29

DIS, 2020

Kita sentiasa mengharapkan aircond berfungsi dalam keadaan baik sepanjang masa. Namun, persoalannya adalah, adakah kita melakukan servis aircond seperti yang ditetapkan? Ini adalah kerana jika aircond tidak berfungsi dengan baik akibat kerosakkan tertentu, ia mungkin tidak dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah.

Jadi langkah berjaga-jaga haruslah diambil sebelum kerosakkan menjadi serius.

Apakah itu pengaturan semula udara(regassing)

Pengaturan semula udara adalah proses mengeluarkan udara penyejuk lama dari sistem aircond dan menggantikan dengan penyejukan udara baru.Ini adalah langkah penting yang harus anda lakukan jika aircond anda mengeluarkan udara hangat setelah sekian lama dipasang dan ini menunjukkan kekurangan gas di dalam aircond.

Anda mungkin tertanya untuk melakukan sendiri pengaturan semula udara(regassing). Anda boleh berbuat demikian dengan membeli peralatan-peralatan yang sesuai tetapi tidak digalakkan kerana kos untuk membeli peralatan dan membaiki aircond adalah sama dengan kos yang akan dibayar kepada juruteknik yang akan diupah untuk mengendalikan masalah ini. Tambahan pula, juruteknik juga akan mempunyai idea yang lebih baik tentang bagaimana memeriksa kebocoran dan masalah lain dengan sistem aircond, dan yang paling penting faktor keselamatan juga perlu dipertimbangkan. Sekiranya gas aircond bersentuhan dengan kulit atau mata, ia boleh menyebabkan luka yang menyakitkan.

Anda mungkin keliru dalam membuat keputusan, bilakah aircond memerlukan pengaturan udara semula. Apabila anda terasa pengaliran udara panas dan tiada beza apabila aircond dimatikan, ini menunjukkan aircond memerlukan pengaturan semula udara. Justeru itu, dinasihatkan supaya anda sentiasa peka dengan jadual untuk servis aircond supaya dapat mengelakkan sebarang kerosakan serta meningkatkan kecekapan aircond.

Sekiranya,  anda tidak mengunakan aircond, sistem akan jadi kurang efficent secara beransur-ansur dan menjadi tidak selesa terutamanya musim cuaca panas. Ingat! Jika pengaturan semula udara tidak dilakukan sistem aircond akan mengalami kerosakkan untuk jangka masa panjang dimana mungkin berlaku kebocoran dan boleh meningkatkan kos.

Kami menawarkan kontrak 3 bulan untuk servis aircond. Anda bolehlah membuat temujanji dan memastikan aircond anda sentiasa dalam keadaan baik untuk menikmati udara yang nyaman dan selesa.

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 830am-530pm

Ahad dan cuti umum tutup

Alamat

18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan