05

JAN, 2021

Anda mungkin merasa ragu-ragu tentang  cara membersihkan aircond anda terutamanya unit luar. Jangan risau!. Anda boleh menyemburkan air di unit luar aircond jika perlu dibersihkan. Penyemburan air di kondensor aircond juga akan membantunya berjalan dengan lebih berkesan.

Sebenarnya, kondenser aircond juga memerlukan penyemburan yang kerap agar dapat beroperasi dengan lebih baik.

Anda boleh membersihkan aircond anda dengan menggunakan gelung paip yang terdapat di rumah dan semburkan air dari atas ke bawah untuk pembersihan yang menyeluruh. Walaupun ini adalah pembersihan yang ringan anda haruslah memastikan komponen-komponen lain dalam aircond tidak basah.

Tetapi, sekirannya anda mendapati aircond anda mengalami sebarang masalah setelah menyemburkan air, ini kemungkinan terdapat masalah lain dan bukan disebabkan oleh pemyemburan air. Oleh itu, hubungi ejen servis aircond untuk memastikan aircond sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik.

 Bagaimana penyemburan membantu

Apabila penyemburan dibuat atas kondenser, ini akan meningkatkan kecekapan komponen tersebut malah terdapat beberapa faedah yang dapat anda menikmati daripada amalan ini.

Meningkatkan kecekapan

Apabila anda menyemburkan air diatas kondenser dan ia dapat menyejatkan air dan membantu penyejukkan yang lebih mudah.Oleh itu, tenaga yang digunakan untuk penyejukkan akan berkurangan dan boleh mengurangkan kos anda.

Memanjangkan jangka hayat

Dengan peningkatan kecekapan kondenser, ia juga akan mempanjangkan jangka hayatnya. Semakin kurang ia berfungsi semakin lama ia akan bertahan. Di samping itu, pembersihan penapis udara juga adalah penting kerana penapis udara yang kotor boleh menyebabkan pelbagai masalah yang akan mengakibatkan kerosokaan pada kondenser.

Menjaga kebersihanya

Menyemburkan aircond dengan air akan membantu melepaskan zarah dan serpihan yang akan terbentuk dari masa ke masa di lubang udara. Semakin kotor penapis udara, sebilangan zarah tersebut akan menyumbat aircond akhirnya menyebabkan pengaliran udara yang tidak baik.

Membersihkana aircond anda

Jika anda membersihkan aircond dari semasa ke semasa, pastinya akan meningkatkan jangka masa dan juga kecekapan aircond. Selain kondenser sirip aircond juga harus dibersihkan. Sirip ini sangat nipis dan lembut, jadi haruslah dibersihkan menggunakan berus yang nipis. Pastikan anda berhati-hati semasa melakukan kerja ini, kerana ia boleh menjadi rosak jika anda membersihkanya terlalu kasar. Disini, anda boleh menyemburkan sirip dengan selang dari bahagian dalam unit. Selain itu gegelung penyejat juga wajib dibersihkan tetapi bukan senang dilakukan oleh semua orang dan hanya boleh dibersihkan oleh juruteknik yang berpengalaman.

Sebagai pengguna aircond, anda haruslah memahami kepentingan penyelenggaran dan pencegahan yang sangat penting dalam penggunaan aircond. Tetapi and tidak perlu khuatir kerana kami sentiasa berada disisi anda untuk membantu anda.

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm