalah untuk jangka masa yang panjang. Aircond yang tidak servis akan menggunakan tenaga yang lebih tinggi dan boleh meningkatkan bil elektrik. Jadi pastikan aircond diservis mengikut jadual yang ditetapkan.
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 830am-530pm
Ahad dan cuti umum tutup
Alamat
18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan