Kedai Alat Ganti Aircond Rumah Di KL & Selangor

Kami telah menubuhkan kedai alat ganti aircond kegunaan rumah di Kuala Lumpur dan Selangor. Selain menyediakan servis pembaikian dan pemasangan penyaman udara rumah, kami juga merupakan pembekal alat ganti penghawa dingin yang bermutu tinggi dan murah. Secara umum, kami menawarkan pakej pembaikian berserta alat ganti di mana kos ditentukan mengikut jenis kerosakan dan alat ganti baharu yang perlu ditukar. Kami membekal dan menjual hampir semua jenis alat ganti seperti motor, penapis udara, paip, dawai elektrik bagi unit luar serta dalam dan bagi setiap jenis serta jenama penghawa dingin yang terdapat di Malaysia. Kerja-kerja penukaran dan alat ganti adalah termasuk sekali gus dalam kos pembaikian. Scenario ini dapat menjimatkan wang dan masa pelanggan. Pelanggan tidak perlu meluangkan masa untuk mencari alat ganti secara berasingan. Selain itu, semua alat ganti kami mempunyai jaminan waranti mengikut jenis alat ganti tersebut jadi pelanggan tidak perlu risau. Mengunjungi kedai kami sekarang bagi mendapatkan khidmat nasihat dan alat ganti aircond yang anda perlukan.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Pembaikian Aircond

Penukaran alat ganti atau komponen yang rosak adalah sangat penting untuk mengelakkan penghawa dingin daripada kerosakan yang teruk maka tidak lagi berfungsi. Selain itu, penting juga bagi membaiki dan menukar alat ganti atau pendawaian dan pempaipan penghawa dingin bagi menjaga keselamatan anda dan keluarga anda semasa menggunakan penyaman udara rumah, malah pekerja atau pelawat bagi industri komersial. Lintar pintas elektrik boleh mengakibatkan kebakaran dan kejutan elektrik. Tambahan pula, penukaran alat ganti terutamanya penambahan gas penyejuk juga penting untuk mengekalkan kesejukan penyaman udara seterusnya memberikan keselesaan kepada pengguna sepanjang masa. Keadaan ini juga menjimatkan kos bil elektrik rumah atau bangunan komersial anda. Ia juga lebih menjimatkan kos jika penukaran alat ganti dibuat dengan segara untuk mengekalkan fungsi penyaman udara. Pembaikian bagi kerosakan yang teruk pada penyaman udara akan memakan kos yang sangat tinggi. 

Komersial

Jangan menunggu kecemasan melanda. Perkhidmatan aircond komersial, peti sejuk beku dan chiller dapat memberi jaminan tanpa gangguan kepada pelanggan dengan kos penjimatan di samping melaraskan operasi harian sambil memberi perkhidmatan yang cemerlang.

Rumah

Persoalan yang perit malah sukar dijawab ramai; sudahkah tibanya masa untuk menggantikan penghawa dingin, peti sejuk dan chiller atau patutkah saya membaikinya? Kekadang ia lebih menfaatkan untuk membaiki dan ada juga masa dimana menggantikan aircond lebih berbaloi.

Pembaikian

Pekerja servis aircond berasal dari Bandar Cheras, Malaysia datang dengan kelengkapan penuh serta mampu menyelenggara di tempat tinggal, pejabat dan lain-lain. 

Servis

Pekerja pencuci aircond kami dilatih secara profesional serta terjamin dilengkapi dengan segala kemahiran.

Pemasangan

Pekerja menjamin perkhidmatan ditawarkan dapat dipercayai, cekap serta berprofesional lagi mesra.

Lokasi

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Apakah maksud penghawa dingin unit pisah dan di manakah ia biasanya digunakan?

Penghawa dingin unit pisah ialah salah satu model penyaman udara yang popular dalam kalangan pengguna. Unit pisah adalah sistem penyaman udara yang berasingan komponen unit pemeluwapan dan penyejatannya, atau dikenali sebagai unit dalam dan unit luar.

Apakah kriteria penting yang perlu diambil kira untuk pemasangan dan pemilihan penghawa dingin jenis unit pisah ?

Salah satu faktor penting yang perlu diambil kira sebelum mula mencari penghawa dingin jenis unit pisah yang paling sesuai ialah, pelanggan haruslah memeriksa kawasan yang ingin dipasang dan dapatkan ruang yang mempunyai ketinggian siling tidak kurang 10 kaki. Ruang atau tempat yang ingin dipasang penyaman udara juga memerlukan keadaan yang bersesuaian dengan sistem pendawaian, paip dan pembuangan air. Tambahan pula, kapasiti penyejukan pendingin udara yang sesuai penting untuk menentukan jenis penghawa dingin unit pisah bakal dibeli dan pasang kerana setiap kediaman mempunyai kebesaran ruang yang berbeza. 

Apakah jenis servis penyelenggaraan yang perlu untuk penghawa dingin jenis unit pisah?

Terdapat beberapa jenis servis yang kami tawarkan untuk penyaman udara jenis unit pisah, salah satunya adalah kami akan datang kembali ke tempat anda untuk pembersihan dan cucian penapis udara sekali setiap bulan atau berjadual untuk mengelakkan risiko penapis udara menjadi kotor, mengalami kebocoran, tersumbat dan cepat berhabuk dan mengekalkan kebersihannya. Selain itu, unit dalaman seperti kipas dan tempat takungan air perlu juga perlu diperiksa dan dicuci kerap dua bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan yang sempurna. Manakala, prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan pemampat atau motor kipas bagi unit dalam harus dilakukan setiap 6 bulan sekali. Oleh itu, kami biasanya menyarankan pelanggan supaya menggunakan pakej penyelenggaraan kami di mana harga dan caj servis kami meliputi semua jenis servis yang dinyatakan, tidak seperti sesetengah syarikat yang lain. 

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 830am-530pm

Ahad dan cuti umum tutup

Alamat

18, Jalan PJS 3/46, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan