Penyaman Udara York di KL & Selangor

Penghawa dingin York untuk kegunaan rumah mempunyai reka bentuk yang lebih kecil dan tetapi tahan lasak untuk memastikan keselesaan anda. Dengan reka bentuk yang lebih kecil, ia akan menjimatkan lagi penggunaan ruangan di rumah. Selain itu, ianya juga penghawa dingin yang beroperasi secara senyap tanpa menganggu tidur malam anda.

Penghawa dingin York berkecekapan tinggi kerana mudah dibersihkan dan boleh membersihkan udara dengan sendiri dan yang paling penting anti bakteria. Dengan teknologi inverter yang ada pada penghawa dingin ini menjadikannya mesra alam kerana dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

Penghawa dingin untuk kegunaan domestik (rumah) York mempunyai satu jenis reka bentuk iaitu jenis unit dinding “Wall-mounted”. York menghasilkan 2 jenis model  untuk penghawa dingin jenis dinding ini iaitu “Deluxe” dan Premium Inverter”. Perbezaan antara kedua – dua jenis ini ialah fungsi yang direka untuk setiap penghawa dingin ini. Penyaman udara model Premium Inverter direka dengan teknologi inverter di mana udara dingin dapat dihasilkan dan dikeluarkan dengan lebih cepat kerana menggunakan kuasa kuda 2HP. Selain itu,model ini juga sesuai untuk digunakan untuk bilik tidur kerana mempunyai mod senyap dan memastikan udara yang bersih dan sejuk di mana membuatkan pengguna dapat tidur yang lena. Manakala bagi model Deluxe pula, di reka lebih kepada untuk menjimatkan tenaga yang digunakan dan menghasilkan udara yang segar dan menapis dan menyingkirkan udara yang kotor.

Bagi penggunaan Komersial pula, York menghasilkan penyaman udara komersial yang dapat memaksimumkan penggunaan penyaman udara dengan cepat tetapi dalam masa yang sama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan kos untuk pemasangan serta memberi keselesaan kepada pengguna. Disamping itu, reka bentuk yang ringkas dan tidak terlalu besar mampu mengurangkan penggunaan ruang di sesuatu tempat komersial itu.

Penghawa dingin untuk komersial York pula terbahagi kepada 2 jenis sistem iaitu sistem pakej dan unit pisah DX dan “Ducted” sistem. Penghawa dingin jenis sistem pakej dan unit pisah DX biasanya sesuai untuk kegunaan komersial yang kecil dan tidak terlalu kuat penggunaan seperti restoran, pejabat, spa, perpustakaan dan sebagainya lagi. Jenis juga dihasilkan kepada dua jenis model iaitu unit pakej bumbung dan unit komersial pemisah. Bagi “Ducted” sistem pula, York mempunyai dua jenis model iaitu Pendingin jenis Air model dan udara dingin model. “Ducted” sistem direka untuk penggunaan yang kerap dan tempat yang lebih besar atau terdedah kepada udara yang panas seperti kilang atau gudang.

Dari segi harga, York menawarkan harga yang lebih murah berbanding jenama lain.Walaubagaimanapun, kos pemasangan untuk penghawa dingin York dikategorikan agar mahal bagi pengguna. Kos harga penghawa dingin York adalah di dalam lingkungan antara RM900 – RM1500 bergantung kepada jenis, model dan fungsinya.

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan biasa digunakan di mana?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular di kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan unit pemeluwapan dan penyejatan yang di panggil unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu di ambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Faktor penting yang perlu di ambil kira sebelum membeli penghawa dingin jenis unit pisah, salah satunya adalah kawasan yang ingin di pasang haruslah mempunyai ketinggian siling sekurang-kurangnya 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga haruslah bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan juga, memilih kapasiti penyejukan yang tepat penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah yang perlu dibeli dan pasang. 

Apakah jenis jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Ya, kami membuat pemasangan. 

Jenama Aircond

Apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan, ada beberapa faktor perlu anda pertimbangkan.  Jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai astatika, semua ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah bekerja keras dalam memberikan pelbagai jenis serta model bagi memastikan rupa jua nilai astatika akan mencantikkan lagi rumah, terdapat juga sesetengah model seperti tidak nampak unit penghawa dingin itu ada dalam bilik itu.

Pasukan kami menawarkan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar kerja itu. Pihak perunding kami berpengalaman dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan NHN aircond amat murah. 

Yee Leng

Sebut Harga

Hubungi Kami

 

Alamat

Lot 1G-E, Block E, Jalan 18/14,
Taman Sri Serdang,
43300, Sri Kembangan, Selangor

Sertailah senarai emel kami untuk menerima promosi dan berita terkini!

Sertailah senarai emel kami untuk menerima promosi dan berita terkini!

Anda telah berjaya memasuki senarai emel kami