Baiki Peti Ais Tidak Sejuk Di KL & Selangor

Syarikat kami berdedikasi untuk membekalkan servis baiki peti sejuk rumah di Kuala Lumpur dan Selangor. Masalah ketidaksejukan peti sejuk biasanya disebabkan termostatnya beku maka perlu ditukar jika terdapat ketulan ais di bahagian belakang peti sejuk. Jika bahagian penyejuk beku peti sejuk tidak dapat membekukan ais, ini bermakna modul motor harus ditukar atau mungkin juga disebabkan saluran air tersumbat. Masalah yang paling teruk bagi pengguna peti sejuk ialah apabila peti sejuk tidak berfungsi lagi untuk menyejukkan makanan atau lampu tidak langsung menyala. Ini adalah disebabkan oleh kerosakan papan kontrol maka harus ditukar, tetapi kos penukaran alat ganti ini adalah sangat mahal. Hubungi khidmat nasihat kami menerusi telefon atau emel jika peti sejuk rumah anda perlu dibaiki.

Baiki

Anda boleh memeriksa bahagian belakang peti sejuk anda jika bermasalah. Jika bahagian ini terlalu kering, kerosakan peti sejuk berkemungkinan berpunca daripada halangan ais yang menyumbatkan saluran udara.  Selain itu, peti sejuk rumah biasanya mudah mengalami kerosakan fius haba dan sensor, jadi pengguna harus memeriksa fungsi “test heater” sama ada ia menyala atau tidak. Kerosakkan bahagian pemampat (kompressor) di mana ia tidak dapat mengepam gas pendingin ke seluruh sistem boleh menyebabkan peti sejuk anda tidak sejuk. 

Servis

Setiap peti sejuk perlu diselenggara secara terjadual dengan menggunakan khidmat pakar. Kerja-kerja penyelenggaraan peti sejuk perlu dilakukan sekiranya pengguna mendapati penggunaan elektrik rumah tiba-tiba menjadi tinggi. Ini berkemungkinan terjadi kerana gegelung (coil) berhabuk dan menyebabkan kompressor berfungsi dengan lebih kuat. Selain itu, beberapa komponen lain yang harus dijaga dan dicuci adalah seperti “drip pan”. Ia harus dicuci sebaiknya dua kali setahun untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan mengeluarkan bau busuk. Getah pintu peti sejuk juga harus dicuci kerana serpihan makanan yang melekat pada getah pintu akan menyebabkan pintu peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat.

Midea

Jenama Midea memperkenalkan peti sejuk jenis 2 pintu (atas dan bawah). Ia sesuai untuk digunakan di rumah dengan kapasiti sebanyak 192 liter dan mempunyai sistem aliran udara serta sistem deodorizer bagi memastikan makanan yang disimpan tidak menjadi terlalu beku dan mengelakkan peti sejuk berbau.

Hisense

Jenama peti sejuk Hisense satu pintu yang mempunyai reka bentuk moden dilengkapi  dengan kawalan suhu yang boleh diselaraskan. Peti sejuk jenis ini sesuai bagi peniaga atau mereka yang tinggal berseorangan malah mempunyai bajet rendah atau ruang yang terhad. Peti sejuk jenis ini juga biasa digunakan di hotel dan penginapan.

Sharp

Peti sejuk Sharp dua pintu direka tanpa CFC dapat memastikan alam sekitar terpelihara dan ia mampu membekukan ais dalam hanya 30 minit. Ini membolehkan pengguna untuk menikmati minuman sejuk dengan segera. Dilengkapi juga sistem Nano deodorizer, ia mampu menapis bau dan mengekalkan kesegaran makanan.

Toshiba

Peti sejuk Toshiba 2 dalam 1 mempunyai 2 fungsi di mana anda boleh memilih untuk mengubahnya kepada mod beku ataupun penyejukan biasa. Ia mempunyai tahap suhu yang boleh diselaraskan iaitu daripada 10 darjah celsius sehingga 25 darjah celsius. Peti sejuk ini sesuai bagi mereka yang mempunyai perniagaan makanan sejuk beku.

Samsung

Peti sejuk Samsung mempunyai kapasiti sebanyak 555 liter dengan dua pintu kiri dan kanan serta 2 laci bagi bahagian peti beku dan 2 lagi dalam peti penyejuk. Dengan sistem aliran yang tidak membekukan makanan, makanan yang disimpan tidak perlu tunggu lama untuk dicairkan. Mempunyai sistem aliran yang baik, udara sejuk akan mengalir keluar dari ruang-ruang ke setiap rak untuk mengekalkan suhu optimum. Ini dapat menjamin makanan anda tetap segar bagi tempoh yang lama.

Hitachi

Hitachi adalah terkenal oleh peti sejuk yang tahan lama lagi berbaloi dari segi harga. Hitachi menggunakan teknologi inverter di mana penggunaan tenaga dapat dijimatkan. Peti sejuk 2 pintu ini mempunyai kotak penyimpanan seluas 41 liter bagi menyimpan sayur- sayuran dan buah-buahan. Manakala, ia juga mempunyai rak penyimpan kaca yang tahan retak bagi penyimpanan bahan makanan yang lain.

Panasonic

Panasonic menyediakan pelbagai jenis dan saiz peti sejuk untuk pelbagai jenis kegunaan. Namun, peti sejuk mini dengan satu pintu jenama ini sangat terkenal bagi ruang bar kecil seperti di dalam bilik tidur anda. Ia bersaiz 50 liter dan direka sesuai untuk penyimpanan minuman dan makanan yang tidak banyak. Ia juga mempunyai kawalan suhu tersendiri.

Faber

Jenama Faber menawarkan peti sejuk dengan reka bentuk rak kaca moden. Terdapat pelbagai jenis kapasiti seperti 50, 200,150 dan 182 liter dengan reka bentuk satu pintu lebih sesuai untuk mereka yang tinggal berseorangan atau di pejabat. Ia juga sesuai untuk penyimpanan makanan beku atau minuman serta makanan basah.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

FAQ

Mengapakah peti sejuk beku saya tidak membeku?

Peti sejuk beku yang tidak lagi membeku mungkin disebabkan oleh kekotoran pemampat yang mengurangkan kapasiti untuk menyejuk atau penyejat terosak.

Adakah kos pembaikian merangkumi harga alat ganti?

Kos pembaikian kami biasanya merangkumi harga alat ganti yang diperlukan. Senarai kos akan ditunjukkan kepada pelanggan sebelum kerja pembaikian dimulakan.

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku mahal? Adakah servis ini diberikan waranti?

Kos pembaikian peti sejuk beku bergantung pada jenis kerosakan. Juruteknik kami akan memeriksa masalah peti sejuk anda lalu mengemukakan kos pembaikian tanpa kos tersembunyi. Servis pembaikian kami meliputi waranti selama sebulan daripada hari pembaikian.

Testimoni

Peti sejuk rumah saya rosak dan pekerja datang dalam masa 1 jam untuk baiki. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis peti sejuk rumah. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !

Mohd Annuar

Peti sejuk rumah sudah berusia lebih 10 tahun. Nasib baik, masih boleh dibaiki. 

Yee Leng

Hubungi Kami