23
DIS, 2020
Pengetahuan tentang penjagaan aircond adalah sangat penting supaya ia dapat berfungsi dengan lebih baik dan lebih lama. Servis aircond adalah perkara yang paling penting dalam penjagaan aircond, walaupun tidak ada peraturan yang tetap dalam servis aircond tetapi digalakkan servis aircond enam bulan sekali bagi pelancaran udara yang baik.
Berikut adalah beberapa garis panduan umum yang boleh membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat dalam servis aircond.
- Penggunaan aircond yang terhad
Aircond haruslah diservis enam bulan sekali walaupun penggunaan yang terhad. Ini membolehkan juruteknik aircond dapat memastikan bahawa aircond berfungsi dalam keadaan yang baik.Tujuannya adalah untuk memastikan pengudaraan yang lancar dan tidak mengakibatkan sebarang masalah pada saat diperlukan.
Selain itu, kehadiran serangga perosak seperti cacing, lipas, semut dan anai-anai yang memang suka membuat kediaman di unit luar aircond juga boleh mengakibatkan kerosakkan aircond. Jadi untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku, aircond wajib diservis setahun sekali.
- Memasang aircond pada musim cuaca panas sahaja.
Kajian kami menunjukkan bahawa pelanggan yang berusia dalam lingkungan umur 40-an atau lebih tua, hanya menggunakan aircond pada musim panas sahaja. Mungkin kerana penggunaan aircon bukan kebiasaan bagi mereka. Walau apa pun, anda haruslah menggunakan aircond secara kerap untuk memastikan ia bertahan lebih lama. Sekurang-kurangnya anda anda harus mengeluarkan penapis dan mencucinya. Ini dapat dilakukan dengan mudah dengan mengangkat penutup udara dan mengeluarkan penapis.
Sekirannya anda tidak dapat berbuat demikian, anda bolehlah menghubungi syarikat servis aircond kami untuk memastikan aircond sentiasa dalam keadaan baik. Ini adalah langkah terbaik, supaya aircond dapat bertahan untuk jangka masa yang lama.
- Penggunaan aircond setiap hari
Sekiranya anda perlu mengunakan aircond setiap hari, dinasihatkan supaya aircond diservis setiap 3 bulan sekali untuk memastikan bahawa pelancaran udara yang baik dan meningkatkan kecekapan aircod untuk suasana yang nyaman dan sejuk.
Kami bersedia membantu anda bagi menawarkan kontrak servis untuk 3 bulan dalam harga yang berpatutan. Langkah ini boleh menjimatkan wang dan masa anda dan pada masa yang sama aircond juga boleh bertahan lebih lama.
- Situasi khas
Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap debu dan habuk, disarankan supaya melakukan servis 3 bulan sekali. Ini adalah untuk memastikan penapis sentiasa dalam keadaan yang bersih, jika tidak debu atau kotoran yang terperangkap dalam penapis akan menyebabkan pengaliran udara yang tidak bersih dan boleh memudaratkan kesihatan.
Hubungi Kami
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu 830am-530pm
Ahad dan cuti umum tutup
Alamat
18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan