Peti Sejuk Faber Di KL & Selangor

Syarikat kami merupakan pusat sehenti bagi perkhidmatan baiki dan servis peti sejuk Faber di Kuala Lumpur dan Selangor. Pasukan kami berpengalaman luas dalam menyelaraskan pelbagai masalah peti sejuk Faber untuk keggunaan rumah sama ada satu pintu atau dua pintu. Perkhidmatan pasukan kami yang cekap, berprofesional dan harga yang berpatutan telah diiktiraf oleh para suri rumah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pengguna peti sejuk rumah Faber juga berpuas hati dengan perkhidmatan kami yang membolehkan mereka menggunakan peti sejuk tersebut bagi tempoh yang lama dan berfungsi baik.

Sila hubungi pasukan kami hari ini dengan telefon, emel atau mesej.  

Baiki

Anda boleh memeriksa bahagian belakang peti sejuk anda jika bermasalah. Jika bahagian ini terlalu kering, kerosakan peti sejuk berkemungkinan berpunca daripada halangan ais yang menyumbatkan saluran udara.  Selain itu, peti sejuk rumah biasanya mudah mengalami kerosakan fius haba dan sensor, jadi pengguna harus memeriksa fungsi “test heater” sama ada ia menyala atau tidak. Kerosakkan bahagian pemampat (kompressor) di mana ia tidak dapat mengepam gas pendingin ke seluruh sistem boleh menyebabkan peti sejuk anda tidak sejuk. 

Servis

Setiap peti sejuk perlu diselenggara secara terjadual dengan menggunakan khidmat pakar. Kerja-kerja penyelenggaraan peti sejuk perlu dilakukan sekiranya pengguna mendapati penggunaan elektrik rumah tiba-tiba menjadi tinggi. Ini berkemungkinan terjadi kerana gegelung (coil) berhabuk dan menyebabkan kompressor berfungsi dengan lebih kuat. Selain itu, beberapa komponen lain yang harus dijaga dan dicuci adalah seperti “drip pan”. Ia harus dicuci sebaiknya dua kali setahun untuk mengelakkan pembiakan bakteria dan mengeluarkan bau busuk. Getah pintu peti sejuk juga harus dicuci kerana serpihan makanan yang melekat pada getah pintu akan menyebabkan pintu peti sejuk tidak dapat ditutup dengan rapat.

Baiki & Servis Peti Sejuk Faber

Dengan pengalaman yang lama dalam industri peti sejuk rumah, pasukan juruteknik kami mahir dalam kerja baiki peti sejuk  Faber. Bukan sahaja juruteknik kami dapat menyelesaikan masalah peti sejuk rumah anda dengan cepat, malah mereka jujur dan teliti semasa melengkapkan pembaikian. Perkhidmatan baiki peti sejuk kami telah mendapat sambutan yang hangat daripada suri rumah. Juruteknik kami sampai ke tapak pelanggan tepat pada masa yang ditentukan dan menjalankan pemeriksaan secara seluruh bagi menentukan akar masalah. Setelah pelanggan bersetuju dengan sebut harga bagi perkhidmatan baiki kami, juruteknik kami yang bertauliah akan mencuba sedaya upaya untuk menyelaraskan masalah peti sejuk anda. Di samping itu, juruteknik kami dapat membaiki pelbagai jenis masalah peti sejuk tanpa mengira saiz dan model peti sejuk Faber anda. Pada waktu yang sama, juruteknik kami sentiasa menjaga kebersihan di persekitaran rumah anda dan memastikan anda dan keluarga tidak diganggu semasa kerja baiki. 

Penyelenggaraan yang terjadual merupakan cara terbaik bagi memastikan peti sejuk anda berfungsi dengan cekap dan dapat berguna lama. Ini juga boleh mengelakkan kerosakan peti sejuk yang teruk dan menyebabkan kerugian besar. Juruteknik kami bersedia membekalkan servis bagi pelbagai model peti sejukl Faber. Servis peti sejuk kami lazimnya merangkumi pemeriksaan bahagian peti ais beku anda dengan teliti termasuk pemampat, penyejat, penapis, kipas dan lain-lain. Selepas itu, bahagian-bahagian tersebut akan dikeluarkan untuk menjalankan pembersihan. Selain itu, sebarang masalah remeh yang terjadi pada peti ais beku anda dapat dikesan dengan awal lalu diselaraskan oleh juruteknik kami yang berpengalaman. Tambahan pula, juruteknik juga memeriksa ketepatan dan fungsi thermostat supaya dapat mengawal suhu dengan tepat. Komponen seterusnya yang perlu disemak ialah paras bahan penyejuk. Gas penyejuk akan ditambah jika ia kurang daripada paras biasa. Kami menawarkan pakej servis peti sejukl pada harga yang berpatutan dan berbaloi agar servis dijalankan secara tersusun.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan 

Mengapa Pilih AcDingin?

Kami memberikan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan dengan menurunkan kadar kerosakan dan gangguan operasi perniagaan anda tanpa kompromi. Kekerapan penyelengaran peralatan servis memastikan kos sentiasa terjamin. Sistem penyejukan yang berkualiti berhubung kait dengan impak penjimatan dalam jangka masa panjang. 

Dipercayai

Kami hanya menggunakan alat ganti yang berkualiti

Harga Berpatutan

Tinjauan tapak percuma dengan harga disesuaikan bajet anda

Cekap & Cepat

Tepat masa, amanah dan penyelenggaraan secara profesional

Profesional

Pakar aircond dan peti sejuk beku berpengalaman lebih 10 tahun

Jenama Peti Sejuk

FAQ

Mengapakah peti sejuk beku saya tidak membeku?

Peti sejuk beku yang tidak lagi membeku mungkin disebabkan oleh kekotoran pemampat yang mengurangkan kapasiti untuk menyejuk atau penyejat terosak.

Adakah kos pembaikian merangkumi harga alat ganti?

Kos pembaikian kami biasanya merangkumi harga alat ganti yang diperlukan. Senarai kos akan ditunjukkan kepada pelanggan sebelum kerja pembaikian dimulakan.

Adakah kos pembaikian peti sejuk beku mahal? Adakah servis ini diberikan waranti?

Kos pembaikian peti sejuk beku bergantung pada jenis kerosakan. Juruteknik kami akan memeriksa masalah peti sejuk anda lalu mengemukakan kos pembaikian tanpa kos tersembunyi. Servis pembaikian kami meliputi waranti selama sebulan daripada hari pembaikian.

Testimoni

Peti sejuk rumah saya rosak dan pekerja datang dalam masa 1 jam untuk baiki. Pekerja sangat mahir. Pasti guna lagi lain kali !

John Lee

Saya amat puas hati dengan servis peti sejuk rumah. Harga yang berpatutan and kakitangan yang cekap !

Mohd Annuar

Peti sejuk rumah sudah berusia lebih 10 tahun. Nasib baik, masih boleh dibaiki. 

Yee Leng

Hubungi Kami