25
NOV, 2020
Aircond kini menjadi keperluan asas di setiap kediaman dan juga di sector komersial ekoron cuaca panas yang semakin meningkat . Tidak dapat dinafikan suasana yang sejuk dapat memberikan keselesaan. Namun, dalam penggunaan aircond, kita mungkin akan menghadapi pelbagai masalah dan salah satunya ialah masalah aircond tidak sejuk.

Sebagai pengguna, adalah amat penting untuk mengetahui faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah aircond tidak sejuk dan cara-cara mengatasinya.
- Penapis udara sumpat
Penapis udara sangat penting dalam pengaliran udara yang baik. Penapis udara kebiasannya memerangkap habuk dan debu dan sekirannya ia tersumbat maka kadar sejuk aircond akan berkurangan. Situasi ini akan menyekat aliran udara dan ada kemungkinan gegelung penyejat beku dan tidak akan dapat menyejukkan udara lagi. Keadaan ini akan menyebabkan pengaliran udara yang tidak bersih dan boleh memudaratkan kesihatan. Jadi rajin-rajinlah servis penapis udara.
- Gegelung kondensor kotor
Gegelung kondensor mungkin menjadi kotor dengan serpihan dan menyekat lubang udara.Situasi ini akan menghalang gegelung berfungsi dan sistem tidak dapat menyejukkan dengan berkesan sehingga aircond meniup udara hangat. Jadi kondensor perlulah dibersihkan dari semasa ke semasa.
- Kompressor rosak
Kompressor adalah komponen sangat penting dan berfungsi untuk menyedut wap bahan pendingin dan memampatkan menjadi tekanan dan suhu tinggi. Sekiranya kompressor tidak berfungsi dengan baik maka unit dalaman tidak dapat menyalurkan angin sejuk. Adalah perlu untuk menggantikan kempressor sekiranya ia rosak.
- Termostat yang rosak
Termostat membantu mengesan perubahan suhu. Jika termostat tidak menunjukkan suhu yang betul kemungkinan termostat dah rosak dan wajib digantikan. Walaupun termostat bukan komponen yang mahal dan mudah digantikan tetapi ia harus diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
- Ruang besar, aircond kecil
Adalah amat penting untuk mempertimbangkan beberapa faktor seperti ruang kediaman, bilangan ahli keluarga sebelum pembelian aircond. Ini adalah untuk memastikan aircond mempunyai kapasiti untuk memenuhi keperluan tempat kediaman. Kapasiti aircond yang rendah tidak dapat menyejukkan ruang yang luas dimana ia akan menaikkan kadar elektrik. Manakala aircond yang besar untuk ruang yang kecil akan mempercepatkan proses penyejukan tetapi apabila aircond dimatikan tidak akan ada masa yang mencukupi untuk mengeluarkan kelembaban.Jadi, dapatkan nasihat daripada pakar tentang pilihan dan kapasiti aircond sebelum membuat pembelian.
- Penyejuk bocor
Tahap penyejuk yang rendah kemungkinan disebabkan oleh kebocoran. Jika berlaku kebocoran, aircond tidak dapat mengeluarkan udara sejuk dan nyaman. Ramai pengguna tidak sedar tentang masalah ini dan adalah penting untuk memeriksa pengaliran gas dalaman dan luaran. Sekiranya masalah ini berlanjutan langkah terbaik adalah untuk menggantikan komponen tersebut.
- Penyejat kotor
Merupakan komponen penting dalam aircond. Fungsinya untuk proses penyerapan haba dan menghasilkan kesejukan pada ruang atau bilik. Aircond tidak akan berfungsi dengan berkesan tanpa penyejat yang bersih dan tidak akan memberi keselesaan yang diingini. Jadi penyejat haruslah dibersihkan secara berskala untuk mengekalkan kecekapnya.
- Kondenser tersumbat
Komponen ini penting dalam mengekalkan suhu dan memastikan pengaliran udara yang sejuk. Jika kondenser tersumbat dengan habuk, maka kondenser akan menjadi lebih panas dan aircond menjadi tidak sejuk. Ini akan menyebabkan kapisitor terbakar dan kondenser tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini dapat dielakkan sekiranya aircond servis dibuat setiap enam bulan sekali.
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 830am-530pm
Ahad dan cuti umum tutup
Alamat
18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan