13

JAN, 2021

Berdasarkan beberapa anggaran, di kebanyakan kediaman terutamanya pada musim cuaca panas menggunakan lebih banyak elektrik di mana 70% adalah daripada penggunaan aircond. Namun terdapat beberapa cara untuk mengurangkan beban ini dengan mengubah tabiat penggunaan aircond.

Berikut adalah kesalahan-kesalahan yang boleh dielakkan dalam penggunaan aircond.

1. Membeli aircond yang terlalu besar.

Ramai pengguna aircond inginkan aircond yang lebih besar dengan tanggapan ia akan menjadikan rumah lebih sejuk dengan lebih cepat. Dalam sistem penyejukan lebih besar tidak selalu baik. Aircond yang besar tidak akan menghasilkan suhu yang seragam atau mengurangkan kelembapan tetapi akan mengurangkan kecekapan dan meningkatkan kos tenaga. Jadi pilihlah aircond dengan kapasiti yang tepat untuk ruangan anda. 

2. Memasang aircond di tempat yang panas.

Pastikan aircond dipasang di tempat yang jauh daripada cahaya matahari. Pastikan juga, tingkap ditutup  dengan langsir untuk mengelakkan ruangan menjadi terlalu panas.

 3. Menyembunyikan aircond

Rupa bentuk aircond mungkin tidak cantik, jadi jangan cuba menyembunyikan aicond dibelakang pokok atau tanaman lain. Keadaan ini akan menghalang pengudaraan yang baik,menyumbat gegelung kondensor dengan daun atau ranting serta menyebabkan kecekapan aircond berkurang.

 4. Mengabaikan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan adalah sangat penting dalam penjagaan aircond dan jika mengabaikan penyelenggaran ia akan mengakibatkan kerosakan yang serius. Penyelenggaran dapat meningkatkan kecekapan dan keselesaan serta memanjangkan jangka hayat aircond.

Bersihkan penapis sekurang-kurangnya setiap dua bulan. Jika aircond digunakan dengan lebih kerap maka penapis harus diperiksa dengan lebih kerap. Periksa dan bersihkan gegelung penyejat sekali setahun.Periksa saluran pembuangan secara berskala dan periksa penutup tingkap di sekitar aircond setiap tahun sekali.

5. Membuka aircond sepanjang hari.

Gunakan thermostat yang boleh diprogramkan untuk menyejukkan rumah sebelum anda pulang dari tempat kerja. Ini lebih murah dan lebih efisien daripada membiarkan aircond beroperasi sepanjang hari.

6. Menutup pintu atau lubang bilik yang tidak digunakan

Terdapat perbezaan pendapat mengenai penutupan pintu atau lubang bilik yang tidak digunakan kerana ia dapat mengurangkan kecekapan sistem aircond pusat. Rujuk kepada pakar aircond sebelum menutup pintu atau lubang bilik.

7. Menurunkan Suhu

Jika anda selesa pada suhu 20 darjah dan pastikan anda mengekalkan suhu tersebut. Ini adalah kerana jika anda putar termostat untuk suhu yang rendah, lebih banyak tenaga akan digunakan sehingga suhu yang rendah.

8. Memanaskan Termostat.

Pastikan lampu, televisyen atau penjana haba lain tidak cukup dekat dengan termostat kerana secara tidak sengaja ia akan menaikkan bacaan suhu termostat tanpa disedari anda 

9. Tidak menggunakan kipas siling.

Ramai orang berpendapat bahawa aircond adalah pengganti kipas. Sebenarnya ia haruslah digunakan selari dengan aircond. Aliran udara kipas akan menimbulkan kesan angin sejuk yang akan membuat anda merasa lebih sejuk kerana ia mendorong udara ke bawah dan menarik udara yang panas. 

10. Penggunaan kipas lain seperti ekzos dengan lebih kerap.

Pastikan anda tidak terlalu kerap menggunakan kipas ekzos di dapur atau di bilik mandi terutamanya di cuaca panas kerana ia akan mendorong udara sejuk aircond mengalir keluar dari rumah.

Hubungi Kami

Alamat

Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13,
43200 Balakong Jaya, Selangor

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm