Secondhand Aircond Murah Di KL & Selangor

Kami membekalkan jualan serta nasihat bagi pembelian aircond terpakai murah di Kuala Lumpur dan Selangor. Jika anda ingin membeli penghawa dingin terpakai kerana lebih murah di Kuala Lumpur dan Selangor, kamu haruslah mengambil tahu beberapa benda penting sebelum membuat pembelian. Ia adalah penting untuk mencari penjual aircond terpakai yang boleh dipercayai serta dapat membantu pelanggan untuk memilih aircond yang masih dalam keadaan elok.

Faktor lain seperti waranti juga perlu dipertimbangkan semasa membeli aircond terpakai selain harga yang murah. Jika penghawa dingin yang diingini masih diliputi waranti daripada pengeluar penghawa dingin tersebut, pengguna boleh membelinya. Sila hubungi pakar runding kami dengan membuat panggilan telefon, menghantar mesej atau emel bagi membuat keputusan yang tersesuai semasa membeli aircond terpakai.

    Perkhidmatan ini disediakan oleh NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd. YNT Global Projects and Services tidak bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana menghubungi kami.

Tukar Beli Hawa Dingin

Kami menawarkan waranti selama 3 bulan bagi menanggung kos pembaikan serta penukaran alat jika berlaku kerosakan pada aircond secondhand. Selain itu, penting juga pengguna membuat kaji selidik terlebih dahulu tentang model dan jenama yang ingin dibeli seperti York Conditioning atau HP. Hal ini demikian kerana sesetengah model penghawa dingin terpakai mungkin sudah agak lama malah jika berlaku kerosakan, pengguna sukar untuk mendapatkan alat tukar ganti.

Selain membeli aircond secondhand murah di Kuala Lumpur, Malaysia, kami juga menerima pembelian tukar beli. Dengan ini, pengguna boleh membeli penghawa dingin baharu dengan menukarkan penghawa dingin lama mereka kepada kami. Kami akan menentukan kos tukar beli penghawa dingin lama bergantung pada kondisi penghawa dingin pelanggan.

Jika penghawa dingin tersebut masih diliputi waranti malah masih berfungsi, kami mungkin membelinya pada kadar separuh. Jika penghawa dingin tidak lagi berfungsi tetapi alat ganti dalamnya masih boleh diguna, kami boleh membeli tetapi dengan nilai yang lebih murah mengikuti tahap fungsi alat ganti tersebut. Setelah proses penilaian unit penghawa dingin secondhand, pengguna boleh menukar beli bagi unit baharu. Sekiranya harga unit baharu lebih mahal, pengguna harus menambah bayaran untuk mendapatkan unit baharu.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Aircond

Terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan apabila memilih penghawa dingin bagi tempat penginapan. Ini termasuk jumlah bilik, ukuran bilik, susunan serta nilai estatika. Kesemua faktor yang terlibat ini penting kerana semua melibatkan kos. Pengusaha sudah cuba bekerja keras dalam membekalkan pelbagai jenis serta model aircond berfungsi dengan baik dan memastikan reka bentuk dapat mencantikkan lagi rumah. Terdapat model aircond yang tersembunyi.

Pasukan kami menawarkan penyelesaian untuk masalah anda ini dengan memberikan khidmat perunding percuma tidak kira kecil atau besar skala kerja. Pihak perunding kami berpengalaman dan terlatih dalam kejuruteraan pelbagai jenis penghawa dingin. Jom, apa tunggu lagi? Bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan.

acson-aircon-image
york-aircon-image
panasonic-aircon-image
daikin-aircon-image
haier-aircon-image
topaire-aircon-image
sharp-aircon-image
carrier-aircon-image
midea-aircon-image
hitachi-aircon-image
samsung-aircon-image
lg-aircon-image

FAQ

Adakah pembelian unit penghawa dingin terpakai dicadangkan?

Pembelian unit penghawa dingin terpakai adalah bergantung pada keperluan dan bajet pengguna. Biasanya mereka yang mempunyai perniagaan atau aktiviti komersial sesuai untuk membeli penghawa dingin terpakai kerana dapat menjimatkan kos untuk membeli penghawa dingin komersial dalam kuantiti yang banyak.

Apakah kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa membeli penghawa dingin terpakai ?

Antara kriteria penting ialah memastikan keadaan penghawa dingin terpakai tersebut masih elok dan dapat berfungsi tanpa masalah seperti ketidaksejukan, penapis bocor dan sebagainya. Selain itu, ia adalah penting untuk membeli penyaman udara terpakai yang tidak melebihi 3 tahun penggunaan daripada tarikh pengeluarannya. Tambahan pula, pelanggan juga harus bersifat bijak dan berhati-hati pada penjual penghawa dingin terpakai agak tidak tertipu. Kami menyediakan jaminan jangka hayat (waranti) bagi penyaman udara terpakai.

Adakah kos pemasangan penyaman udara terpakai termasuk dalam pakej pembelian penyaman udara terpakai?

Kos pemasangan penghawa dingin terpakai adalah diliputi dalam kos pembeliannya.

Testimoni

Rumah saya ada 4 aircond dan mereka siap kerja dalam masa 2 jam. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali ! 

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis aircond. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap ! 

Mohd Annuar

Saya beli aircond dari jualan gudang dan perlu mencari kontraktor sendiri. Pemasangan aircond amat murah.

Yee Leng

Hubungi Kami

Alamat

NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd (1460909-V)
253C, Jalan Besar, Kampung Baru Seri Kembangan

43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi

Isnin - Sabtu 9am-6pm

    Perkhidmatan ini disediakan oleh NHN Aircond Services (M) Sdn Bhd. YNT Global Projects and Services tidak bertanggungjawab ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami. Kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Terima kasih kerana menghubungi kami.