01
DIS, 2020
Bayangkan, setelah anda pulang penat bekerja seharian dan terus membuka aircond untuk keselesaan, tiba-tiba terhidu bau busuk yang keterlaluan dan terpaksa mematikan aircond. Anda mungkin berasa bimbang dan tertekan adakah ini akan meningkatkan kos anda?
Kami akan berkongsi beberapa kemungkinan punca bau busuk dan jenis bau yang mungkin anda akan hidu adalah seperti sesuatu yang terbakar atau bau asap. Jangan risau! Semua masalah ada penyelesaiannya.
Aircond berbau seperti ekzoz kereta?
Aircond tidak mempunyai sebarang enjin pembakaran dalaman. Terdapat sejenis cecair dalam sistem aircond dan apabila ia dipanaskan akan menimbulkan bau seperti ekzoz kereta. Keadaan ini terjadi akibat kebocoran dalam saluran dan lebih membimbangkan, ia boleh melepaskan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan dan membahyakan alam sekitar.. Jangan panik ! Tutup aircond anda serta-merta dan membuka tingkap atau pintu untuk pengaliran udara segar. Segeralah hubungi kami untuk membaiki aircond anda.
Aircond berbau seperti sesuatu yang terbakar?
Aircond dilengkapi dengan komponen seperti papan litar, wayar kuasa, kipas, kompressor dan lain-lain. Sekiranya anda terhidu bau terbakar, segerahlah matikan suis aircond . Jangan terkejut!. Ini menandakan salah satu atau beberapa komponen dalam aircond sudah terbakar. Hubungi kami dengan segera. Ingat! Jangan cuba memperbaiki sendiri kerosakan yang serius.
Selain itu, aircond mungkin berbau busuk akibat daripada habuk dan kotor yang terkumpul dalam unit aircond. Apabila aircond tidak lama digunakan dan digunakan semula akan terdapat bau yang tidak menenangkan. Jangan cemas, keadaan ini hanya sementara. Tutup aircond dan jikalau merasa ragu-ragu dan hubungi juruteknik aircond
Aircond berbau seperti telur busuk?
Kemajuan teknologi kini telah merangsang ramai pengeluar aircond untuk menyediakan aplikasi “smart controller” supaya pengguna dapat mengawal aircond dimana sahaja melalui sambungan internet.
Bau yang meloyakan biasanya disebabkan oleh tikus atau makhluk kecil yang tersekat atau burung dan serangga yang bersarang Lama-kelamaan haiwan yang mati akan mengelurakan bau yang yang tidak menenangkan dan boleh merosakkan komponen –komponen sistem aircond.
Sekiranya anda mempunyai sistem aircond tanpa saluran, adalah penting untuk diperiksa dan sekiranya anda terjumpa haiwan yang terperangkap atau bingkai, tanggalkan penutup dan bersihkannya. Tetapi sekiranya punca bau yang meloyakan tidak dapat dikesan hubungi kami.
Aircond berbau seperti gas atau bau yang teramat busuk
Sekiranya ada bau seperti sampah atau bau busuk yang teramat, ini menunjukkan kebocoron gas dan harus segera diperiksa. Bau busuk ini biasanya disebabkan oleh “Metil mercaptan” yang kebiasannya ditambahkan dengan gas asli aircond supaya boleh mengesan kebocoran. Jikalau terhidu bau busuk yang teramat, jangan melengahkan masa. Betindaklah segera dan hubungi kami untuk memperbaiki masalah aircond anda.
Aircond berbau hapak
Bau seperti ini adalah bau yang paling biasa dihadapi. Sekiranya aircond anda berbau hapak, terdapat pengumpulan air di dalam saluran pembuangan atau saluran titisan yang boleh menyebabkan pembiakan kulat. Anda mungkin akan mendapat tanda-tanda seperti air yang menetas ke dinding anda menunjukkan kebocoron. Iklim yang panas dan lembap sepanjang masa akan mengakibat-kan bau hapak sekiranya aircond tidak digunakan untuk jangka masa panjang. Kebiasannya juruteknik kami dapat mengatasi masalah ini dengan lebih cepat.
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 830am-530pm
Ahad dan cuti umum tutup
Alamat
18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan